Thursday, January 31, 2008

Singa baru Dunia Islam

" Sekiranya dunia melihat nuklear ini keji dan kami tidak boleh menguasai dan memilikinya, mengapa kamu pula yang memilikinya ? Sekiranya teknologi nuklear ini baik untuk kamu, mengapa kami tidak boleh juga menggunakannya ? "

{ Presiden Mahmoud Ahmadinejad }

Marilah kita menghulurkan sebanyak-banyak pujian untuk Allah tuhan sekalian 'alam.Berselawatlah dengan mengingati kembali perjuangan Nabi kita menghapuskan sisa jahiliyyah kepada cerahnya sebuah kehidupan yang membawa makna.

Petikan di atas ana ambil dari buku terbitan PTS berjudul ' Ahmadinejad , Singa baru Dunia Islam'.Sedikit perkongsian ilmu dgn sahabat maya.

Pada suatu hari di bulan Mei 2003, semasa butir2 salji berguguran jatuh ke ranting2 kayu di luar sana, keseriusan Mehdi Chamran memimpin sebuah Dewan Kota Tehran kelihatan lebih ketara dari biasa.Setelah memerah otak bagi membuat pilihan yang terbaik,akhirnya beliau dan kawan2nya bersepakat mengangkat mahmoud Ahmadinejad sebagi Presiden Tehran dari 2003 hingga 2005.

Ahmadinejad...
Beliau hanyalah seorang doktor pengangkutan.Beliau bukan cendikiawan berserban,bukan tokoh revolusi dan bukan juga birokrat yang mempunyai keajaiban.Beliau hanya tinggal di suatu jalan mati,rumahnya sederhana,tidak punya sofa dalamnya dan pergi kemana-mana dgn menggunakan Peugeot 1977.

Penampilannya cukup biasa, tidak seperti Presiden.Rambutnya hanya kelihatan kusam seperti tidak pernah bersyampu,manakala kasutnya terkoyak di sana sini seperti kasut yg dipakai oleh tukang sapu di tepi2 jalan.

Adakah boleh seseorang seperti ini memimpin ?. Dalam tempoh setahun semua itu terjawab.Penduduk2 Tehran melihat sendiri Ahmadinejad sebagai seorang presiden yang bangga menyapu sendiri di jalan2 kota.Apabila melihat ada longkang yg tersumbat beliau membersihkannya.Berasa lebih selesa memandu sendiri keretanya ke pejabat.

" Saya bangga dapt menyapu jalan di Tehran " kata beliau suatu hari.

Beliau tiba2 menjadi sessuatu yg dikagumi,menjadi bahan perbicaraan akhbar2 di seluruh dunia dari Afrika hingga Nusa Tenggara Timur.Beliau terpilih sebagai Presiden Republik Islam Iran selepas menewaskan ulama-cum-jutawan iaitu Ali-Akbar Hasyemi Rafsanjani dalam pilihanraya umum.

Bagaimana mungkin anak seorang tukang besi seperti beliau dapat memenangi pilihan raya di negara yang polititknya didominasikan oleh kaum berserban sejak revolusi Islam pada 1979 lagi ?

Kita lihat nanti.....

Alihkan wajahmu...wahai insan !



Alihkan matamu ke laut
Airnya cantik membiru
Dan penuh dengan ketenangan
Tetapi hanya Allah sahaja yang tahu
Rahsia di dalamnya

Begitulah dengan kehidupan...

Riang ketawa
Tetapi hanya Allah yang tahu
Rahsia kehidupannya

Jika kau rasa kecewa
Maka pandanglah sungai
Airnya tetap mengalir
Biarpun berjuta-juta batu menghalang

Jika kau rasa sedih
Pandanglah ke langit
Kau akan sedar
Bahawa Allah sentiasa bersamamu

Kiriman K.Dura, Jalan Tun Razak, 8.01 pm.

Friday, January 18, 2008

Episod Akhir

Sekarang ana baru sahaja selesai posting surgery.Banyak pengalaman dan peristiwa yang menambah erti pada harga sebuah kehidupan.

Sungguh benar firman Allah yang menyebut perihal manusia apabila sampai umur tuanya,maka seolah2 keadaannya ibarat waktu dia baru sahaja dilahirkan mengenal apa itu dunia.Berjalan di sepanjang wad pembedahan,luluh jua hati melihat.Apatah yang terlantar sakit itu di kalangan pakcik dan makcik yang umurnya seperingkat dengan umur orang tuaku.

Ramai juga pesakit yang ditempatkan di sini biasanya adalah di kelompok 'terminally ill patient'.Maksudnya harapannya untuk sembuh amat mustahil.Biasanya pesakit ini para doktor hanya mampu menolongnya untuk menghilangkan kesakitan dan mengoptimumkan 'function'.Tidak lebih dari itu.

