Monday, May 16, 2016

Cahaya Kembali

Alangkah manisnya kelazatan iman !

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani.

Setinggi-tinggi pujian buat Allah S.W.T, Tuhan yang Maha Agung..Maha Pengasih.. Maha penyayang...

Saat jari menekan keyboard, terasa syukur kerana Allah masih memberi peluang pada diri untuk terus menulis, setelah hampir 2 tahun blog ini menyepi..moga sawang2 mampu ku bersihkan, dan moga cahaya sinar Hidayah dan Iman akan terus memancar menerangi lorong kehidupan...

Ameen.

Semoga kita bersiap diri menemui Ramadhan Kareem.

16 Mei 2016.

Saturday, May 25, 2013

Terima Kasih Guru

Daripada Abu Umamah al-Bahili, Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah, Malaikat dan Ahli (penduduk) langit dan bumi; hingga semut di dalam lubang dan juga ikan paus (meliputi seluruh haiwan di darat dan di laut) mendoakan kebaikan atas orang yang mengajar perkara yang baik kepada manusia. 

(HR al-Tarmizi, 300 hadis bimbingan oleh ustaz Zahazan Mohamad)



Tuesday, April 23, 2013

Setelah Sekian lama

Assalamu'alaikum warahmatullah wabarakatuh...

One step ahead.




Saturday, July 21, 2012

Ia Kembali

Dengan namaNya yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Tiada yang lebih indah dari mengingatiNya.Dipanjangkan hayat merasai kemanisan dan keharuman Ramadhan adalah sesuatu yang tiada bandingan nilai. Telah hampir 28 tahun diberi peluang melalui hembusan barokah bulan yang paling agung.Terasa kualiti ibadah yang diusahakan tidak sebaik mana.Yang dipohon semoga Allah mengampuni segala dosa yang tak tertanggung, dengan belas rahimNya. Semoga Allah terus menerus memberi kekuatan , kesihatan dan hidayah untuk memaksimumkan momentum amal di bulan mulia ini.Salam silaturrahim. ----------------------------------------------------------------------------------

Monday, December 12, 2011

Kini Lafaz sudah Berucap



Alhamdulillah, setinggi kesyukuran tidak terhingga dirafa'kan ke hadrat Allah s.w.t...

Masih diberi nafas, peluang merasai keni'matan merasai cinta yang syar'ie.Jazakallah khaira buat zauj tercinta, kerana sudi melafaz ijab dan qabul tempoh hari.Moga kalimat-kalimat cinta dari Tok Guru meresap masuk mengalir dalam hati-hati kita buat bekalan melayari bahtera di samudera dunia yang sementara ini.

Hampir 3 abad lamanya bertarung melawan nafsu, menentang fitnah sedaya mungkin agar cinta yang berputik setelah diijab qabul adalah cinta yang suci, bersih dari sebarang noda maksiat yang mengundang kemurkaan Allah.Dan yang pasti segala peristiwa dan liku kehidupan yang dilalui sebelum ini telah menambah keyakinan dan iman akan benarnya janji-janji Allah.Hasil mujahadah adalah kemanisan...dan kini alhamdulillah kemanisan itu telah Allah anugerahkan, semoga ia terus menerus mekar sehingga akhirnya kaki-kaki ini bersama melangkah ke raudhah di jannah, ameen.

Untuk suami tercinta, Akhi Amir bin Zainal Rasid..selamat datang dalam kamus hidupku.Sungguh kita, telah Allah jodohkan di luh mahfuz sedari dulu.Moga Allah mengizinkan diriku untuk membahagiakanmu hingga ke nafas terakhir.

" Ya Allah, bahagiakan suamiku, kurniakan segala kebaikan untuknya, permudahkan segala urusannya, pelihara kesihatannya, jauhkan darinya dari segala yang mendukacitakan dan kepayahan, dan bajai iman taqwanya moga dia menjadi penghuni untuk syurga firdausMu.Selamatkannya di dunia dan akhirat "


~ Saksikanlah, Ya Allah,bahawa suamiku telah melakukan kebaikan untukku dan menyirami hati ini dengan cinta yang membahagiakan ~

----------------------------------------------------------------------------

Friday, November 04, 2011

Milikilah Aku KeranaNya



" Dinikahi wanita itu kerana 4 perkara : Kerana hartanya dan kerana keturunannya dan kerana kecantikannya dan kerana agamanya, maka pilihlah yang mempunyai (mengamalkan) agama, ia menyenangkanmu."
(Riwayat Muslim)




