Wednesday, May 19, 2010





Spread The Love
May It be black and white
Far and wide to a deserted sky
or to an ant crawling beneath the moonlight

Conquer it far beyond the rays of the sun
Sprinkle it gently like pearls and sea-sand
spread it to saturn
Whisper it inevitably to every soul

Spread the love
To young and old
Blow it spreading warm gust
Inearth it, watch it blossom-Jasmine, Violet, and Iris and more

Sail with it across the seven seas
mark it with a new dynasty
paint the world
let us all come and spread the love that we all need!




---------------------------------------------------------------------

Saturday, May 15, 2010

Berjanggutlah...

Terasa mahu berkongsi pengisian dalam slot soal jawab Feqah Majalah Solusi.

Umum mengetahui bahawa menyimpan janggut itu sunnah.Sabda Rasulullah s.a.w riwayat Ahmad ;

" kamu simpanlah janggut dan potonglah misai, ubahlah warna uban kamu (dengan berinai) dan janganlah kamu mencontohi Yahudi dan Nasrani "

Dilarang mencontohi yahudi dan nasrani kerana perbuatan mereka adalah yang sebaliknya iaitu mencukur janggut dan memelihara misai.Menurut riwayat al-Bukhari no. 5892 ;

Had untuk memotong janggut adalah bersandarkan perbuatan ibn Umar r.a semasa mengerjakan haji dan umrah, yang mana beliau telah menggengam janggutnya dan yang lebih dari genggamannya dipotong.

kepada mereka yang telah berjanggut, teruskan serta syabas diucapkan sesungguhnya kalian adalah muslim sejati yang mencintai Rasul !

Saturday, April 24, 2010

Seruan Cinta

" Orang yang berjihad pada jalan Allah dan orang yang mengerjakan haji serta umrah merupakan tetamu Ilahi.Dia menyeru mereka dan mereka menjawabnya.Mereka berdoa kepada Allah lalu diterimanya" { HR Ibn Majah }

Sewaktu di bangku sekolah, kita diajar rukun Islam ada 5 perkara.Yang dihujungnya ialah menunaikan haji bagi yang mampu.Istilah mampu inilah yang kadang-kadang disalahmengertikan.Malah ada jua yang bila ditanya, " Bila mahu ke Makkah ? "....jawabnya, " Tunggulah, belum sampai seru "

Tidak dinafikan menunaikan haji adalah perkara yang memerlukan persediaan lahiriah jua batiniah yang cukup bagi menghasilkan ibadat yang mabrur.Hikmahnya ialah pada mewujudkan 'turning point' kepada orang-orang yang beriman.Sama juga seperti solat, kita bukan sekadar menggerakkan tulang empat kerat, tunduk bangun tanpa mengetahui apa ertinya sebuah solat.Ilmu asas sangat perlu bagi menghadirkan hati, menambah khusyu'.Justeru, adakah hanya kerana merasakan ilmu belum cukup sempurna kita meninggalkan perintah wajib ini begitu sahaja ? tentu tidak kan.....sama juga dengan haji.

Ada yang berkata, wang belum mencukupi,walhal hampir sahaja seluruh benua di dunia ini sudah dilawatinya,Eropah, Asia,dan sebagainya.Tinggal sahaja bumi makkah.Terkilan bukan...Justeru,marilah kita saling mengingatkan mudah-mudahan kita menjadikan bumi makkah yang mulia itu adalah top list dalam senarai destinasi yang akan kita tuju.Di sini peranan fiqh aulawiyyat.Hadith riwayat Tarmizi ada menyebut,

" Barangsiapa yang mempunyai bekalan yang cukup untuk membiayai perjalanan dan kenderaan menunaikan Haji di Baitullah, tetapi dia tidak mehu melakukannya,andai dia mati, maka matinya samada mati sebagai orang yahudi ataupun mati sebagai orang nasrani "

Kita berdoa agar kita terhindar dari kelompok itu.

