Wednesday, April 02, 2008

Mengejar 'title' yang bagaimana?

Lembaran dari Surah Al-Hujurat, ayat 13 yang bermaksud :

" Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah ialah mereka yang paling bertaqwa dari kalangan kamu "

Menyingkap pula peringatan Tuhan dalam Surah Al-Mukminun, ayat 1-2 yang bermaksud :

" Telah berjayalah orang-orang mu'min, iaitu mereka yang khusyu' dalam solat mereka "

Maha suci Allah dari segala sifat kekurangan.Salam kesejahteraan atas Baginda yang dirindui, Nabi Muhammad, pengutus ummat di penghujung zaman.
'Entry' kali ini adalah respon pada hamba yang bertanya di ruangan Bicara Hikmah.Moga Allah melindungi ummu dan kalian semua.

Kita hidup sebagai yang gah menggelarkan diri muslim, tentunya sentiasa terpaut pada suatu aqidah yang satu.Hanya satu, bukan dua bukan juga tiga.Aqidah ini kiranya kita benar-benar memahami, ialah yang sebenarnya menjadi nadi penggerak yang mencorakkan jalan hidup yang kita tempuh.Bukan sedikit ummah di zaman penghujung kini, yang tempohnya berkurun dan berabad lamanya berpisah dari zaman Rasulullah, aqidahnya masih terawang-awangan, longgar dan tidak 'precise'.Ummu tidak mahu pergi jauh, ummu mahu menilai dalam diri sendiri.Sejauh manakah sebenarnya kita ini TAHU apa itu Islam? Apakah sudah kita dapat mencernakan setiap persatu bait ayat Al-Quran, tahu dengan sepenuh hati dapat menjiwai, dapat merasai nilai kebenaran yang ada pada sebuah mashaf yang hanya terangkum dalamnya 114 Surah, tetapi praktikalnya sempurna untuk panduan sebuah kehidupan?
Apakah sudah kita selongkari setiap asbabul nuzul ( sebab turunnya ayat ) bagi setiap wahyu yang diturunkan Allah ? Sesudah TAHU, kemudiannya adakah sudah kita beriman sepenuhnya, bukan sikit2, bukan longgar2, bukan ibarat kapas yang tumpang berteduh di atas sehelai daun, bila datang angin, terbanglah ia dibawa arah angin.Apakah sudah kita bila beriman, disusuli pula dengan amal yang ikhlas ? Apakah kita seterusnya menyebar2kan wahyu Allah pada seluruh manusia tanpa mengira segala jenis 'phenotype' atau 'genotype' yang ada di muka bumi ini?

Subhanallah, rebah..sudah tentu kita rebah.Bila kita dapat menjiwai dan Allah mengizinkan kita untuk melihat kebenaran, bila hijab dibuka seluas-luasnya.Kita tak mampu untuk menanggung keagungan dan kebesaran zatNya.Mengapa ummu bermula dengan memperihalkan semua perkara ini untuk semata2 mengulas tentang adik yang kita sayangi, yang telah diuji Allah jalannya di dunia ini sebegitu rupa?

Dilahirkan sebagi genius.Realitinya, ada bukti kajian yang mengatakan semakin jauh pertalian antara ibu dan ayah semakin tinngi kebarangkalian untuk mendapat anak yang genius.Bertepatan sungguh dengan saranan Baginda yang menggalakkan kita untuk berumahtangga dengan orang jauh.Umum mengetahui, adik kita ini lahir dari pasangan kacukan.Segala puji bagi Allah yang menciptakan manusia segenius sepertinya.Namun lahir sebagai genius tidak berma'na kita mendapat jaminan kita tergolong dalam golongan yang 'genius' di akhirat.Moga Allah menyelamatkan adik kita ini.