"Ya Allah, izinkan dirikuku menjadi sekuntum bunga, yang dihiasi dengan kelopak akhlaq mulia, harum wanginya dengan ilmu agama, cantiknya kerana iman dan taqwa. Namun keindahan zahirnya disimpan rapi, biar menjadi rahsia yang kekal abadi, bukan perhatian mata ajnabi, yang menjadi punca fitnah hati dari lelaki yang berjiwa sepi. Wajahnya bukan mengundang dosa, timbulkan duri yang memagari dirinya agar terpelihara dari noda duniawi yang menghilangkan haruman sejati, yang memudarkan kecantikan diri untuk Kau calonkan diri itu sebagai bidadari syurga Mu. Ameen..."


Tidaklah ku harapkan lelaki yang hebat di pentas dunia, bukan juga yang namanya sering meniti di setiap bibir gadis-gadis kerana ketampanan dan kepimpinannya yang menyerlah tetapi, aku lebih memilih dia yang penuh dengan kerendahan hati, yang bangunnya di sepertiga malam menemui Sang Kekasih dengan hati yang sarat dengan kerinduan dan kecintaan kepadaNya. Hidupnya sentiasa dalam halaqah, yang ditarbiyah dan istiqamah dalam perjuangan dakwahnya. Biarlah dia tidak dikenali oleh sesiapapun asalkan namanya menjadi sebutan di langit Ilahi dan dirindui para bidadari syurga. Yang ku harapkan bukanlah putera berharta tapi yang diimpi biarlah putera agama. Bukanlah aku mengharapkan yang sempurna kerana aku juga serikandi dengan silam yang kelam...


Aku bukanlah seorang wanita yang memiliki harta bertimbun, bukan juga seorang yang mempunyai paras wajah yang anggun jelita bak bidadari, jauh sekali bersusur galurkan keturunan yang dihormati dan disegani. Apa yang ada pada diriku hanyalah agama yang menjadi pegangan dan panduan hidup untuk aku terus gah berdiri di muka bumi Allah ini. Maka milikilah hatiku dengan izin Allah, milikilah cintaku keranaNya, milikilah diriku kerana agamaNya dan milikilah jiwaku keranaNya.

----------------------------------------------------------------------

Friday, September 30, 2011

Pengembaraan

Rasulullah s.a.w bersabda :

" Hiduplah di dunia seakan-akan engkau adalah seorang pengembara atau orang yang sedang menumpang lalu " { HR Bukhari, Tirmizi, Ibnu Majah dan Ahmad }

Subhanallah...sungguh ajaib sebuah kehidupan.Gambaran, jalan cerita dan warna warninya terlalu pelbagai buat setiap insan.Lorong pengembaraan kekadang mengelirukan.Saat-saat akan tiba di mana suatu ketika kita buntu memilih.Mungkin ada yang tidak kisah, dirempuh sahaja mana-mana lorong di hadapannya,namun tidak bagi mereka yang percaya akan ada natijah baik dan buruk bagi setiap pemilihan.Memilih itu kadang-kadang meresahkan....

Allah s.w.t yang mewujudkan kita, mereka bentuk rupa kita, menganugerahkan roh untuk membolehkan kita mengembara di dunia asing ini.Dia telah bekalkan peta yang jelas, magnitud arah yang jitu bagi memastikan kita sampai dalam keadaan selamat ke destinasi akhir.Namun sayang tidak ramai yang berminat untuk melihat peta yang kekal dan tidak berubah-ubah itu,justeru ramai yang tersungkur dan sesat jalan, meraba-raba mencari jalan keluar.Al Quran adalah peta kehidupan yang paling agung,kekal tidak hilang ditelan zaman..maka,gunakanlah dan manfaatkanlah ia sepenuhnya.

Fitrah jiwa ini, terlalu lama dalam suasana penuh kesibukan, akan memerlukan bahkan amat membutuhkan saat yang hening, tenang dan mendamaikan.Solat yang khusyu', doa yang khudu', zikir yang penuh penghayatan adalah ibarat tiupan nyaman merawat qalbu.Tidak dapat dibayangkan andai tiada pensyariatan ibadah-ibadah tersebut, di mana mungkin hati ini akan terus hidup menghadapi suasana kekalutan sebuah kehidupan.Terima kasih wahai Tuhan..

" Ya Allah jadikanlah Al-Quran penghindar segala duka dan laraku "


--------------------------------------------------------------------------