Thursday, June 05, 2008

Hari yang memenatkan

Mata Ummu kini separa pejam.Agak penat hari ini kerana telah menggunakan masa bermula jam 3 pagi semalam sehingga 3 petang tadi di Wad Sayang, Pusat Perubatan An-Nisa' di Kota Bharu.

Namun, perjuangan tidak boleh terhenti.Ummu kena menulis barang sedikit.Taqdirnya malam semalam, usai menyambut ketibaan pulang tetamu rumah Allah dari umrah, abang bersama isteri juga kakak,tiba-tiba Ibu mengejutkan Ummu dari tidur.Katanya kakak Ummu yang sedang sarat mengandung hampir 9 bulan sudah, mengadu sakit perut, muntah dan cirit birit.Pagi itu juga di keheningan sejuknya malam, abang ipar memandu laju terus menghala ke PP an-Nisa'.Mungkin sudah tiba 'Atif didatangkan ke alam dunia..

Sampai sahaja di sana, doktor memaklumkan jalannya baru hanya terbuka 1cm.Rupanya perjalanan Atif masih panjang.Terus kakak Ummu dimasukkan ke Wad Sayang.Tunggu..tunggu.Hingga tibalah waktu Subuh.Ibu Ummu sudah keuzuran lantas memohon untuk mengundurkan diri, balik ke rumah sementara.Tinggallah Ummu terkedip-kedip seorang diri menemankan kakak.Jemu, ya memang jemu.Kita akan rasa jemu sekiranya kita tidak mencipta sesuatu untuk menghilangkan suasana itu.Malas akan menyelimuti badan kita sekiranya kita tidak berusaha untuk membuangnya.Ummu berkata kepada diri sendiri;

"ish...tidak boleh begini,sedangkan As-Syahid Imam Hassan Al-Banna mengatakan tanggungjawab melebihi masa yang ada.Kelak Allah akan bertanya, apa yang Ummu buat ketika masa terluang sambil menunggu kakak hari ini.."

Di suatu ceruk, Ummu ternampak ada beberapa lembaran majalah.Belek....dan belek,akhirnya Ummu rasa sangat gembira dan bersyukur sebab bertemu majalah Haluan di celah-celah majalah lain yang agak bersifat kebaratan.Alhamdulillah...setidak-tidaknya Ummu boleh memberi minum dan makanan pada hati.Sekurang-kurangnya bila disoal Allah, amalan baik yang menjadi saksi,insyaAllah.Punyalah tak dapat diceritakan betapa kusutnya hati andai walau sedetik kita melupakan Allah.Tidak boleh Ummu gambarkan betapa siksanya jiwa..na'uzubillah.Kini majalah Haluan menjadi pengubat di kala Ummu tercari-cari sumber yang boleh membuatkan Ummu berhubung denganNya, di saat keletihan dan kepenatan menguasai diri.Terima kasih Allah,Tuhanku yang Maha Penyayang.

Sampai jam 3 petang, selesailah urusan bil.kakak Ummu dibenarkan balik terlebih dahulu sebab belum ada tanda-tanda kelahiran.Kasihan melihat bebanan ibu mengandung.Bagi mereka, dengan lahirnya anak dalam kandungan adalah suatu 'big relief' yang dinanti-nantikan.Moga Allah mudahkan urusan segalanya.

Ada satu pengajaran yang melekat di sanubari Ummu hasil dari suatu petikan dalam majalah Haluan tersebut.Walau ia sekadar penceritaan, kesannnya sungguh hidup.Ia berkaitan lukisan 'alam sekeliling kita yang kita seolah-olah buta melihatnya, padahal setiap hari kita disajikan dengan keindahan dan kebesaran tanda ketuhanan.Pasal awan...bintang..dsb.

Maka saudara-saudaraku yang dirahmati Allah,bersama kita hayati firman Allah dalam surah Ali 'Imran, ayat 90..