Sudah terang lagi bersuluh, tidak perlu kita guna bateri lampu yang tinggi nilai wattnya.Betapa IMAN suatu kemestian.Kita mungkin dijajah dengan pemikiran sebelum ini, title berjayanya seseorang manusia itu adalah bila dia berjaya mendapat sijil keintelektualan yang tertinggi, punya ijazah bergulung2.Jarang sekali akhir2 ini , kita melihat orang2 bercakap-cakap manusia yang mati syahid di jalan Allah itu, nilai keberjayannya jauh lebih tinggi.Kita berbangga bila anak2 mendapat 10A1...20A1..Alhamdulillah, ia anugerah.Namun kita jarang sekali mewar2kan kejayaan anak2 yang berjaya bukan sahaja menghafaz Al-Quran, tetapi fasih menuturkan bait2 hadith, terlibat aktif dengan da'wah menegakkan agama Tuhan di muka bumi.Kita seolah2 ter'obscured' oleh satu benda yang menghalang untuk kita mengiktiraf bahawa itulah kejayaan sebenar bagi seorang mu'min.Segulung ijazah di tangan belum tentu menjamin kita ke syurga..namun darah dan keringat yang mengalir mempertahan agama Allah, semestinya ia adalah tiket kita untuk ke sana.

Pada hakikatnya, renunglah dalam2 wahai insan.Apa sebenarnya yang ingin Allah sampaikan.Hidup sementara di dunia, tidak ada gunanya andai penuh bergelumang dengan ma'siat dan mengundang murkaNya.Moga Allah memberi taufiq dan hidayah pada adik kita ini juga keluarganya dan kita semua.InsyaAllah.

kERANA mEREKA tIDAK tAHU

Sekiranya mereka mengetahui...

* Hujah-hujah ilmiah dan akademik perlu disebarkan untuk menyangkal tuduhan dan tohmahan yang dilemparkan terhadap Islam, dan hujah-hujah ini perlu diterbitkan dalam pelbagai bahasa agar masyarakat seluruh dunia dapat memahami Islam dengan sebenarnya.

* Masyarakat perlu meminta dan mendesak pihak kerajaan di negara masing-masing agar membuat pendirian tegas dan menyatakan bantahan secara rasmi bagi membuktikan bahawa dunia Islam tidak redha dengan sebarang tohmahan dan tuduhan yang dilemparkan.

* Respons dalam bentuk kesenian dan sebaran media perlu dilakukan kerana filem-filem dan rancangan televisyen boleh memainkan peranan yang sangat penting dalam menjelaskan sifat dan imej sebenar Islam.

* Umat Islam juga perlu memboikot produk-produk yang dihasilkan oleh negara-negara yang membenarkan rakyatnya menghina dan memfitnah Islam secara terang-terangan.

* Umat Islam sendiri perlu mendalami ilmu agama dan mengamalkan akhlak mulia sepertimana diajar Islam dan ditunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. agar tidak membentuk persepsi yang salah terhadap Islam. -

Abdullah Al-Qardawi.


Betapa indahnya..cantiknya..moleknya..ISLAM

Wednesday, March 26, 2008

Cahaya yang hilang




" Tuhanku telah mendidikku, maka Ia baguskan akhlakku "
{ HR Al-suam'ani dari Abi Mas'ud }

" Dan sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang tinggi " { Al-Qalam: 4 }

Seorang arab badwi telah kencing dalam masjid di hadapan Rasulullah s.a.w.Lalu para sahabat bermaksud mencegahnya.Maka Rasulullah s.a.w melarang mereka dengan berkata :
' janganlah kamu putuskan kencingnya.' kemudian Rasulullah s.a.w bersabda kepada Badwi itu:
'bahawa masjid-masjid ini tidak patut untuk sesuatu kekotoran,kencing dan berak'

Dalam riwayat lain Rasulullah s.a.w bersabda:
' Dekati dia, jangan kamu jauhkan '

{ HR Bukhari dan Muslim }


Dengan hadith ini sahaja, kita sebenarnya sudah mampu untuk mengaplikasikan pengajarannya yang terselindung di sebaliknya dalam banyak sudut kehidupan.Seringkali sudah kita mendengar ceramah-ceramah yang memetik bunga dalil di atas sebagai perbahasan.Jangan nanti kita menjadi 'immuned', bila disebut sudah tidak ada lunakan pada hati.

