Friday, December 10, 2010

Aduhai..seketul daging.




Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani.

Semua insan dikurniakan seketul daging yang dinamakan hati.Hatilah tempat singgahsana seluruh perasaan bahkan yang menempatkan warna warni sebuah kehidupan.Andai yang mengelilinginya berupa taman nan indah, bersama udara yang nyaman penuh mendamaikan, maka bahagialah insan itu.Kontrasnya, jika hati itu bersamanya adalah persekitaran kotor lagi ribut dan kilat sabung menyabung, alamatnya tidak tenteramlah seketul daging yang mulia itu.

Hakikatnya, tiada siapa ingin derita.Itu fitrah.Siapa yang menyangkalnya menandakan ia bukan seorang yang manusiawi.Jalan sudah dibentang, peta jua panduan musafir telah disediakan.Tinggal lagi..usaha dari kita untuk berjalan mengikut jalan itu.Mengapa pilih jalan derita sedangkan jalan bahagia sudah dibuka seluas-luasnya tanpa sebarang sekatan ? kadang-kadang kita jua akan termangu memikirkan persoalan itu...

Koreksi pengalaman hidup yang lepas.Fikirkan jalan mana yang telah kita pilih.Adakah kini kita sedang berada di jalan yang benar, jalan bahagia ? hanya kita yang tahu adakah kita bahagia atau derita...

Erti bahagia terlalu unik untuk dibincangkan.Kadang-kadang penderitaan itu sendiri adalah bahagia.Pelik bukan? bagaimana mungkin derita bertukar menjadi bahagia? jawapannya terletak pada seketul daging itu.Andai hati itu mentafsirkan derita yang dihadapinya dengan dimensi yang tersirat, tidak mustahil yang derita akan membuahkan suatu perasaan bahagia buatnya.Sebagai contoh, seorang yang terpaksa mengorbankan tidurnya untuk menunaikan solat subuh.Meninggalkan tidur adalah suatu derita.Namun setelah ia berjaya berperang dengan nafsunya, mampu untuk bangkit, timbul suatu perasaan bahagia dalam dirinya kerana ia telah menang ! andai tiada derita yang memulakan, kadang-kadang susah untuk kita mendapat bahagia..fikirkan.

Hidup terlalu indah bagi mereka yang banyak berfikir.Jangan sekadar menjalani rutin harian tanpa mengutip ibrah di sebalik kejadian yang Allah ciptakan.Hasilnya kita akan bertemu jua bahagia itu walaupun mungkin awalnya terpaksa mengalami sedikit derita,bersabarlah.


Perjuangan itu sungguh membahagiakan.

-------------------------------------------------------------------------------

Thursday, December 02, 2010

Sayangilah duhai Insan




" Tidak sempurna iman seseorang itu sehinggalah dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai dirinya sendiri " { HR Bukhari & Muslim }

Duhai insan...duhai muslimin...duhai mu'minin,

Sayangilah sekalian manusia seluruh alam, sepertimana kalian menyayangi diri kalian sendiri.Tebarkan rasa ukhuwwah dan belas sesama kita.Kasihi yang muda, hormati yang tua.Kuatkan kaki saudara seIslam mu, dan pimpinlah insan yang masih belum mengenal Allah.Bawa mereka kepada keindahan Islam,kongsikan rasa bahagia kalian bersama kekasih agung, Allah 'azzawajalla.Sungguh Islam teramat ni'mat...bagi mereka yang menghayati sepenuh jiwa.

Jangan biarkan lidahmu menjatuhkan saudara sesamu.Tidakkah kalian menyayangi mereka? mahukah kalian melihat mereka dirundung kesedihan lantaran kejahatan kalian? tidak bukan....justeru jagalah lidah kalian baik-baik.Jangan mengumpat, jangan mengeji...wahai saudaraku, marilah kita saling menguatkan, jangan menjatuhkan.Marilah berkasih sayang sesama kita...

Kita adalah ummat terbaik..ummat terbaik...ummat terbaik.Justeru jadilah yang terbaik dalam membina perhubungan manusiawi.Semoga Allah menolong kita, insyaAllah.


==========================================================