Wednesday, October 22, 2008

Love calls

Calling....there is somebody keep calling me.

YAUMUL BA'THU.

The calling makes me to feel i'm living outside this world.

I love that outseen world.

I'm always putting myself to be there.

I love imagining the world that full with peace, harmony and loves.

When I be there, my heart is pounding calmly.

In a nutshell, I'm now is going there.

To my dreamed destiny that

I MISS SO MUCH.

Monday, October 13, 2008

Nak ke... tak nak ?

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a ia berkata : Rasulullah s.a.w bersabda ( yg bermaksud ) ;
" Barangsiapa tidak mahu memohon pada Allah, Allah akan murka padanya "
{ HR Al-Tirmizi }

Kerap kali fitrah Ummu memanggil untuk berdoa..tetapi knape ummu jarang berdoa?
Adakah ummu sudah cukup kuat untuk menghadapi hidup ini tanpa bimbingan Allah?
Adakah begitu gahnya ummu sehingga sombong untuk berdoa kepada Allah?
Astaghfirullah...mudah2an semuanya bukan....

Pernah ummu dengar dalam suatu kaset ceramah Tuan Guru, kata beliau hakikatnya kita ini manusia senantiasa sangat berhajat kepada pergantungan kepada Allah, sememangnya kita senantiasa memerlukan kepada doa.Berdoa kata beliau tidak diwajibkan keadaannya mesti duduk bertimpuh di tikar sejadah dan menadah tangan..keadaan itu dikhususkan untuk waktu kita betul2 mengadap Allah.Bagaimana pula mahu kita berdoa ketika melakukan kerja harian?
Jawapannya ialah di dalam hati,cukup dalam hati.

Hasilnya kita melihat sepanjang waktu sebenarnya kita berpeluang untuk berdoa.Setiap saat bahkan...kerna untuk hidup kita perlu sesuatu dariNya,paling tidak nyawa.Jadi sangat tidak masuk aqal bagi mereka yg mengatakan mereka boleh hidup tanpa berdoa.

Berdoa adalah wasilah untuk kita rapat dengan Allah..sebab untuk berdoa pasti tentu kita mengingat Allah di kala itu..sungguh mustahil bagi seseorang yg berkehendakkan sesuatu,hatinya langsung tidak bertumpu pada sesuatu yg dia pohon darinya yg mana tidak ada sesuatu yg selainnya dapat menunaikan hajatnya itu.Contohnya seorang pendaki gunung yg bertemu sebuah gerai yg menjual minuman sewaktu dalam perjalanan mendaki gunung tersebut.Di waktu itu memang hanya itulah satu2nya kedai yg ada dan dia sangatlah kehausan,tidak dapat ditahan lagi,bekalan sudah licin.Tentunya hatinya sepenuhnya berhajat kepada penjual air di gerai tersebut,dan ingatannya tidak beralih pada yg lain.Dan penjual itu pun kalaulah dia melihat beliau begitu beria mahu membeli tentunya juga dia menumpukan perhatian kepadanya berbanding pembeli lain yg kurang menunjukkan minat.

Di sinilah kita boleh menilai iman kita.Kiranya sewaktu kita berdoa kita lihat doa kita masih seakan2 nak dan taknak, tidak bersungguh2...maka seolah2 kita merasakan ada kuasa lain yg boleh menunaikan hajat kita itu selain Allah.Kalau tidak tentunya kita 100% merayu pada Allah semata.Sejauh mana kita bersungguh berdoa,sejauh itulah Allah memandang doa kita.Mudah2 an boleh menjadi renungan kita bersama......

Mari tingkatkan doa.Doa itu adalah salah satu sumber ketenangan.

Friday, October 10, 2008

Bacalah saudaraku..mudah-mudahan mendapat petunjuk

Peristiwa Syawal : Ghazwah al-Ahzab

Written by admin { dakwah_info }
Monday, 19 November 2007

Ghazwah al-Ahzab atau Ghazwah Khandak merupakan peristiwa besar dalam sirah nabawaiyah yang berlaku pada Syawal, tahun ke-5 hijrah.

Kaum Yahudi yang ditimpakan kehinaan dan kerendahan jiwa berjumpa dengan kaum musyrikin bagi memastikan misi menggayang Rasulullah s.a.w, kaum muslimin dan dakwahnya terlaksana. Mereka telah mengajak dan mengapi-apikan Quraisy untuk memerangi Rasulullah s.a.w.
Ajakan mereka berjaya, dan seterusnya mereka telah pergi ke Ghatafan di mana Bani Fazzarah, Bani Murrah dan Asyjak telah berjaya mereka ajak lalu terbentuk satu pakatan jahat memerangi Rasulullah s.a.w lalu menuju ke Madinah. Angkatan yang dipimpin oleh Abu Sufian ini mencapai angka 10,000 askar!