Renung qalam Tuhan dalam-dalam.Usah ambil mudah pada setiap petunjuk yang dibekalkan.Yakin, setiapnya punya manfaat dan kita sememangnya memerlukan setiapnya untuk terus samapi pada kebenaran.Ilmu itu sinar...ilmu juga cahaya.Apa sebenarnya maksud di sebalik sinaran ini?

Sungguh berbeza keadaannya pada hati bila kita bertindak berdasarkan suluhan ilmu yang kita beruasaha mencarinya berbanding kita hanya menurut sahaja perilaku orang-orang soleh.Orang-orang soleh ber'amal berbekalkan keyakinan pada ilmu yang ada pada dadanya.Lantas, bila mereka beriman, mereka merasai sendiri akan betulnya ilmu yang telah sampai kepada mereka kerana Allah memberi izin pada mereka untuk melihat dan menghayati kesan beriman dan ber'amal dengan ilmu tersebut.Oleh sebab itu, mereka tidak mudah goyah, datang angin, datang hujan, datang kemarau, datang tsunami bahkan, jiwa mereka tetap dan teguh pada pendirian kerana mereka selama ini bertindak bukan kerana nafsu dan iku-ikutan tetapi ada akar yang kuat memegang batang tubuh iman mereka.

Berbeda sungguh denagn orang yang kita lihat perilaku mereka senantiasa tidak tetap, ibarat tiada prinsip tiada unsur yang menjadi matlamat padanya.Muslim yang beriman unsur itu tentunya hanya Allah.Justeru apa sahaja keputusannya disandarkan pada Allah.Sebaliknya bagi mereka yang berunsurkan selain dari Allah, pada dunia, pada harta, pada pangkat, pada pujian, pada kemasyhuran, pada ORANG, tentunya jiwa mereka mudah lemah dan senantiasa dalam kelemasan kerana merasakan setiap keputusannya serba tidak kena.Kerana hakikatnya manusia itu berubah, dunia itu datang dan pergi, pujian itu diselang cercaan, pangkat itu diuji dengan kejatuhan..pendek kata, semua yang bersifat makhluk itu, sandarannya tidak kekal.Akibatnya manusia hidup dalam keadaan tidak tenang dan sentiasa berduka.

Justeru, saudara-saudara yang ummu kasih kerana Allah,

Jika sebelum ini, aim kita lari dari landasan, maka cepat-cepatlah masuk kembali dalam jalan yang haq.InsyaAllah, walau ujian yang datang lebih dahsyat dari ombak tsunami, Allah akan teguhkan pendirian kita.Carilah ilmu....

Semalam, ummu sempat menghadiri pengisian motivasi oleh Dr. Rosmawati.Khusus untuk kami bakal-bakal calon exam final april nanti,InsyaAllah jika masih dipanjangkan umur.Bermula dengan ayat menyarankan agar orang-orang beriman agar bersabar, sehinggalah pada perkongsian pengalamannya yang telah pun selesai menghadapi saat yang sama 10 tahun yang lalu barangkali.Banyak input yang boleh dicanai dalam ceramah hampir 2jam lamanya, yang paling ummu ingat, dalam kita berkejaran menghabiskan nota-nota dan mempersiapkan diri membaca mana yang patut, jangan sesekali kita lupa untuk menyimpan bahgaian tertentu dalam 24 jam itu untuk bersama Allah.Walau hakikatnya kita memang sentiasa bersama Allah jika kita mahu mengingatiNya, maksudnya di sini ialah ibadah khusus contohnya Al-Quran, tahajjud, dan pembacaan ilmu agama.Haq yang perlu kita tunaikan sebenarnya bertimbun.Bukan hanya untuk berjuang mencari ilmu sahaja, ada masa perlu kita peruntukkan untuk Allah, untuk sahabat, untuk ibu bapa, untuk orang sekeliling.Bila iman kita bertambah, insyaAllah perspektif kita akan menjadi lebih luas, bukan hanya menumpu pada satu perkara.Sebab itu kita melihat orang Islam ini mereka dapat membuat banyak perkara dalam hanya 24jam!

Moga kita semua sentiasa di bawah petunjukNya.

