Wednesday, June 24, 2009

Ekspedisi ziarah II

Allahu Akbar ...kuasaNya yang maha besar.



Alhamdulillah, penerbangan dari KB ke LCCT telah selamat mendarat.Seperti biasa, tiap kali ada antara kami adik beradik yang akan menziarahi satu sama lain, beg yang terisi bukannya penuh dengan pakaian, tetapi separuh beratnya milik makanan segera, buah salak dan segala macam benda yang dikirim oleh sekeping hati tulus bernama ibu.



Batuk tidak berkahak menyerang ummu sejak beberapa hari yang lepas.Lantas sewaktu beberapa minit sahaja lagi gate penerbangan dibuka,ummu berkejar mendapatkan strepsils di sebuah kedai di ruang lobi menunggu.Dalam hati bimbang jika serangan batuk yang tidak berhenti bakal mengundang ketidakselesaan penumpang lain dalam kapal terbang nanti.



Niat di hati, mohon Allah membersihkan sentiasa.Pemergian ini bukan sekadar ziarah biasa,sebaliknya adalah sebuah bukti pengabdian kepada firman Allah yang menyuruh menyambungkan silaturrahim.Hadith Rasulullah yang memberi tips pemberian hadiah sebagi alat pengikat kasih sayang dijadikan panduan di sepanjang 'terminal' musafir ini.Setiap rumah yang disinggah, dipastikan ada ole-olenya.Mudah-mudahan ada barokahnya, ameen.



Dari Nilai, ke Kajang seterusnya ke Tangkak.Kalau cuti dahulu, ekspedisi tertumpu pada sebelah timur,maka kini tentunya pula pantai barat yang menjadi pilihan.Begitulah antara adik beradik, kena berlaku adil agar kesemuanya nanti peroleh tempias kebahagiaan dan kasih sayang yang sama.



Mulanya cuti ini tidak mendapat lampu hijau dari bos, sebab kebetulan tarikh yang sama telah ada houseman lain yang memohon.Namun Allah yang mengatur, diberi sedikit liku agar musafir ini rasa lebih bermakna dan manis.Bos seorang yang baik, sangat mengambil berat akan HO, dan 'fatherly'.Mungkin riak muka ummu sewaktu hadir ke biliknya untuk mendapat kepastian kelulusan cuti ini seakan -akan seorang anak kecil yang memohon simpati,telah mengutis hati bapanya untuk menimbang kembali permohonan itu.Sekalung penghargaan buat Bos Dr Zainal Abidin, merangkap konsultant dan ketua jabatan O&G.Moga dalam rahmat Allah sentiasa.

Semalam sempat mencuri masa mengajar muqaddam untuk anak manakan yang berumur 6 tahun.Alhamdulillah terasa lidah berbakti kepada agama untuk melahirkan generasi depan yang betul-betul berpaksi pada kalimah suci itu.Terasa 'jelous' sungguh mendengar kanak2 zaman sekarang begitu 'fluent' menyanyikan lagu inggeris, tetapi bila disuruh membaca Al-Quran lidah menjadi kelu dan berat.kalimah apa lagi di atas muka dunia ini yang lebih memberi kesan pada jiwa seorang manusia dari ayat2 Allah? mudah2an makin ramai kawan2 seusia anak manakanku yang fasih mendendangkan lagu jiwa yang mendatangkan kesan pada pembentukan seorang manusia yang baik budi pekerti dan cemerlang dalam segenap lapangan hidup.

Seharian semalam ummu memanfaatkan waktu mengkhatamkan buku ustaz Hasrizal, " Rindu bau pohon Tin ".Pengalaman hidup orang lain yang memberi kelainan pada dimensi pemikiran dan keluasan tafsiran, tentunya seakan memberi ruang baru untuk aqal belajar menganalisis tujuan hidup yang sebenar.Menjejakkan kaki di tanah tempat tertumpahnya darah para syuhada' dan juga tempat berpijaknya kaki orang2 soleh tentunya menghasilkan satu keyakinan dan upaya untuk lebih menghayati sirah dengan lebih berjelira.Kaki kita ini akan menjadi saksi di mahkamah Allah, bahawa ke mana pernah ia digunakan, samada ke tempat yang diredhai ataupun ke tempat maksiat, justeru gunakanlah ni'mat kaki kita ini dengan berhati2 saudara2ku,usah biarkan ia lepas mengikut hayunan nafsu.