Malam itu,ana berkesempatan dengan izinNya jua,melangkah kaki menuju wad.Niatnya ingin menggantikan satu malam ana ter'miss' oncall,sebab esoknya exam.Em,doktor ada jua menyapaku,mengapa masih oncall hari minggu ?

Tersenyum juga ana.Lantas ana beritahu jua sebabnya.Entah kenapa hati ini tidak akan tenteram sehingga 'hutang' selesai dilangsaikan.Alhamdulillah,jauh di sudut hati,ana bersyukur diberi kekuatan untuk menunaikan amanah.Ana boleh sahaja tidak pergi ke wad,namun mungkin di dunia tiada sipa yang tahu,tapi bagaimana mungkin ana menghadapi soal jawab dengan zat yang Maha Agung di mahkamah yang tidak akan meninggalkn walau sebesar zarah kesalahan manusia? yang terang mahupun tersembunyi segalanya tidak akan terlepas dari dipersoalkan.

Waktu itu ana sedang mengalunkan surah As-Sajadah di bilik tempat menunggu pesakit.Sambil cuba menatapi maksud dan mengusahakan hati agar khusyu' menghayati warkah dari Tuhanku,tiba2 ana terlihat keranda usungan dibawa masuk ke dalam wad.Ooh...suatu lagi peringatan Tuhan untukku.Rupa2nya uncle yang sebelum ini berperang dengan barah usus,kini rohnya sudah dipanggil kembali kepada Tuhan yang menciptakannya..

" Ya Tuhan,seandainya tubuh itu adalah tubuhku, adakah rohku akan selamat menemuiMu dalam keadaan Engkau redha padaku.." bisik hati kecilku.

Rasulullah menyebut,orang yang paling cerdik,paling bijak,paling genius di sisi Allah,adalah orang yang paling banyak mengingati mati.Bukannya yang pintar itu IQ nya melebihi norma,bukan juga yang petah berhujjah namun hujjahnya tidak bersandarkan pada lunas wahyu.Kematian tentunya akan menghentikan segala kerja buat yang mengundang murkaNya dalam apa jua bentuk.Ia akan menundukkan nafsu automatik,dan memandu insan untuk bersemangat dan bersegera melakukan kebaikan,sebelum roh dipanggil untuk pulang.

......sambungan

Episod baru.Posting Accident & Emergency.


Alhamdulillah selesai sudah seminggu ana berada di posting kecemasan ini.Kalau dulu,posting surgery episod pilu dan sedih menyelubungi wad 2 Intan,kini episod baru lebih tragis.Dulu,pesakitnya menghadapi kematian dalam keadaan beransur2 ,namun lain di sini biasanya kematian itu akan berlaku di depan mata,sejurus selepas pesakit ditolak masuk ke zon MERAH.

Sewaktu ana masih 'fresh' menyesuaikan diri di sini,Allah telah memulakan tarbiyyah awal.Hari pertama,ada suatu kes 'accident' yang dirujuk dari HRPZII.Pesakit ini tiba dalam keadaan tidak sedarkan diri,dan dia tekanan darahnya juga dalam situasi kritikal.

" You...plz,tolong ganti tempat saya.Keep ambubagging this patient.." Ujar seorang doktor.Waktu tu,ana belum mengenali sangat nama2 doktor,masih baru.

Pantas ana menyambut.Itulah kami pertama ana memberi bantuan pernafasan pada pesakit yang 'real'...dan kritikal.Life threathening condition.Sebelum ini hanya buat pada patung di skill lab.

" ..every 5 seconds ,you press once." Dr said.

" dr...how deep should I press this ? " ana meminta kepastian.

" Just..one third,should be enough."




Alat yang dipanggil Ambu bag

Hampir sepuluh minit juga ana ambubag pesakit tu.Kalu bukan kerana mendapat panggilan kelas kecemasan,mungkin tangan ana terpaksa bertahan lebih lama.Selesai kelas,ana menuju kezon Merah untuk melihat keadaan pesakit tadi bagaimana.Allah lebih sayangkan dia,waktu ana sampai di katil,pembantu perubatan telah pun siap sedia mengikat kakinya yang mula sejuk dan membungkusnya dengan cadar putih.Begitulah episod kehidupan seorang insan.Dia datang dari Allah,maka sudah pasti sampai masa Allah memanggilnya kembali.Kita hidup untuk Allah,mati juga untukNya.

Thursday, January 17, 2008

Bila hati ibu berbicara...