Tuesday, March 25, 2008

Countdown

Alhamdulillah...akhirnya sempat juga ummu menyambung memberi khidmat dalm penulisan.

Tinggal hanya lebih kurang empat minggu lagi ummu bakal menduduki 'exam' final professional 3.Tempoh waktu yang tinggal itulah juga yang masih ada untuk ummu mempersiapkan diri dengan ilmu di dada untuk kemudiannya dipraktikkan apabila Allah mengizinkan ummu terus ber'amal di bidang perubatan ini membawa 'title' doktor.

Allahu akbar.Tiada kata, tiada ungkapan, tiada madah, tiada ibarat yang mampu menterjemah keharuan perasaan yang ummu alami ketika ini..betapa Dia telah mengkabulkan doa ummu sejak kecil.Hakikatnya dulu,dalam dingin dinihari, tangan ini sentiasa menadah memohon pada Allah agar mengizinkan ummu untuk menjadi seorang doktor.Lantas berusahalah ummu tanpa henti, tidur lewat malam, pergi ke sekolah jam 7 pagi, sampai di rumah pula jam 7 petang.Bonda ummu sungguh kasihan dan hiba melihat ummu hampir tiap-tiap hari begitu.Selesai baca Quran usai solat maghrib, kadang-kadang ummu tak dapat tahan keletihan, lalu tidurlah barang sekejap.Sedih juga ummu kerana bonda mengajar, tidak baik tidur antara waktu maghrib dengan isya', hukumnya makruh.Sebaik2nya diisi dengan solat sunat dan tilawah Quran.Terima kasih tidak terhingga buat bonda yang mendidik ummu agar istiqamah membaca surah As-Sajadah dan Al-Mulk tiap-tiap malam.Sungguh besar kesannya pada ummu..

Begitulah ummu waktu di sekolah menengah.Solat subuh kadang-kadang terpaksa berkejar-kejar,sebab bas sekolah akan datang paling awal ummu pernah ingat pukul 630 pagi.Kalaulah ummu tidak muncul pada waktunya, alamatnya terpaksalah berjalan sedikit untuk ke cabang 4, menunggu bas tambang biasa.Kelas tambahan hampir setiap hari.Pernah suatu hari ummu tertinggal bas waktu pulang.Jam waktu tu hampir pukul 7 petang.Langit dah semakin gelap.Matahari juga dah mula menyembunyikan diri.Ummu keseorangan.Tiada sesiapa.Kawan-kawan semuanya sudah pulang.Memandangkan waktu tu masih belum matang,maka ummu hanya reti menangis.Malu juga bila dikenang.

Allah itu Maha penyayang.Mana mungkin Dia menciptakan makhluk untuk menyiksa dan memberi susah.Tidak sama sekali..peristiwa itu ibarat ujian permulaan untuk ummu belajar kebergantungan pada khaliq, bukan pada selainNya.Tidak semena-mena, ummu terserempak dengan sepupu ummu yang juga belajar di sekolah sama,tetapi dia menetap di asrama.Dibawanya ummu naik ke bangunan asrama dan ditenangkannya ummu.Katanya InsyaAllah nanti ummu boleh balik sama dengan dia.Sebab ayahnya akan datang mengambilnya dari asrama hari itu.Merah juga muka ummu waktu itu,malu sebab menangis depan sepupu.Pengalaman yang memberi pengetahuan.

Ummu cukup sayang dengan maahad.Walaupun kenangan pahit juga ada di sana, namun kemanisannya ummu rasai sekarang.Ilmu.Ya, ilmu yang ummu sempat menadah di sana tak akan ummu lupakan, harapnya.Ummu sebenarnya sangat rindu untuk kembali belajar feqah, sirah, balaghah, adab nusus dan sbg.Berguru dengan ustaz, ustazah.Melihat wajah redup mereka, mengenang biah rabbaniah di maahad, menyebabkan ummu menitis air mata.Kerana ummu sekarang Allah uji dengan biah yang sebenarnya menuntut ummu untuk merubahnya menjadi seperti di maahad bahkan lebih baik dari itu.Ummu tidak mahu sesekali meletakkan perasaan kecewa atau rasa tidak puas hati dengan apa yang Allah telah lukis corak kehidupan ummu selama ini.Tidak layak rasanya.Ummu hanya hamba, sudah ciri hamba, untuknya menurut.Hanya mampu ummu berdoa agar biarlah setiap hari esok ummu adalah bertambah baik.