Tirai Rejab telah dibuka,tandanya kekasihku Ramadhan bakal mengunjung tiba.Persiapkan hati kita dari sekarang, ibarat tetamu2 baitullah yang awal2 lagi membersihkan diri sebelum berangkat dengan harapan haji yang diperoleh adalah mabrur.Lantas harapan itu juga kita sematkan dalam diri, moga penyucian kita yang bermula dari sekarang boleh membawa kita kepada manisnya lailatul Qadr.InsyaAllah.

Monday, June 22, 2009

O&G dalam ingatan

Segala kepujian untuk Allah.

Alhamdulillah..akhirnya kini ummu mampu menarik nafas lega.Hari ini menyaksikan beberapa episod yang melahirkan pelbagai perasaan.Jadual viva posting yang sepatutnya diadakan pukul 1130 terpaksa ditunda hingga ke petang, kerana konsultant terpaksa menghadiri mesyuarat.

Maka dari saat pagi hingga petang, hati serba tidak kena.Selera makan tiba-tiba sahaja hilang.Kalau Allah tidak beri kekuatan untuk cuba menenangkan hati sendiri, tentunya tadi sudah terlepas 'lunch'. Allah lemahnya iman, baru sahaja ujian kecil di dunia.

Bila kita teringatkan hal akhirat, automatik kesedihan dunia akan hilang dari pandangan hati.Dengan cepat pula Allah tiupkan angin ketenangan, apatah bila mentadabbur ayat-ayat Allah yang suci.Subhanallah,sungguh indah perasaan itu.

Benarlah...al Quran itu as-syifa', penyembuh lahir dan batin.

" ok.....tell me how to conduct vaginal breech delivery " antara soalan yang dikemukan.

"...HANDS OFF ..." maka berceritalah ummu dari awal hingga akhir episod melahirkan anak songsang.

Menceritakan tentang perkara yang kita belum alami sendiri adalah sesuatu yang sukar.Seluruhnya digunakan kekuatan imiginasi yang Allah kurniakan , dengan kata lain otak cuba meng'create' kan sendiri situasi kecemasan itu.Namun Allah maha penyayang..tidak dibiarkan hambanya terkial-kial.


"..wan...hang nak extend depa pun tak pe, extend sampai pukul 6 je la, bukan extend posting.." antara kalimat Dr Zainal selaku ketua jabatan O&G sewaktu melangkah keluar dari bilik Dr Wan Zahanim yang ketika itu sedang meng'viva'kan kami.Sempat lagi bos bergurau, namun itulah antara kalimat tanda awal bahawa jalan untuk kami lulus semakin cerah..

Sehari sebelumnya kami telah pun di'viva'kan oleh bos sendiri untuk gynae.Dr Wan zahanim untuk obstetrik hari ini..Dan keduanya pula memberi signal ok kepada kami.Segala pujian kita sama-sama rafa'kan untuk Allah Tuhan selayaknya.

4 bulan berlalu..begitu pantas.
Pusara kita pun makin mendekati, nyawa semakin berada di penghujung.Mudah-mudahan kesibukan dunia tidak menjadi hijab untuk sentiasa menghidupkan roh untuk mengingati kesudahan akhir.

Terima kasih dan mohon maaf untuk semua warga O&G HKB.Memohon perlindungan Allah untuk destinasi baru, awal julai di posting medical pula, insyaAllah.

Friday, June 12, 2009

Usia senja



" Dan sesungguhnya Dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis "

{ Surah An-Najm : 43 }


Saat ketika kita disibukkan dengan hal duniawi
Hingga hilang waktu untuk merenung hakikat penciptaan
Kita menganggap bahawa apa yang aku lakukan sekarang adalah benar
aku beramal untukNya..di jalanNya

cuba kita tanya jauh di sudut dalam hati
saat ini buangkan segala kekusutan belenggu dunia yang meliputi
renung dengan hati yang bersih
buang semua penyakit hati
dan sekarang fikir untuk apa aku hidup?

bertuahnya sekeping hati yang dekat pada nur Allah
mampu melihat segalanya dengan qalbun salim
berjaya meletakkan kebenaran mengatasi kebatilan
langkah kehidupannya tenang dan penuh barokah

duhai hatiku...
tunduklah pada Allah
duhai hatiku
jinaklah dengan kebaikan

kini umur menghampiri separuh jalan
bekalanku di mana?
terpedayaku pada dunia
dek tusukan nafsu dan syaitan
hingga lupa bekalanku tertinggal

ingin ku undur masa yang berlalu
sudah terlambat
yang pergi akan menjadi peninggalan
bukti sebuah pengabdian

sedihku..sayuku
mengenang dosa yang melimpah tebing
berjuraian air mata tidak dapat menahan sebak dan ketakutan
Bila Allah kelak menyoalku

Ke mana dibawa guna ilmu yang Aku berikan padamu?
ke mana diguna pakai rezeki yang Aku pinjamkan padamu?
Ke mana dimanfaatkan usiamu?

