Monday, October 29, 2007

Apa kata ustaz...

Oleh: Al-Ustaz Dr Fathi Yakan


Internet merupakan senjata bermata dua, satu pendekatan yang mempunyai dua wajah yang bertentangan; dalamnya ada unsur peruntuh dan membina, memati dan menghidup, petunjuk hidayah dan godaan. Dan cara bagaimana ia digunakan adalah garis pemisah antara keduannya. Saya harap tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa internet mempunyai daya tarikan, keberkesanan, mudah dicapai, dilayari dan bersifat intraktif yang menjadikan ia alat terkini dari segi kesan dan ruang cakupan. Ia melitupi bola bumi tanpa sekatan dan tandingan. Ia boleh dijadikan mimbar untuk orang Islam menegakkan hujjah keatas manusia dengan menyebarkan Islam dan menyampaikan dakwahnya kepada seluruh manusia diseluruh pelusuk alam.
Benarlah seperti firman Allah taala yang bermaksud:

Supaya tidak menjadi hujjah manusia terhadap Allah selepas kedatangan rasul-rasul.(an Nisa’ 165)Dan firman maksudnya: dan begitulah kami jadikan kamu umat pertengahan supaya kamu menjadi saksi kepada manusia dan rasul menjadi saksi keatas kamu. (al Baqarah 143).


Walaubagaimana pun kita sepatutnya mengetahui bahawa internet dipenuhi dengan segala jenis unsur yang rosak dan merosakkan dan syaitan jin dan manusia memuatkan rangkaian ini dengan berjuta-juta laman yang canggih dan cekap dengan seni mempedaya dan menyesatkan satu perkara yang tidak diterima akal dan sukar digambarkan.


Satu kajian yang disiarkan oleh majalah Time menunjukkan bahawa bilangan laman seks mencecah angka 650 juta laman pada tahun 1998 dan dianggarkan akan sampai 8 bilion pada tahun 2002. Salah satu laman ini memiliki 300,000 gambar lucah dan telah dihantar sebanyak lebih satu bilion kali???.


Manakala dari sudut perniagaan, satu kajian menunjukan bahawa sejumlah pembelian bahan lucah melalui internet mencecah 18 bilion dolar. Ini mendorong pengkaji Steve Waters berkata dalam komentarnya terhadap betapa besarnya bencana ini: “biasanya pelayaran internet bermula dengan cuba-cuba, kemudian ia berlarutan menjadi penagihan dan disertai dengan kesudahan yang sangat merbahaya”.


Semua itu perlu diletakkan dalam perkiraan apabila berbicara tentang internet, melayarinya dan berintraksi dengannya.

1. Sesaorang yang ingin melayari internet wajar membersihkan niat dengan betul dengan menetapkan terlebih dahulu tujuan sebelum memasukinya.

2. Mereka yang melayari internet sebagai alat untuk berhibur akan lupa diri dan tanpa disedari terheret ke pada kamatianya dalam keadaan ia tidak menyedarinya.

3. Kemudian duduk dihadapan internet dalam tempoh yang lama akan mensia-siakan pusingan hidup seluruhnya. Mereka akan mengabaikan tugas dan tuntutan untuk mendapat kebahagiaan didunia dan akhirat. Inilah kerugian yang nyata. Disamping ia juga akan menyebabkan kehilangan daya tumpuan dan menyebabkan akal bercelaru.Adapun apabila kita melayari gelombang internet yang ganas dalam laut yang gelap dan dalam keadaan ditemani Allah bererti kita hidup dengan kebersamaan ini dalam setiap suasana, urusan, kondisi dan setiap masa.

Rasa kebersamaan ini bukan suatu yang boleh dipinjam-pinjam atau direka-reka… kerana itu, ia bukan datang dan pergi sebaliknya satu keadaan yang tetap terus berkembang tanpa kurang atau surut.

Merialisasikan kebersamaan ini sesaorang perlu mengekang nafsunya daripada hawa dan penyesatannya. Hawa harus ditolak dan nafsu sepatutnya dibimbing untuk menaiki tangga kesempurnaan, meninggalkan kealpaan, mengalahkan waswas dan mengatasi ajakan-ajakan syahwat. Kemudian dengan memelihara keberterusan “muraqabah” dan “muhasabah” serta mengekang nafsu dengan keazaman dan dipaksa dengan pekerti dan akhlak yang mulia, apa lagi dizaman yang penuh dengan fitnah dan keajaiban ini.