Sunday, June 01, 2008

Alia dan Aina

Firman Allah dalam Surah At-Taghabun ayat 9, bermaksud :

" (Ingatlah) hari (yang pada waktu itu) Allah mengumpulkan kamu pada hari perhimpunan (untuk dihisab) itulah hari (waktu itu) diperlihatkan segala kesalahan, dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan mengerjakan amal soleh nescaya Allah akan menutupi kesalahan-kesalahannya dan memasukkannya ke dalam syurga dan mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya.Itulah keuntungan yang besar "

Sekiranyalah Allah telah mempertontonkan segala amal buruk kita sekarang ini di dunia lagi, nescaya kita akan lari jauh menyembunyi diri lantaran malu yang teramat sangat.Tak sanggup mengangkat muka apatah berjumpa dengan orang.Betapa sayangnya Allah masih memberi kita kesempatan peluang untuk memperbaiki diri setelah tersasar.Di tutupnya segala isi hati buruk kita yang bersarang dalam jiwa kita yang kotor.

Namun bila kita dah sampai ke sana, tiada lagi perlindungan sepertimana di dunia.Mulut kita terkunci rapat..peranan saksi kini diambil alih oleh tangan dan kaki.Bermula dari A sampai Z segala 'amal baik dan buruk kita bakal dipertontonkan.Tayangan ini bukannya seperti yang ada di pawagam sekarang.Bahkan dewannya sungguh tiada ibarat untuk disamaertikan..terlalu besar , memuatkan kesemua anak cucu Nabi Adam sehinggalah ke generasi terakhir.Kini malunya kita tidak terkata..semua niat jahat kita, orang lain sedang menyaksikan.Bayangkan...

Sedikit kisah anak manakanku...Alia dan Aina

Kesian melihat mereka.Hampir seminggu sudah abah dan mamanya berpisah dengan mereka.Keduanya kini sedang bermandi tangis di depan ka'bah menunaikan umrah.

" nak mama...nak abah..."

Suara rengekan yang kadang-kadang menyentuh qalbu.Biasanya suara-suara begini muncul tatkala mereka menunggu mata untuk terlelap.Ada juga tiba-tiba, tiada guruh, tiada hujan..mata berair, terisak-isak di dalam bilik.Adik Alia, Aina..bila melihat kakak menangis, maka turutlah dia menangis.

Walaupun hanya sekejap sahaja Ummu ditugaskan untuk menjaga mereka, Ummu rasa sungguh amat bertuah kerana Allah beri peluang Ummu untuk merasai keperitan menjaga anak.Sekurang-kurangnya tidaklah nanti Ummu terkejut besar dengan kehidupan sebagai seorang ibu.

Bermula seawal pagi..kena pastikan mereka mandi dan kemas berpakaian.Mujurlah peringkat umur mereka ini sudah pandai kendiri, tidaklah begitu bergantung kepada orang tua.Kemudian, kena pastikan perut mereka pula terisi.Aina tidak boleh dibiarkan makan sendiri,alamatnya habis carpet memutih dengan tumpahan nasi yang dimakannya.Nasi yang asalnya penuh dalam pinggan, separuh darinya jatuh ke bawah, bukan dalam mulutnya.Terpaksalah pula kita membersihkannya.

Justeru Ummu serik.Selepas itu, Ummu suap sahaja mereka berdua itu.Mudah dan cepat.Alhamdulillah mujurlah mereka tidak begitu berkira dengan lauk.Setiap hari menu mereka mesti ada nasi campur kicap.Lauknya kadang-kadang ikan goreng, dan juga ayam.Cukup simple.

Suatu hari...

" Cik Da...adik berak dalam seluar " rengek si anak kecil Aina.

Subhanallah.Cabaran baru untuk Ummu.Maklum sahaja, Ummu anak bongsu, tiada banyak pengalaman meng'handle' kes-kes macam ini.

" emm..tak mengapalah.Buang seluar tu, pi masuk tandas.Kita pakai seluar lain ya.."

" Cikda...tak nak pakai seluar ni.Tak sama kaler dengan baju adik..." ujarnya menambah masalah baru.

" Tak pelah tak sama kaler...kita pakai malam ni je" pujuk Ummu.

Sekecil-kecilnya pun dah pandai menjaga personaliti.Tabiat yang bagus sebenarnya.Bila hampir waktu tidur pula, tugas Ummu untuk membancuh susu.Pendek kata, Ummu rasa ummu dah jadi ibu sepenuh masa.Alhamdulillah atas pengalaman berharga.

Be a solehah girls, my dearies.