Bila sebut perihal haji ini,jiwa ummu pernah tersentuh mengingatkan peristiwa sewaktu mendaftarkan diri untuk Haji.Ada seorang pakcik tua berkain pelikat,berbaju melayu yang lusuh dan berselipar datang berjalan dengan membawa tongkat,masuk ke bangunan Tabung haji.Melihatkan keadaan pakcik yang terpinga-pinga, baru ummu sedar yang beliau adalah seorang yang buta.Kehadiran beliau disambut mesra oleh pengawal keselamatan lantas memimpin tangannya menuju ke deretan kerusi di hadapan kaunter.Sewaktu dihulurnya buku akaun kepada staff bank di kaunter, terlintas di benak hati ini.."kiranya pakcik tua yang buta ini datang semata-mata untuk menyimpan wang buat bertemu Allah di baitullah, alangkah mulia hatinya dan alangkah kerdil diri ini "Tentunya amal usahanya yang jauh lagi sukar bagi menunaikan hasrat ke Makkah lebih ganjarannya di sisi Allah berbanding mereka yang lapang rezekinya.

Ayuh saudaraku, bersegeralah kita menyahut seruan Cinta Ilahi !

Thursday, April 08, 2010

Hidup terlalu singkat

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi maha Pengasihani.

Segala puji-pujian untuk Allah, Tuhan yang menciptakan seluruh anak Nabi Adam dari awal penciptaannya sehingga cucu cicit di akhir zaman.Betapa ramai sudah manusia yang Dia ciptakan, dan betapa ramai sudah yang telah mengadapNya dalam keadaan hati penuh gembira,kerana berjaya melepasi ujian dunia yang sementara ini.Hati terdetik...siapalah diriku berbanding mereka yang jiwanya penuh subur bercahaya bersama nur iman, siapalah diriku berbanding mereka yang telah mengorbankan seluruh tubuh beserta jiwanya hanya untuk agama Allah.

NikmatNya subhanallah...tidak terkira.Hari ini dikurniakan lagi kepada ummu,nikmat yang juga merupakan ujian langsung dari Tuhan.Berkebetulan diadakan PC fair di KB Mall,justeru hati sudah lama kepingin sebuah notebook.Alhamdulillah, Dia permudahkan dan sungguh ummu berdoa agar pemberian Allah ini dapat dimanfaatkan sebaik mungkin untuk fi sabilillah.

Dari Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda " Barangsiapa yang ingin agar Allah s.w.t menerima doanya ketika ia menghadapi kesusahan dan kesempitan, maka hendaklah ia memperbanyak doa pada waktu senang " { HR Tirmidzi }

Hidup terlalu singkat untuk membenci.Hidup terlalu singkat untuk berdengki.Hidup terlalu singkat untuk menyimpan dendam.Hidup terlalu singkat untuk berkelahi.Kerana kita tidak diwujudkan untuk itu semua.Hakikatnya umur semakin menghampiri hujungnya.Setiap saat jarum jam berdetik, saat itu juga jarak kita dengan alam barzakh semakin dekat.Namun sayang, kita masih dibuai mimpi dan khayal dalam lautan kehidupan yang memperdayakan.

Ubahlah kepada...hidup terlalu lama untuk menyayangi.Hidup terlalu lama untuk berbakti.Hidup terlalu lama untuk saling melindungi.Untuk sampai ke situ,tiada jalan lain selain menghampirkan diri kepada Tuhan.

Terima kasih Tuhan, kerana mengurniakan daku sekeping hati.

Thursday, April 01, 2010

Wasiat Syed Qutb

Saudara !
Seandainya kau tangisi kematianku
Dan kau siram pusaraku dengan air matamu
Maka di atas tulang-tulangku
Yang hancur luluh
Nyalakanlah obor bua ummat ini
Dan...........
Teruskan perjalanan ke gerbang jaya

Saudara !
Kematianku adalah suatu perjalanan
Mendapatkan kekasih yang sedang merindu
Taman taman di syurga Tuhanku bangga menerimaku
Burung-burungnya berkicau menyambutku
Bahagialah hidupku di alam abadi

Saudara !
Puaka kegelapan pasti akan hancur
Dan alam ini akan disinari fajar lagi
Biarlah rohku terbang mendapatkan rinduNya

Janganlah gentar berkelana di alam abadi
Nun di sana fajar sedang memancar.........