Setelah Allah qabulkan berkat solat hajat, ummu dapat keputusan yang baik dalam SPM.Bersyukur ummu dengan hadiah dari Pencipta ummu.Antara amalan yang ummu buat dulu-dulu ialah mengamalkan makan kismis tujuh biji, didahului dengan Al-Fatihah sebalum masuk ke dewan exam.Pernah juga ummu mengamalkan doa kanzul 'arsy..Kemudian ummu ke matrix.

Dan sekarang ummu di sini, meneruskan usaha yang bermula sejak di bangku sekolah rendah untuk menjadi seorang doktor.Allahu akbar, Allahu akbar...Terima kasih Ya Allah.Moga Dia terus mengiringi ummu dan sahabiah sekalian dalm sisa nafas usia yang berbaki.

Ummu akhiri dengan firman Allah yang bermaksud :

" Katakanlah,'serulah Allah s.w.t atau serulah Ar-Rahman.Dengan nama yang mana sahaja kamu seru,Dia mempunyai al-asmauul husna ( nama-nama yang terbaik ) dan janganlah kamu menguatkan suara kamu dalam solat kamu dan janganlah pula merendahkannya dan carilah jalan tengah di antara kedua itu "

{ Al-Isra' : 110 }

Tuesday, March 11, 2008

Selamatlah Islam melangkah...

Ucapan Qalam penuh kesyukuran buat Penguasa serata alam...

Alhamdulillah.


Telah benar akan janji Allah :

" Mereka ingin memadamkan cahaya ( agama ) Allah dengan mulut (ucapan-ucapan) mereka, dan Allah tetap akan menyempurnakan cahayaNya meskipun orang-orang kafir membencinya.Dialah yang mengutuskan RasulNya (dengan membawa) petunjuk (al-Quran) dan agama yang benar untuk dimenangkannya ke atas segala agama, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukai "

{ As-saf:8-9 }

Wahai orang-orang beriman,renungkanlah warkah Tuhan ini :

" Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal soleh, bahawa Dia akan menjadikan mereka berkuasa di atas permukaan bumi,sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka berkuasa, dan sesungguhnya Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhaiNya untuk mereka dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa.Mereka tetap menyembahKu tanpa mempersekutukan sesuatu apapun dengan Aku.Dan barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasiq"

{ an-Nur : 55 }

Perubahan ini mungkin hanya permulaan kecil bagi mereka yang melihat ada yang lebih besar di hadapan.Ia mungkin besar bagi mereka yang punya misi dalam waktu yang terdekat sehingga yang jauh di hadapan tidak dilihat dan disimpan buat sementara sehingga yang dekat selesai.Bagi pencinta kebenaran, bagi perindu agama Allah, bagi orang yang dalam hatinya kuat terpacak kasih dan cinta kepada zat yang menciptakannya, tentunya hadiah dari Tuhan ini disambut dengan kesyukuran penuh ketundukan.Teruskan melangkah wahai pejuang agama kebenaran dengan penuh keikhlasan.


Fitrah kehidupan.
Setiap yang manis, diselit jua yang pahit.Bila melihat suasana yang sedang menyelubungi ummat sekarang, tiadalah yang diharapkan melainkan agar Allah memegang hati-hati ini agar sentiasa terpandu pada kebenaran.Lantas walau ummu agak terkilan dengan sesetengah individu yang telah memburukkan keadaan ummat dengan menentukan si dia kafir, si dia beriman seolah-olah kita ini seorang hamba yang punya kuasa ajaib boleh menyelami hati jiwa manusia.Ummu tidak sesekali menghalang seandainya kritikan itu dibuat dengan diniatkan dalam hatinya untuk tujuan maslahah dan juga ke arah menyatukan ummat, bukan menghukum ummat dengan menimbulkan isu yang sepatutnya tidak dikeluarkan seandainya dalam dirinya punya rasa kasih kepada ummat sepertimana dia kasih pada dirinya sendiri.

