Friday, November 12, 2010

Konvoi Ilmu

Tiada terdetik...tiada menyangka.

Pondok dan Pasentran.Dulu-dulu ummu tidak tahu apa erti kalimah-kalimah itu.Apatah terlibat secara langsung, jauh sekali.Kali pertama menjejak kaki ke pondok adalah sewaktu pengajian di universiti.Rupanya, ia bukanlah suatu yang asing, bahkan intinya sama seperti majlis ilmu yang lain.Mendengar ulasan dari Tok Guru sambil menadah kitab.Tentunya majlis ini penuh dikerumuni para malaikat yang tidak henti-henti memohon agar Allah menurunkan sakinah buat semua yang menghadirinya.

Usrah pada mulanya dijadualkan di tempat biasa, namun Allah lebih mengetahui yang terbaik.Kebetulan Syeikh Ustaz Muhammad Nuruddin Al-Banjari Al-Makki datang ke kelantan hujung minggu ini,justeru naqibah berkenan agar anak-anaknya mengikuti ceramah dari ulama' tersohor itu petang tadi.

Alhamdulillah...penuh masjid di Pondok Pasir Tumbuh dipenuhi dengan anak-anak jua golongan tua yang bersih hati nuraninya,ikhlas menadah ilmu.Program bermula jam 3 petang, menggunakan kitab karangan ustaz Nuruddin sendiri yang terkandung dalamnya 207 hadith kesemuanya.Semoga Allah memberi kita faham dalam agama.

Esok dijadualkan beliau akan mengajar di pondok lubuk Tapah.pada sebelah malamnya pula di Masjid Langgar.Justeru mana-mana yang berkesempatan, mudah-mudahan diberi kekuatan untuk hadir ke majlis yang barokah ini.Insya Allah.


" Hendaklah ada dari kalangan kamu, segolongan yang menyeru kepada kebaikan, dan menyuruh pada yang ma'ruf, juga mencegah dari yang mungkar, dan merekalah orang-orang yang berjaya " { Ali-Imran : 104 }


-------------------------------------------------------------------------