Saturday, April 19, 2008

Organ yang tidak bertulang...jagalah ia

Daripada Muaz bin Jabal r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :
" Sukakah engkau (hai Muaz) aku kabarkan tentang ats perkara ini (asas agama Islam) dan tiang-tiangnya serta puncaknya ?" Lalu Muaz menjawab: " Baiklah Ya Rasulullah." Nabi s.a.w bersabda: " asas perkara ini adalah Islam,dan tiang-tiangnya adalah sembahyang dan puncaknya adalah jihad".Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda pula : "sukakah aku kabarkan kepada engkau punca bagi yang demikian itu semuanya? " Aku (Muaz) menjawab: baiklah Ya Rasulullah.Lalu Nabi s.a.w memegang lidahnya sambil berkata : "peliharalah ini baik-baik." Aku bertanya: Ya Rasulullah, apakh kami akan diseksa dari sebab lidah kami ? " Lalu Nabi s.a.w menjawab: " bukankah rami nantinya orang yang akan disungkurkan ke dalam neraka adalah berpunca dari kerana mulut mereka sendiri."
{ HR At-Tirmizi }
Wahai insan...ingatlah
Di sisimu dikurniakan satu anugerah
Menjadi penolong ia buatmu
Kira kamu menolong ia
Setiap hari
Hari baru menjadi saksi
Ia juga turut menjadi saksi
Betapa kamu perguna ia untuk apa dan bagaimana
Ringan ia
Berat juga ia
Ringankanlah untuk kata-kata yang manis
Beratkanlah ia untuk bicara yang palsu
Jaga ia
Perhati ia
Berfikir dulu sebelum perguna
Kelak kamu terselamat
Di sana ada manfaat
Di situ ada mudharat
Maka pilihlah yang haq
nescaya ditambah nikmat
Siapa ia?
Ia adalah Lidah.

Monday, April 14, 2008

Khunsa

Dengan qalam Allah, Tuhan serata hidupan.Langit jua bumi.Salam kesejahteraan untuk utusanNya, nabi penutup bagi segala zaman.

Dalam dunia ini, sejak zaman dahulu kala, manusia itu tidak sama.Suatu kenyataan, realiti yang tidak boleh disanggah.Allah menciptakan makhlukNya berbagai rupa dan karakter.Di sana ada yang menghayun jala setiap hari, di sini ada yang memegang jarum dan ubat, di ceruk situ ada yang jarinya putih disalut kapur tulis, di penjuru itu ada tubuh yang kecut menahan dingin dinihari meneruskan penorehan.Di sini ada yang dingin juga, tetapi dalam 'air-cond' yang dimuatkan dalam bilik yang luas, penuh aksesori hasil buatan dari pelbagai 'sources', kayu jati..kayu cengal, tembaga...in a short, kita perlu mengiakan bahawa kita ini diwujudkan dalam senario yang pelbagai.








Kiranya kita melihat di sudut perubatan, bayi yang dilahirkan merah kulitnya pun tentunya berbeza.Segala puji bagi Allah, ada yang cukup sifatnya, dikurniakan kaki yang lurus betul, dua tangan yang bergerak dengan sempurna, cukup bilangan jarinya, hidung yang lengkap, mulut yang tertutup rapat.Namun ada kalanya Dia menguji dengan kurangnya di salah satu sudut pada sebatang tubuh yang dilahirkan.Salah satu darinya ialah dibekalkan dengan dua ciri jantina dalam satu masa.




CONGENITAL ADRENAL HYPERPLASIA

Tentu kita pernah mendengar istilah khunsa, iaitu kedua2 ciri lelaki dan perempuan ada pada seorang individu.CAH adalah salah satu penyebab lahirnya keadaan bayi yang seperti ini.Ia disebabkan kekurangan enzim dalam bayi tersebut yang perlu untuk menghasilkan hormon dalam tubuh manusia yang normal, iaitu cortisol dan aldosteron.Rentetan kurangnya enzim ini, maka penghasilan hormon tersebut terbantut.Keadaan ini akan menyebabkan badan bertindak balas pada kalenjar adrenal yang merupakan tempat penghasilan hormon ini untuk meningkatkan jumlah sel padanya dengan harapan lebih banyak peluang untuk hormon ini dihasilkan.Maka terjadilah keadaan yang dinamakan adrenal hyperplasia.Congenital merujuk kepada penyakit yang wujud sejak lahir.Justeru apa kaitannya dengan khunsa ?