Hal ini sampai ke pengetahuan Baginda s.a.w melalui risikan, lalu anggota majlis tertinggi segera dipanggil baginda bagi membincangkan strategi. Strategi merupakan satu cara yang belum pernah dikenali oleh bangsa Arab sebelum ini telah dicanangkan oleh Salman al-Farisi

Kata beliau : ‘Wahai Rasulullah, sebenarnya kami di bumi Parsi sekiranya kami dikepung maka kami menggali kubu mengelilingi kami’.

Cadangan Salman ini diterima Baginda s.a.w lalu memerintahkan menggali parit di sekeliling Madinah. ‘Khandak’ yang bermaksud ‘parit’ diambil nama sempena peristiwa menggali parit sebagai strategi peperangan di dalam peperangan kali ini.
Kaum muslimin dibahagikan kepada kelompok-kelompok, tiap 10 orang ditugaskan menggali kubu/khandak sepanjang 40 hasta. Semua kaum muslimin berusaha menggali kawasan masing-masing penuh kesungguhan dan cermat, Rasulullah merangsang dan menyertai mereka, dari hadith riwayat al-Bukhari dari Sahl bin Saad berkata: Kami bersama-sama Rasulullah di dalam kubu, ada yang menggali sedang kami mengangkut tanah di atas belakang kami sambil Rasulullah bermadah:

Ya Tuhan! kami tiada penghidupan sebenarnya kecuali penghidupan akhirat, Maafkanlah kaum Muhajirin dan Ansar

Sebuah hadith riwayat Anas katanya: Rasul keluar ke kubu, Baginda mendapati orang-orang Muhajirin dan Ansar sedang menggali khandak di pagi hari yang dingin tidak ada seorang hamba pun yang kerja untuk mereka, semasa Baginda melihat keadaan mereka yang keletihan dan kelaparan, Baginda pun bersuara:

Ya Tuhan! kami tiada penghidupan sebenarnya kecuali penghidupan akhirat, Maafkanlah kaum Muhajirin dan Ansar

Lantas semua mereka menjawab:

Kami berbaiah dengan Muhammad Untuk terus berjihad selagi jiwa di kandung jasad.

Al-Barra bin Azib telah berkata: Ku melihat Baginda (s.a.w) mengangkat pasir yang digali hingga menyelubungi kulit-kulit perut Baginda hingga tak nampak, ku ternampak kulit perut Baginda penuh dengan bulu-bulu roma. Ku mendengar Baginda bermadah dengan kalimat ungkapan Ibnu Rawahah semasa Baginda sedang mengangkat tanah-tanah dengan katanya:

Ya Tuhanku! tanpa kau kami tiada hidayat Takkan kami bersedekah dan bersolat. Turunkanlah ke atas kami kemenangan Tetapkan kaki kami di ketika perjuangan Keluarga sendiri melanggar kami Kiranya mereka memfitnah, sedia kami menolaknya.

Kata al-Barra lagi: Di dalam madah ini Baginda memanjangkan suaranya di akhir rangkap, tapi riwayat lain mengatakan Rasulullah (s.a.w) berbuat demikian pada rangkap terakhir.

Apabila Quraisy dan sekutu mereka sampai, mereka merasa terpegun dengan parit-parit yang mereka saksikan. Ini kerana Arab tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam penggalian parit seperti ini. Bilangan tentera bersekutu Quraisy sejumlah 10,000 orang sementara bilangan orang Islam hanya 3,000 orang.

Perbezaan jumlah angka ketenteraan ini telah jelas membezakan antara golongan mukminin dan munafiqin. Di ketika orang-orang mukmin melihat parti bersekutu, lantas mereka berkata: Inilah apa yang dijanjikan kita oleh Allah dan Rasulnya, justeru itu benarlah. Allah dan RasulNya. Tiada apa yang bertambah pada mereka selain iman dan penyerahan diri. Itulah yang terpamer pada ayat Allah:

Dan tatkala orang-orang mukmin melihat golongan-golongan yang bersekutu itu, mereka berkata: Inilah yang dijanjikan oleh Allah dan RasulNya. Dan yang demikian itu tidaklah menambah kepada mereka kecuali Iman dan ketundukan.

(al-ahzab: 22)

Manakala kaum munafiqin dan yang lemah jiwanya, hati-hati mereka semakin bergoncang setelah melihat lautan tentera bersekutu. Maka berkatalah kaum munafiqin dan mereka yang berpenyakit di dalam hati: “Sebenarnya apa yang dijanjikan Allah dan Rasulnya adalah palsu belaka”. Inilah kepalsuan kaum munafiqin yang didedahkan oleh Allah di dalam ayatNya:

Dan ingatlah ketika orang-orang Munafik dan orang-orang yang berpenyakit dalam hatinya berkata: Allah dan RasulNya tidak menjanjikan apa-apa kepada kami melainkan tipu daya “.

(al-Ahzab: 12)

Rasulullah telah bergerak dengan tentera Islamnya seramai tiga ribu (3,000) orang, mereka membelakangi bukit Sala’ sebagai benteng dari arah belakang, manakala kubu Khandak inerintangi di antara mereka dan tentera kafirin. Slogan mereka ialah:

“mereka tiada pertolongan”.