Jika engkau tewas di medan jihad,
Gelaran syuhada’ Allah memberi,
Arwah-arwah pahlawan senyum melihat,
Mujahid bangga melepas pergi




Monday, March 22, 2010

Indahnya hidup beragama

Indahnya Islam, Indahnya hidup beragama.

Penerbangan pesawat Malaysia Airlines dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Langkawi selamat mendarat jam 4 petang.Seramai 25 ahli keluarga ummu terdiri dari abah dan ibu abang dan kakak bersama si anak kecil masing-masing melangkah keluar dari perut pesawat membawa bersama segunung harapan, harapan agar ‘Family Day 2010 ‘ ini memberi pengertian bermakna.Bait-bait doa sentiasa menutur di bibir dan hati moga-moga niat yang ikhlas mengundang redha Allah.

Masing-masing punya ujian dan cabaran sebelum mampu untuk kami berkumpul seramai ini.kalau bukan masalah kerja dan cuti, hambatan kewangan serba sedikit menggugat rancangan tahunan kami ini.Allah itu beserta orang-orang beriman dan sabar.Dia pasti memberi jalan keluar kepada siapa yang berharap kepadaNya.Akhirnya disatukan jua hati-hati kami sekeluarga di bawah rimbunan penuh kasih sayang di bumi bersejarah, Pulau Langkawi.

Kami menyewa dua buah Van Pregio untuk membawa kami menuju ke kediaman Kondo Istana.Perjalanan tidak lama, hanya memakan masa dalam 15 minit sahaja untuk sampai.Ummu sungguh teruja, hiba dan sayu melihat kesungguhan dan pengorbanan abah.Dalam keuzurannya berusia lebih separuh abad namun demi anak-anak digagahkan tulang empat kerat untuk memenuhi impian kami.Walau berkerusi roda, raut wajahnya yang tenang bersulam senyuman bagai menghilangkan kepedihan kesakitan urat yang dideritainya.Bertemankan ibu yang setia di sisinya, manambahkan kekuatan rohaninya untuk berkorban kerana Allah jua.

Empat buah bilik kondo sudah cukup memuatkan kami adik beradik.Satu bilik sahaja, sudah ada dalamnya 1 master bedroom dan dua buah bilik kecil yang lain.Siap lengkap dengan ruang tamu, dapur dan bilik air.Oleh kerana design kondo tersebut berbeza, maka kami memilih ruang legar terluas untuk dijadikan lokasi utama bagi semua aktiviti yang dijalankan bersama.

Solat berjemaah antara rutin kami.Seusai solat setiap abang ummu beserta abang ipar telah ditaklifkan awal-awal lagi untuk menyediakan tazkirah seterusnya berkongsi dengan jamaah solat yang lain.Terbukti, tugas da’wah tidak hanya terpikul atas bahu para ustaz sahaja, bahkan semua individu punya peranan masing-masing.Andai kita seorang doctor, engineer atau lecturer itu bukan alasan untuk melepaskan diri dari tanggungjawab ini.Ketahuilah ia bukan soal mampu atau tidak mampu, ia soal ubudiyyah, bahkan soal akar kenapa kita dihantar ke dunia.Syabas abang kandung dan iparku, walau kalian bukan berlatarbelakangkan pendidikan aliran agama secara rasmi, kalian mampu untuk turut sama memegang panji Islam.

To be continued…..

Wednesday, February 24, 2010

Jihad seorang 'Houseman'

Dengan lafaz nama Allah yang maha mulia, Alhamdulillah...............