Sama seperti dia, ummu juga seorang hamba.Ummu juga mungkin tidak dapat membaca apa yang bergolak dalam jiwanya, apa juga niat yang menjadi pemangkin untuknya menulis pernyataan tersebut.Cuma ummu sangat mengharapkan kepada ummat,agar tinggalkanlah semua perkara ynag boleh memecahbelahkan kita sesama saudara seIslam.Fikirkanlah dalam-dalam dahulu apa kesan setiap tindakan kita pada ummat.

Kita bukan Tuhan, yang layak untuk menentukan siapa kafir siapa beriman.Itu urusan Allah yang maha mengetahui setiap nafas yang berjalan dalam hati hambaNya.Cuma kita hanya mampu untuk saling ingat mengingatkan antara kita atas dasar kasih sayang dan ingin menyelamatkan sesama kita di waktu hari pembalasan, dengan ayat-ayat Allah tentang ciri-ciri orang beriman dan kufur.Tujuannya semoga kita lebih berhati-hati dan terhindar dari mendapat ciri-ciri tersebut yang mengundang kemurkaan Allah..kiranya di waktu kita melafazkan dia itu kufur, seharusnya diingat dalam hati, adakah aku hidup hanyalah semata untuk menghebah-hebah pada seluruh manusia setiap manusia yang kufur atau aku hidup sebenarnya untuk menyelamatkan seramai mungkin ummat manusia di muka bumi ini dari kekufuran itu, tidak kiralah dia itu orang jepun, orang eropah,orang amerika,orang cina,orang india bahkan orang melayu sendiri...

Wahai insan, ingatlah!

Kita di dunia ini hanyalah ibarat dalam pelayaran sebuah kapal.Sampai masanya kita akan tiba di daratan.Dunia hanya tempat 'test'..bukan untuk mengaut dengan penuh nafsu segala kenikmatan tanpa panduan nahkoda dari sang iman.Usah biarkan nafsu dan juga iblis menjalankan tipu daya atas kita semua.Mereka tentunya bertepuk seronok melihat kita saling bercakaran dan tuduh menuduh..lupa akan asal usul kita ini dari mana.Marilah kita usahakan agar mereka ini menangis tersedu-sedu kerana kukuhnya ikatan ukhuwwah kita kerana hati kita ini semuanya disatukan untuk Allah semata.Mana mungkin hati kita ini diikat teguh kira ia tidak sama arah tujuan? justeru, mari kita menjadi ibarat air jernih yang sejenis, seiring arus,menempuh halangan batu dan kayu,sehingga tamatnya sebuah pengaliran.Samakan tujuan hati kita ini hanya untuk abdi kepada Allah.InsyaAllah iblis itu akan kalah jua akhirnya.Bersatulah wahai ummat ! Sama-sama berpegang pada tali Allah !

Ummu menulis untuk memberi respon pada suatu tulisan yang mengatakan salah sebuah parti politik di Malaysia ini telah kufur dengan 'bekerjasama' dengan sebuah parti lain yang sedia kufur..na'uzubillah.

" Ya Allah lindungilah kami dari kekufuran, dan ampunkanlah kejahilan kami "

Wahai pejuang yang ikhlas..teruskan berjuang ! usah hiraukan halangan dan bisikan yang meruntuhkan...

Thursday, March 06, 2008

Panjang-panjangkan, rantai-rantaikan



"Wahai Tuhan Kami, berilah kami perasaan takut kepadamu yang dapat menghalang kami dari kemaksiatan dan berilah kami ketaatan kepadamu yang menyampaikan kami ke syurgamu, dan berilah keyakinan yang memudahkan kami menghadapi bencana di dunia."

"Wahai tuhan kami berilah kami kenikmatan pendengaran, penglihatan dan kekuatan tubuh badan selama hidup kami dan jadikanlah dia mewarisi kami dan berilah pembalasan kepada orang yang menzalimi kami. Dan tolonglah kami terhadap orang yang memusuhi kami.Dan janganlah engkau jadikan bencana bagi kami dalam ugama kami dan janganlah jadikan keduniaan sebesar-besar cita-citanya kami dan tidak sampai batasan ilmu kami. Dan janganlah Engkau biarkan orang yang tidak menaruh kasihan balas terhadap kami, dapat menguasai ke atas kami."