Seperti yang pernah diberi amaran dan ingatan oleh Rasulullah s.a.w secara khusus mengenai zaman tersebut dimana orang yang siuman menjadi bingun, perkara makruf menjadi mungkar dan mungkar menjadi makruf sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

apabila dunia hampir kiamat akan berlaku fitnah seperti potongan malam yang gelap, fitnah seperti kepulan asap, dalam situasi itu hati manusia akan mati seperti matinya tubuh badan mereka, mereka beriman pada pagi hari dan kufur pada waktu petang, beriman pada waktu petang dan kufur pada waktu pagi antara mereka ada puak yang menjual akhlak dan agama mereka dengan habuan dunia. (hadis riwayat Ahmad)

Kita berdoa kepada Allah supaya memberikan kita kesihatan dan berterusan dalam keadaan afiat serta bersyukur dengan afiat tersebut. Kita mohon dari Allah kebaikan masa dan kebaikan mereka yang hidup pada zaman ini. Kita berlindung kepada Allah dari kejahatan zaman dan kejahatan mereka yang hidup pada zaman ini. Allah maafkanlah kami, ampunkanlah kami, perelokkan kesudahan kami dan pastikan pada waktu kematian kami, kami sedang melakukan kebaikan dan amal soleh. Amin ya rabba al alamin.

Saturday, October 27, 2007

Angkasawan...


" To all Malaysians,
I am ecstatic to be back on Earth after my 12-day trip to the ISS and everything has gone smoothly. It was the best 12 days of my life and seeing the earth from the ISS for the first time makes my heart stops beating. It was just magical and spectacular. The feeling of being in microgravity and being able to float and fly in space just makes it more memorable. It took me some time to adapt. Doing things in space takes 4 times longer compared to earth. I did my ibadah as a Muslim in space and praying on the ISS wasn't a problem. Fasting in space was totally peaceful and calm and I feel like I have found my inner soul during my 12 day stay onboard the ISS. "
Begitulah antara petikan kata2 angkasawan pertama Malaysia Dr.sheikh Muszafar ketika dia, antara berbilion juta manusia di muka bumi ini,dipilih oleh Allah untuk mengalami satu peristiwa yang cukup ganjil,buat waktu ini..mungkin di masa2 hadapan perkara ini sudah dianggap satu kebiasaan,siapa menduga, Allah maha kuasa.
Pelbagai komen dan pandangan dari penduduk di muka bumi ini,bermula dari makcik2 di kampung sehinggalah setinggi2 barisan pemimpin negara berkenaan peristiwa yang yang telah Allah taqdirkan untuk berlaku pada waktu ini.Ada yang positif,tidak kurang juga yang negatif.
Hakikatnya telah Allah lumrahkan bahwa manusia itu sifatnya suka berbantah2,melainkan beliau telah dibekalkn dengan persediaan ilmu dan iman yang mantap.Maka apabila iman mengatasi,segala yang keluar dari bibirnya tentunya bukan dari nafsu.Sesungguhnya bait2 perkataan melambangkan pandangan hati.Pastinya untuk menghasilkan perkataan yang baik,perlu lahir dari jiwa yang bersih.
Justeru,konsepnya cukup luas dalam Islam.Ilmu sangat penting dalam kita memberikan sesutu pandangan.Kerana itu,apabila semakin tinggi ilmu seseorang itu,semakin berkualiti idea dan fikirannya,semakin mencapah pula kotak imiginasinya.Semakin boleh diterima masyarakat..
Kiranya dalam konteks fiqhul Aulawiyyat,bila dicerna akan kebaikan dan keburukan projek penghantaran angkasawan kita ke sana,dan ahli fiqh telah mendapat satu jawapan dan kata sepakat,maka tentunya masyarakat lebih banyak boleh menerima dalam bentuk begini.Tentunya bantah membantah akan berkurangan..
Sebenarnya dalam konteks ilmu,tentunya kita patut berbangga kerana angkasawan kita ini lain berbanding yang lain.Pertama,dia adalah seorang Islam.Kedua dia adalah seorang Islam yang ber'amal dibuktikan dengan amalan solat di angkasa dan juga puasa.Bak kata Tok Guru,angkasawan sebelum ni tak solat,tapi yang ni solat..tentunya sangat berbeza.
Dengan peristiwa ini,sedikit sebanyak ruang pemikiran rakyat Malaysia sedikit mencapah.Kalu dulu,jarang berfikir berkenaan angkasa,kini sehinggakan budak kecil sibuk menyebut2 tentang kapal roket,bulan,planet dsb.Di sini ada kelebihannya di suatu sudut.Satu paradigma yang boleh mencetus kemajuan dalam dunia Islam.
Pastinya buat diri Dr syeikh sendiri,keimananya pada Yang Maha Pencipta bertambah apabila menyaksikan dengan mata sendiri keajaiban ciptaan alam semesta di atas.Hanya yang mengalami bisa merasai..Allah lebih tahu hati manusia. Kita juga alhamdulillah,telah dapat membukukan kaedah fiqh ibadah di angkasa lepas.Sekurang2nya kita yakin bahawa ibadah wajib tidak mengenal tempat dan keadaan,dan secara tidak langsung perkara ibadah ini menjadi buah mulut bagi kelompok2 tertentu yang mungkin sebelum ni jarang dunia kehidupannya mementingkan fardhu ain solat ini.Dan kita tahu,bahawa Islam itu tidak menyusahkan,bahkan ingin memudahkan.
Namun,mungkin pincangnya pada proses pengurusan.Alangkah indahnya andai kita dapat menghantar angkasawan kita,dalam masa yang sama,angkasa kita di bumi ini semuanya telah cukup terjaga di segi kebajikan dan perhatian.Semestinya kita tidak mahu kita cemerlang dan gah di suatu sudut,namun di sudut yang lain kita adalah yang paling corot !
" Masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya..."
Wallhu a'lam.