Sebak hatiku tiba-tiba..baru selesai membaca artikel ummi usrah di keranacinta.wordpress.com.
Sesungguhnya diri ini sangat bersyukur.Ana tidak tahu apa sahabt2 rasa..namun hakikatnya sebak itu suatu keindahan..ibarat diri ketika itu berada di taman yang tepiannya adalah air jernih yang mengalir tenang.Sebak itu wasilah ku untuk bersama Tuhanku..bila sebak nafsu seakan2 turut meraikan.ia bagaikan turut bersimpati lantas duduklah ia mendiamkan diri..tidaklah ia meracau2 mengganggu teguhnya sebuah iman.

Ibu...tanpa dirancang.Wajah sucinya menghiasi laman hati.Teringat padanya...sungguh,tidaklah ana ketemu cinta yang lebih hebat dari kasihnya seorang IBU.Bercucuran air mata ini,tak dapat ku tahan,deras ia mengalir.Kasihnya sungguh besar,pengorbanannya tak pernah berhenti.sejak ku kecil,hingga kedewasaan datang...kasihnya makin subur,dan hatiku makin tak dapat menahan keharuan.


Oh Tuhan,izinkanlah daku bersama ibu jua abah di raudhah syurga penuh kebahagiaan.Ampunkan mereka,tenangkan kehidupan mereka,dan putuskanlah segala yang terbaik untuk mereka.ameen...

Abah bersama cucunya yang kesebelas,Ummu Hani

Monday, January 14, 2008

Bunga Kebahagiaan

Berjalan di dunia...
Seharian berlalu...
Senja itu menjadi saksi...
Pada sebuah episod duka...
Hati ini rindu...
Rindu pada beningnya wajah hati yang ikhlas,
Rindu pada tunduknya nafsu dari yang selainNya
Rindu pada air mata yang deras mengalir
Kerana rindu
Pada cintaNya
Ku berjalan siang tadi,
Lantas mata sempat mengerling,
pada sebuah buku kuning,
cantik menawan mencuri hati
Ilham datang,
meminta agar ku membelinya,
dalam hati berdoa moga melimpah rahmahNya.
Judulnya....
BUNGA KEBAHAGIAAN.
" ......anugerah sekebun bunga dari taman iman; inilah kebahagiaan sebenar "
Karangan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Antara petikannya, Rasulullah s.a.w bersabda :
" Dirikanlah solat sunat di dalam rumah kamu dan jangan jadikan rumah kamu itu sebagai kubur "
{ HR Bukhari,Muslim,Nawawi }

Monday, January 07, 2008

Kalaulah Saidina Umar menyaksikan...






What could be ur respons towards this picture ?

The way u react will actually determine ur loves towards The Prophet.
Mereka bermati-matian mencari jalan menghina Rasul, namun kita berpeluk-pelukan tubuh diam tanpa sepatah kata...


Mereka memerah otak berfikir strategi terus menghalangi jalan da'wah,namun kita masih mengambil jalan memencil diri dan mengamalkan dasar berkecuali...


Sampai bila, aduhai penganut agama suci, sampai bila harus kita berterusan begini...
Mereka berani, tandanya kita penakut...


Nota buat diri.

Thursday, January 03, 2008

Reading in the traffic ?



Gambar di atas sempat ana tangkap sewaktu dingin bayu pagi mencucuk-cucuk urat saraf di depan bangunan Long Ding Hua Hotel,di tengah bandar Beijing awal November lepas.

Apa intepretasi yang boleh dirungkaikan?
Tentunya fokus ana tidak lari dari adik perempuan yang sedang memegang bahan bacaan sewaktu menunggu lampu di 'traffic light' bertukar ke hijau !

Sungguh ana berasa kagum,walau ia berlaku sekadar kerlipan jelingan yang tidak disengajakan.Pengalaman pertama melihat orang membaca di tengah2 kesibukan traffik tentunya mengundang rasa rendah diri.Betapa dia,yang mungkin belum Islam telah terlebih dahulu menyertai sahutan dan panggilan kebaikan yang diteriak2kan oleh Islam selama ini.Kini, ana berada di mana?

Kota Beijing penuh sarat dengan pelbagai 'picture' hidup yang mampu meng'hint'kan kita untuk sentiasa mengoreksi diri.Walau jurang kaya dan miskin masih menempel dalam gambar kehidupan masyarakat mereka, namun rata2nya begitu bersungguh berikhtiar memajukan diri.Dan tidak hairanlah kiranya kita suatu hari nanti terserempak dengan pembawa beca yang umurnya masih di lingkungan belasan tahun !
kalau di Malaysia,jika ini yg berlaku,tentunya pemuda itu akan diejek,atau paling tidak ia akan menjadi buah mulut yang tidak berkesudahan hinggalah mentaliti masyarakat kita berjaya diubah.

Teringat kata2 ulama' Abduh,yang mengaitkan bahawa di suatu tempat mungkin kita lihat Islam tapi kita tidak jumpa walau satu pun Muslim,dan mungkin juga kita jumpa ramai yang Muslim,namun tidak ada Islam....Renung2kanlah.