Allah...
sebakku makin dalam
ketakutanku makin mengcengkam
harapanku kian kuat

Wahai saudaraku yang kukasihi kerana Allah
Ku mengasihi kalian sebagaimana jiwaku
perbanyakkanlah bermuhasabah
pertingkatkan menegenang sela waktu hidupmu yang lalu
andai ia suram dengan cahaya
mari kita pinta dari Yang Maha Pengasih
agar menunjuki kita jalan hidayah
sebagaiman jalan-jalan yang telah
diselusuri oleh jiwa-jiwa soleh
yakinlah kita hanya bisa bertemu
kebahagiaan hidup yang kekal
hanya pada jalan
Islam yang indah


Kita menangis hari ini untuk sebuah senyuman di hari akan datang

Bersabarlah...

Tuesday, June 02, 2009

Setiap yang mula ada akhirnya


Allah maha kuasa...
This picture was sent by my sis who lives aroud that area.Just few months back, I saw this stadium, still in its complete built, but now...
Subhanallah..
Tiada guruh, tiada kilat yang menyambar, tiba-tiba sahaja bumbung jatuh menghempap bumi Allah.Betapa banyak sudah Allah nukilkan misalan buat manusia zaman ini supaya berfikir dan merenung.Sesungguhnya hidayah Allah itu hanya bisa diperoleh bagi mereka yang berkehendak berfikir.Bagi setiap individu yang berbeza, ummu yakin masing-masing punya pengajaran tersendiri,sesuai dengan posisinya.
Mudah-mudahan kita bukan sahaja mengejar pembangunan 'bangunan', bahkan seiring pembangunan roh yang ada dalam pembina 'bangunan' tersebut.Mari berfikir sejenak...

Thursday, May 28, 2009

Ke mana halatuju pendidikan negara?

SPM: Maksimum 10 Subjek
May 28, 09 2:18pm

Setiap pelajar yang menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) hanya dibenarkan mengambil 10 subjek maksimum mulai tahun depan.Serentak dengan itu, beberapa perubahan akan dilakukan terhadap sistem pengredan SPM, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kata Ummu : Ke mana perginya dasar pendidikan negara yang mahukan rakyat berlumba-lumba dalam menguasai ilmu ? apakah pemimpin tidak gembira melihat rakyat yang berkesedaran tinggi, rakus dalam mencari ilmu yang nantinya jua akan menjadi aset kepada negara masa hadapan?

"Ia akan mempunyai banyak implikasi positif, satu yang pasti adalah para guru akan berupaya memberi lebih tumpuan terhadap bilangan mata pelajaran utama dan guru juga akan lebih khusus," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke tapak projek Kompleks Pendidikan, Bandar Enstek di Nilai hari ini, lapor Bernama.

Kata Ummu : setiap guru pastinya memainkan peranan mereka masing-masing, soal berapa subjek, itu atas kemampuan pelajar itu sendiri.Ummu tidak melihat pertembungan besar di sini.

Muhyidin, yang juga menteri pelajaran berkata, daripada setengah juta pelajar yang mengambil SPM sebelum ini, kira-kira 48,000 pelajar mengambil lebih daripada 10 subjek. Ini juga akan mengatasi masalah pada sesetengah subjek yang kekurangan guru, malahan ibu bapa dapat menjimatkan wang daripada terpaksa membayar lebihan subjek perlu diambil apabila menghantar anak mereka ke kelas tuisyen, katanya.

Kata ummu : Alhamdulillah...sepatutnya kita berbangga dengan angka 48,000 itu.Kelas tuisyen nombor dua.Sudah dibuktikan dengan kecemerlangan adik kita, Nik Madihah yang miskin.Setahu ummu,ramai guru di luar sana yang masih menganggur..!

Muhyiddin berkata kementerian amat serius untuk merapatkan jurang di antara pelajar bandar dan luar bandar walapun perbezaan jurang ini tidak sejauh mana."Sebenarnya jurang ini tidak terlalu jauh tetapi masih ada perbezaan yang agak ketara dari sudut lain dan ini dilihat dari segi keputusan peperiksaan," katanya.

Kata Ummu : Adakah bijak menyekat percambahan ilmu dengan alasan ingin merapatkan jurang? tidak logik akal...akarnya adalah pada ketidakseimbangan sosioekonomi,maka apa gunanya betulkan dahan jika pohonnya sudah goyang?