Sunday, October 21, 2007

Janagn lupa puasa 6 !

Andai kau memerlukan kekasih
Maka pilihlah Allah...
Andainya kau memerlukan teman sejati
Maka dampingilah Al-Quran...
Andai kau memerlukan kekuatan dalam kehidupan
Maka tawakkal pada Allah dengan penuh kesabaran...
Teguhkan keyakinan padaNya !

~ by nik khoir, 5.49 pm ~

Cetusan hati nurani sahabatku di kejauhan.Moga kejayaan mengirimu sentiasa,' Falah' kemenanagan yang hakiki.

Doakan keamanan dan keselamatan ummah manusia di Karachi.
Ayuh,bangkit sedaya mampumu dengan kekuatan yang ada,untuk mengislahkan penduduk di sana..paling tidak,dengan doamu.

For my beloved sahabah,diyana and hafizah..moga kalian terus dipenuhi haruman da'wah,walau mungkin dalam wadah yang berbeza.Jadilah kita semua hamba yang terus menjadikan peng'abdian adalah matlamat.

Selamat berpuasa enam.Need to go,in hurry,ismahli.

Wednesday, October 10, 2007

48 hours

2 hari yang berbaki
Untukku selusuri
Jalan yang diberkati...

Ya,sahabah..cukup pendek tempoh itu.Dalam erti kata yang lain,kita cuma mungkin punya lebih kurang 48 jam dari sekarang untuk melewati Ramadhan.Itu pun,andainya kita masih bernafas.

Sematkan dalam hati,bahawa ini mungkin malam2 terakhir Ramadhanku di dunia.Malam2 terakhir untuk kita merasakan aman dari belitan Iblis..moga mungkin ia mengundang rasa ghairah untuk ber'amal.

Mari kita bersihkan hati,buang segala lintasan mazmumah,hadapilah hidup dengan penuh rasa bersangka baik padaNya.Teliti rahmahNya,jua RahimNya.Hayati jua maghfirahNya..Lupakan segala penyakit hati,riya'...'ujub...takabbur...megah diri...dengki..berburuk sangka..

Penuhilah jiwa dengan rahmah belas dan kasih sayang..merendah diri..merasa cukup..memaafkan..menginginkan keselamatan dan kebaikan orang lain..dan yang penting,suburkan qalbu dengan rasa keinsafan.

Kita semua inginkan keselamatan,bukan?

