Tuesday, July 01, 2008

Jarum yang berdetik

Dengan qalam Tuhan yang Maha Tinggi...rahmatilah seluruh 'alam.

Jarum saat berdetik...'tik..tik...tik...'
Jari menghitung sehingga tujuh.Ya...lebih kurang berbaki 7 jam sahaja lagi.Allah...Tuhan kita.Allah...Pemelihara kita.Allah...yang maha tahu rona jiwa kehidupan kita.Allah...yang tahu segalanya.

Esok..2 Jun.Andai jam masih berdetik, juga seiring jantung yang masih ber'amal, InsyaAllah bermulalah kehidupan Ummu sebagi seorang pegawai perubatan.Tidak tahu minda mahu melayan gambaran yang bagaimana, cuma berbekalkan kawalan iman,mudah-mudahan fikiran tidak di bawa arus jauh dari mengingati Allah,qalam Allah.

Alhamdulillah...sanagt bersyukur.Pagi tadi Ummu dihadiahkan Allah bekalan nasihat yang sungguh berharga melalui seorang doktor senior yang sangat ummu hormati.Dr Sheikh Amin seorang family medicine specialist di Klinik Kota Bharu.Niat di hati ke sana hanyalah untuk menyelesaikan urusan medical check up yang perlu diserah semasa melapor diri esok.Tetapi Allah telah bagi lebih dari itu...

Beberapa bulan yang lepas ummu pernah dipostingkan ke sana..tetapi ummu tak expect beliau akan masih mengingati wajah ini.Terharu juga bila beliau menyapa dan menyatakan yang beliau masih ingat waktu itu.Beliau ibarat ayah, dengan seusia 62 tahun kalau tak silap,sangat ummu hormati kerana beliau juga adalah ayah kepada seorang ustazah yang sempat ummu menadah kitab 'Riyadus Solihin' dengannya sewaktu di kampus.Air muka orang-orang yang hidup lama ini sarat dengan ilmu dan tentunya setiap bait kata yang muncul dari bibir ibarat butiran mutiara yang sungguh indah, sungguh berma'na.

Belajarlah dari yang tua,bergurulah dengan mereka yang terlebih dahulu memakan garam darimu..selalu kita dengar kata hikmat ini kan? tetapi sungguh benar sekali, setepat firman Allah yang menyuruh kita "....maka bertanyalah kepada orang yang ahli seandainya kamu tidak mengetahui...." Ummu yakin,walau tidak semua ilmu ada pada mereka,sekurang-kurangnya kita belajar dari pengalaman mereka.Itu pun ilmu.

Dr Sheikh Amin..moga Allah limpah luaskan rahmat dan keberkatan atasmu.Bukan sekadar perkongsian ilmu yang diberi, bahkan ummu dapat harga diskaun untuk medical check up.Pada mula2 tiba di kaunter klinik, kerani memaklumkan harganya RM hundred something, but eventually i just need to pay only RM35..alhamdulillah.Sesungguhnya amalan sedekah dapat memanjangkan umur.Mudah2an Dr Sheikh dipanjang serta diberkati umurnya.

Kata kunci beliau hanya satu kalimah sahaja.SABAR.
Kerap kali kalimah itu disebut2nya.Kata beliau, biarlah nurse memarahi kamu, biarlah MO memarahi kamu, biarlah specialist memarahi kamu..yang penting kamu sabar dan belajar.Lebih baik kita ditegur sebegitu,kerana kadang2 peristiwa itulah yang paling kita ingat sampai bila2,jadi ilmu yang kita garap waktu itu insyaAllah tak akn hilang.Jangan malu untuk membelek handbook jika kamu tidak tahu, dan jangan takut untuk bertanya.Walau kadang2 respon yang kamu terima smaada tanya atau tidak sama sahaja,dua2 nya respon yang tidak memotivasikan.Tak mengapa...lebih baik bertanya.Setidak2nya kalau ditaqdir Allah berlaku apa2 kejadian, u can defend urself by claiming that u have already asked others.Another thing,always document whatever the info of patient u got.Make a habit.

Then I asked, so Dr how can we get that SABAR ?

PRAY....PRAY...PRAY....always pray.u realy need that kind of spiritual value.everybody actually.get ur iman stick to urself.and now...time is no longer belongs to u,all u do are sacrification.SACRIFICE....ur time belongs to ur patient.

Ummu banyak menganguk,dan terasa sejuk di dada,sungguh sangat gembira mendengar nasihat.sebab itu Islam itu menggembirakan ummu,sebab agama itu nasihat.Teringat pula qisah di zaman para sahabat dahulu, ada seorang sahabat yang sungguh memulikan gurunya,sehinggakan walaupun datang seorang hamba Allah mengajarkannya walau secebis ilmu,akan dihormati dan disanjunginya orang itu dan sanggup bekerja untuknya walaupun orang itu tidak punya apa2..Pandanglah muka gurumu dengan tanda hormat,insyaAllah ilmu itu akan berkat hingga akhir hayat.

Em..i need to have a rest for a long journey starting from tomorrow insyaAllah.Do please pray for me and all my sahabiah in this jihad.May tomorrow and everafter is full with glory...world is getting brighter,someday somehow.

Dengan nama Allah aku bertawakkal kepadaNya.