Pembaharuan yang dilaksanakan pada Rancangan Malaysia Ke-10 membabitkan pembangunan prasarana, tenaga guru dan cara pembelajaran murid, katanya."Lebih-lebih lagi di kawasan luar bandar ini terdapat ramai orang bumiputera Melayu, bumiputera yang agak miskin, kurang berkemampuan. "Kita mahu pembangunan sekolah-sekolah di luar bandar sama tahapnya baik dari segi infrastruktur, cara pembelajaran sebagaimana yang terdapat di kawasan-kawasan yang sudah maju," kata Muhyiddin.

Kata ummu : ini tiada kaitan dengan memaksimumkan 10 subjek...sememangnya yang tu hak rakyat

Beliau turut menyentuh mengenai kepentingan guru-guru yang berkelayakan untuk mengajar bahasa Inggeris, Sains dan Matematik di pedalaman merupakan cabaran utama bagi kementeriannya melaksanakan pembaharuan itu.Walaupun kementerian ada menawarkan elaun sebanyak RM1,500 sebagai insentif sejak dari tahun lalu untuk mereka datang ke kawasan pedalaman misalnya di Sabah dan Sarawak, tetapi masih banyak cabaran lain perlu ditangani.Beliau sedang memikirkan cara untuk menyenangkan kehidupan guru-guru yang dihantar ke kawasan pedalaman ini kerana walaupun mendapat elaun, kementerian sedar masalah lain seperti perumahan menjadi asas utama perlu diatasi.

Kata Ummu : Ummu dah kata, hapuskan PPSMI !

Bicara akhir Ummu : kalaulah berterusan begini, alamatnya Malaysia akan ditinggalkan jauh di belakang.

" Tuntutlah ilmu dari buaian sehingga ke liang lahad "

Wednesday, May 20, 2009

Welcome to new Houseman

Alhamdulillah. .hamdan wassyukru lillah.

Better late than never sahabtku.Gembira melihat hati-hati senior dan junior masih terpaut walau kita semuanya berjauhan.Kuasa dari Allah yang menyambungkannya.
Allah yang menciptakan sel,maka Dia jugalah yang menciptakan sejenis makhluk bernama brain.Uniknya makhluk ini,ia mampu untuk menafsir benda secara berbeza dan menerima input yang berbagai-bagai pula.Namun bagi mereka yang dikurniakan ni'mat islam,input- input yang berbeza ini mampu disatukan untuk hanya satu tujuan,ALLAH.


Ditentukan untuk dilahirkan sebagai seorang doktor bukanlah suatu yang memberi penyesalan.Ia sebaliknya penyebab kepada bertemunya sebuah hidayah.Kalau kita tidak susah,adakah tentu kita akan mencari Allah?


Hidup kita yang sementara dan sekejap ini, walau apa pun identiti yang ditaqdirkan, semuanya adalah baik.Kita mungkin melihat payahnya seornag doktor untuk mengorbankan masa bekerja seharian suntuk melebihi 24 jam,menderitanya jiwa kerana dimarahi, letihnya fikiran dan jasad.namun pernahkah kita meletakkan diri di tempat orang lain yang kerjanya jauh lagi sukar?
Seorang doktor, sekurang-kurangnya letihnya dia di bawah air-cond.Penatnya dia hanyalah banyak berjalan.Tapi gaji masuk beribu-ribu. ..
Bagimana pula seorang buruh yang bekerja di bawah terik mentari?
Seorang doktor hanya memegang jarum,stetoskop kertas dan pen.
Seorang buruh memegang gergaji, paku, batu bata yang berat dan segala mesin jentera.
kalau seorang doktor menggunakan tenaga untuk mengambil darah diibaratkan nilainya 1/10, maka seorang buruh yang mengangkat batu bata terpaksa menggunakan tenaga mungkin 4/10 atau lebih dari itu..itu baru batu bata.Namun berapa sangat wang saku yang mampu diperolehnya? tidak sampai seribu...


kenapa perlunya analogi sebegini?
supaya kita sebagai hamba , tidak mudah berasa kecewa bila ditimpa kesukaran dan sebaliknya bersyukur kerana tidak diuji dengan mehnah yang jauh lagi besar.Supaya manusia itu tahu bahawa Allah itu telah pun menentukan ukuran tahap ujian yang diberikan dan tidak akan sama sekali ditimpakan sesuatu yang di luar kemampuan seorang yang bergelar manusia.


dan supaya adik-adik nanti dan kita semua tidak menyesal ditaqdirkan Allah menjadi seorang manusia yang bernama doktor !

Selamat berjuang , dan teruslah positif bersama Allah.