Jadi,ayuh sahabiah kita selamatkan diri kita juga insan lain.

Sesungguhnya kita mesti merasa sedih untuk meninggalkan Ramadhan.Kalu perasaan itu tidak hadir,maka paksalah diri untk merasainya.Andai kita bertafakkur sedalam2nya..tidak mustahil untuk titisan jernih jatuh dari kelopak mata..indah sahabah..menangislah,ambillah peluang ini untuk bercakap dengan Tuhan Pentadbir dan Pencipta kita.Menangislah kerana anugerah itu tiada tandingan nilainya.Mudah2 an kita tergolong dalam golongan yang dikira beriman.

Di malam raya....

Gunalah sepenuh mungkin untuk bertakbir,bertahmid dan bertasbih dengan memahami ma'na setiapnya.Kerana kita takut kita sekadar menghilangkan air liur,namun tidak memberi apa2 kesan pada jiwa..Pendekkanlah ruang waktumu untuk urusan persediaan esoknya.Paling tidak,basah2kan lidahmu ketika mengayam atau menggulai..mari kita kembali kepada asal ajaran kita sebenarnya.Selusurilah sirah Rasul..lihat apa yang dibuat Baginda ketika menjelangnya Raya.Kita hidup untuk Allah,maka pastikan makanan cukup diberi untuk roh kita di samping jasad..praktikkanlah anjuran Islam yang sebenar sedaya mampumu.

Lakukanlah sunat Tabih pada malamnya,pohonlah apa sahaja yang menjadi keperluanmu,kerana waktu ini antara saat yang mustajab doanya.Doalah dengan perasaan yakin Dia akan mengkabulkan.

Tiba esoknya,teruskan basahkan lidahmu.Basahilah tubuhmu dengan niat mandi raya..ibaratkanlah waktu itu,kita sedang membasuh jasad jua rohani kita dari kotoran2 dosa sebelum ini.Perhiasilah pakainmu yang terbaik dgn tidak melewati batasan,pakailah wangi2an untuk muslimin.

Bila tiba waktu solat,jangan lupa untuk menjamah makanan sebelum ke Masjid,kerana itu amalan kekasih kita jua kekasih Allah.Sekadar keperluanmu...usah berlebihan.Ajaklah seluruh ahli keluargamu untuk keluar ke masjid beramai2,termasuk jua saudara perempuanmu yang ma'zurah,kerana Nabi mengajar kita begitu.Hayatilah khutbah dengan sedalam keimanan,jua rasa keinsafan dalm hidup dunia yg sebentar ini.

Bila pulang dari masjid,maka ambillah jalan yang berlainan dari jalan datangmu tadi,kerana ia sunnah.Bersalam2lah dengan hadir hati..leraikanlah segala kekusutan,ibaratkanlah kita semua adlah saling memerlukan untuk selamat di 'sana'.Dua muslim apabila bertemu dan bersalam,maka luruhlah dosa2 keduanya.Maafkanlah seluruh kesalahan sudaramu..doakanlah kebahagian jua keselamatnnya ibarat dirimu sendiri,tanpa mengharapkan balasan....dan berzirahlah.

Sekadar itu nasihat untuk diriku jua dirimu,sohabat.

Wednesday, September 26, 2007

When things become smaller..

One nice story to share..

Yesterday, I had spent almost 3 hours in OT ( opertation theatre ) room.We got one case of steroid-induced glaucoma to be operated.What a pity,bcoz of lack of knowledge,this patient who was initially sought treatment at pharmacy for steroid eye drop ( for his allergic conjunctivitis ),eventually end up with this unwanted complication of glaucoma.

The operation was done by Dr.Bakiah.She is one of the ophthalmologist specialist in HUSM.She ia a good teacher with excellent teaching.During her lecture, it is almost impossible for us to let our eyes closed,bcoz her explanation is realy attractive.

That was not the only 'beauty' of her.Another thing that realy touched my heart,that i think not all doctors may come out with the same way of thinking like her.Could you imagine,shabiah..
While her fingers was moving with needles and sutures,added by other high-tech instruments towards the patient's eye,she could voice out one statement that i hope i never forget the rest of my life..

" you see this suture,students ? how's the size of it? " she asked.