Jalan penghasilan hormon ini juga turut dilalui bersama jalan untuk menghasilkan hormon testosteron iaitu suatu hormon androgen yang akan menyebabkan sifat kelakian.Apabila jalan penghasilan hormon cortisol dan aldosteron tersekat, maka ia akan mencari jalan lain yang tinggal untuk ia terus berfungsi.Lantas oleh sebab hanya jalan penghasilan testosteron satu2nya yang tinggal, maka banyaklah bahan yang akan melalui jalan ini.Ibaratnya begini...kiranya kita pulang berhari raya.Sampai satu cabang empat, kita lihat kedua2 lorong kanan dan hadapan sesak, tiada ruang yang ada sebab mungkin lampu trafik di cabang hadapan lagi tidak berfungsi dengan baik menyebabkan kereta semuanya tidak dapat maju bergerak dengan lancar.Jadi yang tinggal hanyalah jalan kiri.Maka tidak dapat tidak, terpaksalah kita lalui juga jalan itu dengan harapan ada jalan keluar di hadapan.Samalah juga dengan fungsi 'substance' di adrenal ini.Terpaksalah ia lalui jalan untuk menghasilkan testosteron.Akhirnya akan bertimbunlan testosteron dalm badan bayi tersebut.Maka sifatnya juga akan mula menunjukkan ciri2 kelakian walaupun sebenarnya mungkin jantina asalnya adalah perempuan.

Maha suci Allah...segala kebesaran, keagungan hanya milikNya.Yang menguasai setiap denyut nadi hambaNya.

Wednesday, April 02, 2008

Mengejar 'title' yang bagaimana?

Lembaran dari Surah Al-Hujurat, ayat 13 yang bermaksud :

" Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah ialah mereka yang paling bertaqwa dari kalangan kamu "

Menyingkap pula peringatan Tuhan dalam Surah Al-Mukminun, ayat 1-2 yang bermaksud :

" Telah berjayalah orang-orang mu'min, iaitu mereka yang khusyu' dalam solat mereka "

Maha suci Allah dari segala sifat kekurangan.Salam kesejahteraan atas Baginda yang dirindui, Nabi Muhammad, pengutus ummat di penghujung zaman.
'Entry' kali ini adalah respon pada hamba yang bertanya di ruangan Bicara Hikmah.Moga Allah melindungi ummu dan kalian semua.

Kita hidup sebagai yang gah menggelarkan diri muslim, tentunya sentiasa terpaut pada suatu aqidah yang satu.Hanya satu, bukan dua bukan juga tiga.Aqidah ini kiranya kita benar-benar memahami, ialah yang sebenarnya menjadi nadi penggerak yang mencorakkan jalan hidup yang kita tempuh.Bukan sedikit ummah di zaman penghujung kini, yang tempohnya berkurun dan berabad lamanya berpisah dari zaman Rasulullah, aqidahnya masih terawang-awangan, longgar dan tidak 'precise'.Ummu tidak mahu pergi jauh, ummu mahu menilai dalam diri sendiri.Sejauh manakah sebenarnya kita ini TAHU apa itu Islam? Apakah sudah kita dapat mencernakan setiap persatu bait ayat Al-Quran, tahu dengan sepenuh hati dapat menjiwai, dapat merasai nilai kebenaran yang ada pada sebuah mashaf yang hanya terangkum dalamnya 114 Surah, tetapi praktikalnya sempurna untuk panduan sebuah kehidupan?
Apakah sudah kita selongkari setiap asbabul nuzul ( sebab turunnya ayat ) bagi setiap wahyu yang diturunkan Allah ? Sesudah TAHU, kemudiannya adakah sudah kita beriman sepenuhnya, bukan sikit2, bukan longgar2, bukan ibarat kapas yang tumpang berteduh di atas sehelai daun, bila datang angin, terbanglah ia dibawa arah angin.Apakah sudah kita bila beriman, disusuli pula dengan amal yang ikhlas ? Apakah kita seterusnya menyebar2kan wahyu Allah pada seluruh manusia tanpa mengira segala jenis 'phenotype' atau 'genotype' yang ada di muka bumi ini?

