Thursday, June 05, 2008

Hari yang memenatkan

Mata Ummu kini separa pejam.Agak penat hari ini kerana telah menggunakan masa bermula jam 3 pagi semalam sehingga 3 petang tadi di Wad Sayang, Pusat Perubatan An-Nisa' di Kota Bharu.

Namun, perjuangan tidak boleh terhenti.Ummu kena menulis barang sedikit.Taqdirnya malam semalam, usai menyambut ketibaan pulang tetamu rumah Allah dari umrah, abang bersama isteri juga kakak,tiba-tiba Ibu mengejutkan Ummu dari tidur.Katanya kakak Ummu yang sedang sarat mengandung hampir 9 bulan sudah, mengadu sakit perut, muntah dan cirit birit.Pagi itu juga di keheningan sejuknya malam, abang ipar memandu laju terus menghala ke PP an-Nisa'.Mungkin sudah tiba 'Atif didatangkan ke alam dunia..

Sampai sahaja di sana, doktor memaklumkan jalannya baru hanya terbuka 1cm.Rupanya perjalanan Atif masih panjang.Terus kakak Ummu dimasukkan ke Wad Sayang.Tunggu..tunggu.Hingga tibalah waktu Subuh.Ibu Ummu sudah keuzuran lantas memohon untuk mengundurkan diri, balik ke rumah sementara.Tinggallah Ummu terkedip-kedip seorang diri menemankan kakak.Jemu, ya memang jemu.Kita akan rasa jemu sekiranya kita tidak mencipta sesuatu untuk menghilangkan suasana itu.Malas akan menyelimuti badan kita sekiranya kita tidak berusaha untuk membuangnya.Ummu berkata kepada diri sendiri;

"ish...tidak boleh begini,sedangkan As-Syahid Imam Hassan Al-Banna mengatakan tanggungjawab melebihi masa yang ada.Kelak Allah akan bertanya, apa yang Ummu buat ketika masa terluang sambil menunggu kakak hari ini.."

Di suatu ceruk, Ummu ternampak ada beberapa lembaran majalah.Belek....dan belek,akhirnya Ummu rasa sangat gembira dan bersyukur sebab bertemu majalah Haluan di celah-celah majalah lain yang agak bersifat kebaratan.Alhamdulillah...setidak-tidaknya Ummu boleh memberi minum dan makanan pada hati.Sekurang-kurangnya bila disoal Allah, amalan baik yang menjadi saksi,insyaAllah.Punyalah tak dapat diceritakan betapa kusutnya hati andai walau sedetik kita melupakan Allah.Tidak boleh Ummu gambarkan betapa siksanya jiwa..na'uzubillah.Kini majalah Haluan menjadi pengubat di kala Ummu tercari-cari sumber yang boleh membuatkan Ummu berhubung denganNya, di saat keletihan dan kepenatan menguasai diri.Terima kasih Allah,Tuhanku yang Maha Penyayang.

Sampai jam 3 petang, selesailah urusan bil.kakak Ummu dibenarkan balik terlebih dahulu sebab belum ada tanda-tanda kelahiran.Kasihan melihat bebanan ibu mengandung.Bagi mereka, dengan lahirnya anak dalam kandungan adalah suatu 'big relief' yang dinanti-nantikan.Moga Allah mudahkan urusan segalanya.

Ada satu pengajaran yang melekat di sanubari Ummu hasil dari suatu petikan dalam majalah Haluan tersebut.Walau ia sekadar penceritaan, kesannnya sungguh hidup.Ia berkaitan lukisan 'alam sekeliling kita yang kita seolah-olah buta melihatnya, padahal setiap hari kita disajikan dengan keindahan dan kebesaran tanda ketuhanan.Pasal awan...bintang..dsb.

Maka saudara-saudaraku yang dirahmati Allah,bersama kita hayati firman Allah dalam surah Ali 'Imran, ayat 90..

1 comment:

hamba Allah said...

harap kak tie bersabar.. latent phase supposely how many hour ek?lupa lah..