During that time,there were about 10 of us,surrounding her observing the operation.Actually we were not realy saw directly towards the patient's eye like other oiperation before.We learned via screen that was connected to the microscop that was being used by the doctors.There were two doctors there,with the help of one staff nurse.This what makes difference in ophthalmology,almost all the time u're dealing with microscopic picture,bcoz we know that the structures inside our eyes could not be seen only by naked eye.

" 10..Dr.The suture size is 10." Alhamdulillah,this time we got the answer.

Then she replied.

" So,could u imagine now,how tiny is it the 'Sirothol Mustaqim' ? now,u can see right,that it is not impossible for a thread to be cut smaller,even tiny like this one."

Subhanallah.That realy touched my heart.I could not answer even a word..
Now,i realized that knowledges realy can help us to know Him.Technologies has done much towards it.The rest depend on ourselves,whether we want to think or not.

" Barangsiapa menghendaki dunia,maka hendaklah ia menguasai ilmu,dan barangsiapa menghendaki akhirat maka hendaklah ia menguasai ilmu,dan barangsiapa menghendaki keduanya maka hendaklah ia juga menguasai ilmu " - Hadith-

Thursday, September 20, 2007

Ayuh..Sohabiah !

" Sohabiah,ayuh lihat di sana ! " ujarku dengan penuh kesungguhan.


" Apa dia, kat mana ? "


" Tu sana.Lihat cahaya nun jauh di sana "


" Subhanallah...cantiknya,indahnya sahabat.Cahaya apa itu ? "


" Itulah cahaya yang kita cari selama ini.Kita hampir tiba di destinasi.Ayuh,panjangkan langkahmu sahabat.Jangan sampai kita terlepas lagi dari terlihat cahaya itu " balasku penuh kepastian sambil mula menghayun langkah penuh bertenaga.


" Oh,sahabat tunggu..! Bawaku sekali.Pimpin tanganku ini.Jalannya nampak berbukit dan penuh dengan duri.Ku takut daku tergelincir di pertengahan."


" Insya Allah,sahabatku.Ku takkan meninggalkanmu keseorangan di sini.Ku takkan sampai seorang diri tanpa memastikanmu jua selamat menuju ke sana.Allah pelindung kita,yakinlah sahabat.Sematkan kuat-kuat kepercayaan itu." sambutku dengan nada memujuk.


" Ayuh..kita teruskan ! "


Itulah cahaya yang kekal, yang tak kan malap sehinggalah usia dunia ini sampai di penghujungnya.Cahayanya cukup indah,tak dapat digambarkan walau secanggih mana kata-kata.Ia pemberi harapan,pemberi kekuatan untuk perjalanan hidup yang masih berbaki.Walau sekuat mana usaha untuk memalapkannya,pasti hasilnya adalah kepenatan yang sia-sia.Itulah cahaya dambaan bagi seluruh hidupan di muka bumi...



CAHAYA ALLAH, CAHAYA KEBENARAN.




~Kecuali Dia~


Sekadar bingkisan di malam hari...


Siapa tahu
Setiap gelora nuraniku
Siapa mengerti
Setiap perasaan yang berlagu
Setiap waktu...

Kecuali Dia

Tika ku rebah
Siapa yang membantu
Tika ku lemah
Siapa yang memangku
Tiada yang lain...

Kecuali Dia

Bila ku menangis
Siapa yang memujuk
Bila ku hanyut
Siapa yang menunjuk
Tiada...

Kecuali Dia

Oh Tuhan !
Andainya ku mampu
Ingin setiap saat jiwaku berlagu
Hanya mendendangkan zikir padaMu
Tiada selainnya
Kerana di situ Tuhan
Ku temui kebenaran
Ku rasai kelazatan
Ku dambai ketenangan
Ku terlena dalam dakapan rahmatMu

Oh Tuhan !
Hakikatnya ia tidak begitu
Saat sahaja ku angkatkan kepalaku
Dari sujud kepadaMu
Saat itu jua
UjianMu datang menerpa
Lantas...

Ingin sahaja Tuhan
Kiranya mungkin aku terus hanyut
Dalam sujud penuh syahdu
Menangisi segala katerlanjuranku
Sepanjang waktu

Ketemukan daku,jua saudaraku Tuhan
Pada indahnya
malam Lailatul Qadar...