Subhanallah, rebah..sudah tentu kita rebah.Bila kita dapat menjiwai dan Allah mengizinkan kita untuk melihat kebenaran, bila hijab dibuka seluas-luasnya.Kita tak mampu untuk menanggung keagungan dan kebesaran zatNya.Mengapa ummu bermula dengan memperihalkan semua perkara ini untuk semata2 mengulas tentang adik yang kita sayangi, yang telah diuji Allah jalannya di dunia ini sebegitu rupa?

Dilahirkan sebagi genius.Realitinya, ada bukti kajian yang mengatakan semakin jauh pertalian antara ibu dan ayah semakin tinngi kebarangkalian untuk mendapat anak yang genius.Bertepatan sungguh dengan saranan Baginda yang menggalakkan kita untuk berumahtangga dengan orang jauh.Umum mengetahui, adik kita ini lahir dari pasangan kacukan.Segala puji bagi Allah yang menciptakan manusia segenius sepertinya.Namun lahir sebagai genius tidak berma'na kita mendapat jaminan kita tergolong dalam golongan yang 'genius' di akhirat.Moga Allah menyelamatkan adik kita ini.

Sudah terang lagi bersuluh, tidak perlu kita guna bateri lampu yang tinggi nilai wattnya.Betapa IMAN suatu kemestian.Kita mungkin dijajah dengan pemikiran sebelum ini, title berjayanya seseorang manusia itu adalah bila dia berjaya mendapat sijil keintelektualan yang tertinggi, punya ijazah bergulung2.Jarang sekali akhir2 ini , kita melihat orang2 bercakap-cakap manusia yang mati syahid di jalan Allah itu, nilai keberjayannya jauh lebih tinggi.Kita berbangga bila anak2 mendapat 10A1...20A1..Alhamdulillah, ia anugerah.Namun kita jarang sekali mewar2kan kejayaan anak2 yang berjaya bukan sahaja menghafaz Al-Quran, tetapi fasih menuturkan bait2 hadith, terlibat aktif dengan da'wah menegakkan agama Tuhan di muka bumi.Kita seolah2 ter'obscured' oleh satu benda yang menghalang untuk kita mengiktiraf bahawa itulah kejayaan sebenar bagi seorang mu'min.Segulung ijazah di tangan belum tentu menjamin kita ke syurga..namun darah dan keringat yang mengalir mempertahan agama Allah, semestinya ia adalah tiket kita untuk ke sana.

Pada hakikatnya, renunglah dalam2 wahai insan.Apa sebenarnya yang ingin Allah sampaikan.Hidup sementara di dunia, tidak ada gunanya andai penuh bergelumang dengan ma'siat dan mengundang murkaNya.Moga Allah memberi taufiq dan hidayah pada adik kita ini juga keluarganya dan kita semua.InsyaAllah.

kERANA mEREKA tIDAK tAHU

Sekiranya mereka mengetahui...

* Hujah-hujah ilmiah dan akademik perlu disebarkan untuk menyangkal tuduhan dan tohmahan yang dilemparkan terhadap Islam, dan hujah-hujah ini perlu diterbitkan dalam pelbagai bahasa agar masyarakat seluruh dunia dapat memahami Islam dengan sebenarnya.

* Masyarakat perlu meminta dan mendesak pihak kerajaan di negara masing-masing agar membuat pendirian tegas dan menyatakan bantahan secara rasmi bagi membuktikan bahawa dunia Islam tidak redha dengan sebarang tohmahan dan tuduhan yang dilemparkan.

* Respons dalam bentuk kesenian dan sebaran media perlu dilakukan kerana filem-filem dan rancangan televisyen boleh memainkan peranan yang sangat penting dalam menjelaskan sifat dan imej sebenar Islam.

* Umat Islam juga perlu memboikot produk-produk yang dihasilkan oleh negara-negara yang membenarkan rakyatnya menghina dan memfitnah Islam secara terang-terangan.

* Umat Islam sendiri perlu mendalami ilmu agama dan mengamalkan akhlak mulia sepertimana diajar Islam dan ditunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. agar tidak membentuk persepsi yang salah terhadap Islam. -

Abdullah Al-Qardawi.


Betapa indahnya..cantiknya..moleknya..ISLAM