Ummu menarik nafas lebih panjang hari itu.Perasaan lega yang luar biasa menyelinap masuk mengisi ruang-ruang sudut pada hati.Akhirnya ummu menemui sebuah harapan, walau ia tampak kecil namun besar kuasanya pada memberi semangatdalam mengotakan sebuah janji, ya janji pada A-Rahman.Janji yang telah termeterai saat dijaga dalam sebuah 'bilik kecil yang gelap', tidak ada peneman kecuali Dia yang menghiburkan hati.

Bukan sekali dua syaitan laknatullah itu datang berbisik.Berkali-kali ia mencuba, dan saat itu juga zikir, istighfar, dan doa tidak putus-putus dipanjatkan.Dihiaskan dunia agar tampak indah, diperdaya nafsu agar menganggap kebatilan adalah perkara biasa.Tiada lagi usaha yang mampu dilakukan untuk mengubah masyarakat yang kini parah dilanda kejahilan, penjajahan pemikiran jua cara hidup.Begitu antara ideologi makhluk Allah yang telah bersumpah bahawa ia tidak akan sama sekali berputus asa menyesatkan generasi Adam a.s.

Dalam keributan ujian, pasti akan Allah datangkan pertolongan.Itu janji pasti buat pendokong agamNya.Sebuah buku biru berlatarbelakangkan seorang doktor berstetoskop dengan tinta berbunyi " DENYUT KASIH MEDIK " mencuri pandangan hati tatkala kaki melangkah masuk ke kedai yang berkurun lamanya berjasa dalam mendidik rohaniku.Kedai Jaafar Rawas suatu nama yang tidak asing bagi mereka yang dahagakan minuman rohani.Ia sebuah gedung ilmu yang luas, sarat memuatkan pelbagai sumber ilmiah.

Saat membelek sinopsis cerita , hati terus 'jatuh cinta'.Masakan tidak, ceritanya hampir menggambarkan kehidupan realiti yang sedang ummu jalani kini.Walau mungkin berbeza tempat, watak dan suasana tetapi jalan ceritanya sama.Bahkan boleh ummu katakan kebanyakan teman ummu yang bergelar 'Houseman' turut mengalami wajah kehidupan sebegini.Bagi adik-adik junior yang bakal berjuang bersama kami di medan da'wah ini yang senarionya jauh berbeza saat bergelar 'student' dan 'houseman', ummu syorkan dampingilah sisipan ilmu yang cuba disampaikan oleh penulis buku ini yang telah bergelut dalam dunia kerjaya sebagai 'houseman' dengan tidak mengenepikan tugas asal kita sebagai da'i.Penulis yang dikenali sebagai Dr Farhan Hadi, adalah seorang doktor yang kini bertugas di Klinik kesihatan Sabak Bernam.Beristerikan muslimah solehah yang juga seorang novelis terkenal,tentunya kurniaan berharga buat seorang pejuang agama Allah.Fatimah Syarha Mohd Noordin telah ditaqdirkan menjadi sayap kiri dan penghembus semangat beliau dalam merealisasikan syari'at di medan kerjaya.Semoga kalian berdua terus ikhlas dan istiqamah.

Kiranya penulis tika ini sedang membaca nukilan ini, sejuta penghargaan atas usaha jihad Dr dalam meniupkan roh kami adik-adik junior yang masih di alam 'houseman', untuk sama-sama mempraktikkan syaria't Allah dalam kerjaya kami seharian sebagai doktor perubatan yang mana peluang da'wahnya adalah yang terbesar kerana menghimpunkan masyarakat berupa pesakit dari pelbagai peringkat, muda tua, kaya miskin dan sebagainya.Marilah kita sama-sama doakan moga akan terhasil produk pegawai perubatan yang bukan hanya mampu merawat penyakit fizikal semata, bahkan segala penyakit rohani yang melanda ummat Islam dan seluruh manusia amnya.

# Buku ini baru dicetak pertama kali bulan Febuari tahun ni, jadi masih panas di pasaran.Jangan lepaskan peluang memilikinya !