"Wahai Tuhan kami, kami pohon perlindungan dengan nur kesucian engkau dan berkat kebersihan dan keagungan sifat jalal engkau, dari setiap yang datang waktu malam kecuali yang datang dengan baik." "Wahai tuhan kami, engkaulah penolong kami, maka kepada engkau kami mohon pertolongan. Wahai tuhan kami, engkaulah tempat kami menyelamatkan diri, maka kepada engkaulah kami pohon selamat. Wahai tuhan bagilah kelemahan dan kehinaan yang mana segala tengkuk pembesar dunia."

"Dan tunduk kepadanya segala urusan dan kebesaran raja-raja Firaun, selamatkan kami dari penghinaan dan hukuman siksamu, ketika malam atau siang, ketika kami tidur atau berada di suatu tempat. Tiada tuhan bagi kami melainkan engkau demi kebesaran wajah engkau dan kemuliaan kesucian engkau, hindarkanlah kami dari segala kejahatan hamba-hamba engkau, berilah kemudahan kepada kami dengan limpah kurnia dari engkau wahai tuhan yang maha pemurah."

"Wahai Tuhan sama ada engkau lembutkan hati-hati mereka untuk kami sebagaimana kamu lembutkan besi untuk Nabi Daud, dan kamu menundukkan mereka seperti seperti kamu tundukkan bukit bukau, gunung ganang untuk Nabi Sulaiman atau pun kamu lipat balik rancangan jahat mereka supaya berpatah balik ke atas mereka sendiri , dan kamu hancur leburkan pakatan mereka dan kacau bilaukan kumpulan mereka dan goncangkan pendirian mereka dan Ya Allah turunkan bendera mereka rapat ke bumi, Wahai Tuhan yang tetap hidup yang mentadbir urusan makhluknya, Wahai Tuhan yang mempunyai keagungan dan kemuliaan, sesungguhnya Engkau berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu."

"Ya Allah Tuhan kami, limpahkanlah rahmat ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W yang dengannya dapat mengubati hati dan menjadikan penawar, menyihatkan badan yang menyembuhkannya, menjadi cahaya bagi pandangan mata dan menyinarkannnya dan limpahkanlah rahmat dan kesejahteraan kepada keluarga dan para sahabat baginda sekalian."

Wednesday, March 05, 2008

Hiburan kehidupan



Di suatu waktu
Tika petang beransur pergi
Membawa bersamanya kecerahan
Waktu itu angin lembut menyapa kulit
Tidak terlalu sejuk, tidak terlalu hangat
Matahari sudah ingin melambai pulang
Menunggu munculnya teman si terang bulan


Hijau rumput dan pohon merendang
Biru langit luas terbentang
Sekali sekala berdecit-decit si burung menyanyi
Mengikut rentak irama alam
Sekawan beriringan pulang ke sangkar
Setelah penat ber'amal seharian


Dudukku berteleku memerhati kejadian
Sungguh 'asyik memikirkan mereka
Kadang-kadang ku tersenyum sendirian
Lantaran gembira melihat kebahagiaan mereka
Alangkah indahnya sebuah hidupan


Sungguh bijak yang menciptakan semua
senyap ku seketika tanpa kata
Tundukku terarah pada tanah
Tanda pada sebuah keagungan


Entah dari mana
Gelombang itu datang
Alunan yang membuatku tiba-tiba hiba
Rasa mataku berat menakung air
Tanpa ku sedar ku menangis


Ku menangis kerana tidak tahan
Pada sebuah kehebatan
Juga pada rasa berterima kasih
Atas anugerah teman-teman yang menghiburkan
Pada dedaunan, rerama, juga bulan
Yang memberiku semangat untuk bertahan
Akan benarnya janji Tuhan


Alunan kata-kata MU Ya Allah...
Itulah hiburan.


Ummu Sulaim, 2.24am.