Monday, January 26, 2009

Peluang kita hanya sekali



Bila hati mengadap Tuhan...
Baru ku sedar akan kelemahan...

Ungkapan di atas selalu ummi putarkan dalam ingatan
Sejuk hati buat seketika bila tiba saat waktu hati benar-benar dapat meletakkan jasad dan rohani berada di level bawah, kena dengan status yang bergelar hamba.

Bagi mereka yang kini sedang berpenat lelah dan menderita dalam perjuangan menentang nafsu dalam diri jua menghadapi musuh kepada agama Allah (khusus buat pejuang di Palestin), ummu hadiahkan sebuah halwa pengubat hati, mudah-mudahan akan terubat.

Dengarlah wahai saudara-saudara yang kukasihi kerana Allah, Tuhan kita yang maha penyayang telah melahirkan firmannya yang mulia melalui Surah At-Taubah ayat 20 :

" ....yang demikian kerana sesungguhnya ( tiap-tiap kali ) mereka mersai dahaga dan merasai penat lelah dan juga merasai lapar ( dalam perjuangan ) pada jalan Allah ; dan ( tiap-tiap kali ) mereka menjejak sesuatu tempat yang menimbulkan kemarahan orang-orang kafir dan juga ( tiap-tiap kali ) mereka menderita sesuatu yang mencederakan dari pihak musuh - melainkan semua itu ditulis bagi mereka (pahala ) amal yang soleh.Sesungguhnya Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya."


Cukuplah setakat ini
kamu tewas
masa yang luput
biarkan ia pergi
usah disimpan dalam memori kenangan

buang jauh-jauh
biarkan ia pergi jauh
hadapi saat ini
yang masih merah usianya
yang membuka peluang seluasnya
untukmu meniti kembali
sebuah kehidupan bertuhan

Jangan dibayangkan
kehidupan mendatang yang kusam
kelak jiwamu sentiasa gersang
menghadapi hari yang berbalam
sedangkan ianya tidak seperti yang difikirkan
hakikatnya masa akan datang tetap suatu rahsia
yang tidak diketahui melainkan oleh Pemiliknya

kamu masih ada masa
sebelum utusan Tuhan menjemputmu
kembali ke dunia baru yang kekal
persiapkanlah diri
dengan seberapa banayk 'amal ikhlas
kerana sedarlah wahai diri yang kukasihi
peluang kita hanya sekali

peluang kita hanya sekali...
peluang kita hanya sekali...

JADILAH HAMBA ALLAH YANG TERBAIK YANG PALING BOLEH KAMU LAKUKAN, mudamu hanya sekali.



Friday, January 09, 2009

Sifirnya mudah

Astaghfirullah...
Astaghfirullah...
Asatghfirullah...

Sewaktu diri dulu masih bertatih
menjinak-jinakkan diri dengan dunia luar
fikiran masih belum mengerti
masih belum mampu mentafsirkan

Apa itu GAZA ? apa itu HAMAS ?

kenapa di ceruk dunia sana ada manusia yang berarak begitu ramai mengusung jenazah,sambil melaung-laung kalimah mulia, kenapa mereka memakai lilitan di kepala bertulis kalimah suci itu?

Outputnya kosong.Impuls yang disampaikan bagai tergantung.Tiada daya kepastian yang boleh menguraikan segala persoalan2 yang bertandang.Sekadar hanya mampu membelek..dan membelek helaian massa seterusnya.

Namun ada suatu output yang berjaya dihasilkan.Bahawasanya hero itu adalah HAMAS.

" kamu akan melihat orang yang beriman dalam saling menyayangi, saling kasih mengasihi dan saling mencintai bagaikan satu tubuh.Apabila satu anggota sakit, maka anggota yang lain juga turut sakit dan berjaga malam dan demam "

{ Hadith Bukhari & Muslim }

Untuk apa kita bernafas ?
Untuk apa kita menggunakan anugerah anggota sehari-hari kalau bukan untuk Allah ?
kerana secebis iman.

Hadith di atas..kalaulah kita belum dapat meletakkan tubuh kerangka kita di bumi PALESTIN, seterusnya merasai kepedihan bedilan mortar, kesedihan kehilangan seseorang yang dekat pada hati jiwa kita sewaktu di dunia ini,kesengsaraan sebatang kara, sakit tetapi tiada siapa datang membantu...

MAKA

saat itu kita seharusnya menilik kembali diri
melihat di mana compangnya iman
cukup taatkah kita
cukup 'humble' kah kita
taqwanya kita di takat mana

Agak susah untuk kita menyelami seandainya kita cetek pengetahuan tentang apa yang berlaku.Buku karangan Dr An Wan Seng berjudul FROM BEIRUT TO JURUSELLAM sedikit sebanyak membuka ruangan pintu-pintu hati untuk celik tentang peristiwa dan gambaran sebenar yang berlaku di sana.Setidaknya ummu tahu betapa khidmat ummu sebagai seorang doktor amat-amat diperlukan di sana,kerana tidak ramai yang sanggup meninggalkan keindahan dunia untuk merebut keindahan akhirat yang kekal.Begitulah kesudahannya bila ummat diserang penyakit cintakan dunia, menolak dan meninggalkan akhirat.Fitrahnya bagaimana mampu seseorang itu dengan sengaja mengorbankan jiwanya untuk syahid, sekiranya hatinya penuh bersarang pada harta, pangkat, anak pinak, dan segala kesenangan yang hakikatnya bersifat sementara.Tetapi kita hanyut.....entah sampai bila kita mahu kapal kita hilang kemudinya.

" Maka apabila malapetaka 'Tomatil Kubro' ( hari kiamat ) yang sangat besar telah datang,Pada hari ketika manusia teringat akan apa yang telah dikerjakannya, dan diperlihatkan neraka dengan jelas untuk setiap orang yang melihat.Adapun orang yang melampaui batas, dan lebih mengutamakan kehidupan dunia, maka sesungguhnya nerakalah tempat tinggalnya "

{ Surah An-Naziaat : 34-39 }


Jadikanlah i'tibar peristiwa palestin ini sebagai salah satu cara kita menilai sejauh mana mutunya iman seterusnya ke mana boleh kita tuju dengan bekalan iman seqadar itu.
Kerana tidak masuk syurga seseorang itu sehinggalah dia beriman, dan tidaklah beriman seseorang itu sehinggalah dia saling sayang menyayangi...

Justeru, kalu bukan syurga..ke mana lagi kita ?
Sifirnya mudah.