Penguasa Madinah semasa ketiadaan Rasulullah ialah Ibnu Ummu Maktum, kaum wanita dan anak-anak dipindahkan ke dalam benteng Madinah.

Huyai bin Akhtob salah seorang Yahudi yang berperanan menyemarakkan semangat Quraisy dan sekutu-sekutunya menentang orang Islam, telah pergi menemui Kaab bin Asad,penghulu Bani Quraizoh. Dia meminta beliau melanggar perjanjian damai antara Bani Quraizoh dengan orang Islam. Nabi s.a.w. terfikir untuk melakukan perdamaian dengan Bani Quraizoh dengan cara membayar satu pertiga hasil buah -buahan Madinah kepada mereka. Namun kaum Ansor dengan rasa megah terhadap agama mereka, menolak untuk tunduk kepada pihak Bani Quraizoh yang telah belot kepada perjanjian dan pakatan. Peperangan bermula apabila beberapa pahlawan berkuda musyrik berjaya melepasi parit tersebut di salah satu bahagiannya yang sempit. Orang Islampun bertempur dengan mereka. Selanjutnya, Nu’aim bin Mas’ud bin ‘Amir datang bertemu Rasul s.a.w. memberitahu Baginda bahawa dia telah memeluk Islam, sedangkan kaumnya tidak mengetahui keislamannya. Beliau juga merupakan kawan kepada Bani Quraizoh. Mereka mempercayai dan meyakininya. Beliau berkata kepada Rasul s.a.w.:

“Arahkan aku apa yang kamu mahu.”

Maka Rasul s.a.w. bersabda kepadanya:

“Di kalangan kita, kamu hanyalah seorang sahaja. Oleh itu, sekiranya kamu dapat, lakukanlah sesuatu untuk mengalahkan musuh. Sesungguhnya perang adalah tipudaya”.

Justeru itu, Nu’aim menggunakan kelicikannya sehingga berjaya memecahbelahkan pakatan Quraisy dan sekutunya dengan Bani Quraizoh. Dia menimbulkan prasangka dalam hati setiap kumpulan terhadap kumpulan lain. Allah telah menghantar angin kencang ke atas tentera bersekutu pada suatu malam yang amat sejuk, sehingga periuk-periuk bertaburan dan khemah-khemah mereka terkoyak. Jiwa tentera bersekutu diselubungi rasa takut, lalu mereka berangkat pulang pada malam itu juga. Apabila pagi, orang Islam tidak mendapati seorang pun orang musyrik yang masih berada di situ.
Ya ikhwati…

Yahudi yang mempunyai perangai suka berdengki, gemar melakukan tipu daya dan konspirasi sejak dari zaman Rasulullah s.a.w lagi berusaha sedaya-upaya mereka untuk memadamkan cahaya agama Allah ini. Perancangan demi perancangan jahat diatur, dan tekad telah pun dibulatkan mereka sepenuhnya bagi melaksanakan misi mereka. Strategi mereka yang telah berjaya membuat manusia tertarik, terpedaya, terleka, tertidur jelas di hadapan mata kita. Jika kita fikir sejenak, mengambil pengiktibaran dari peristiwa perang al-ahzab ini, semangat yang tinggi wajib dilawan dengan semangat yang tinggi juga. Rasulullah s.a.w meniupkan semangat kedalam jiwa mukminin dengan bait-bait syair dan slogan, menaikkan semangat mereka, mengentalkan jiwa-jiwa mereka bagi menghadapi serangan yang hebat ini. Adapun kita pada hari ini, kelemahan jiwa-jiwa untuk menentang Yahudi laknatullah ini. Justeru, semangat perlu dibangkitkan semula. Kekuatan diri dan pasukan perlu dibina dan proses pembinaan mestilah sentiasa berterusan. Segala kekuatan perlulah disediakan. Allah berfirman:

Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi’

(Al-Anfal:60)

Di dalam peristiwa perang ini juga kita dapat soroti pengorbanan besar Rasululullah s.a.w dan para sahabat di dalam melaksanakan tugas menggali parit. Satu tugas yang amat berat dan sukar. Perut terpaksa diikat demi menahan rasa lapar. Rasulullah s.a.w sendiri mengikat perutnya dengan dua ketul batu. Terdapat beberapa sahabat yang kebuluran. Terdapat juga beberapa sahabat yang berkorban menyediakan makanan untuk penggali-penggali parit. Masing-masing mempunyai peranan menghadapi penentangan ini.

Pihak muslimin, menghadapi tentangan dari semua arah dimana dibarisan hadapan mereka menghadapi tentera Abu Sufian manakala di bahagian dalam pula mereka menghadapi penentangan dari pembelotan Bani Quraizoh. Satu tentangan yang sengit dan tersepit sehingga ramai yang berasa berat dengan bala ketika itu. Sangat hebat ujian yang mereka hadapi.

Apa yang dapat disimpulkan ialah, dakwah ini tidak akan tertegak tanpa adanya pengorbanan-pengorbanan besar daripada antum semua. Perjuangan menegakkan kembali islam menuntut pengorbanan dari pendokong-pendokongnya seperti yang kita lihat dalam ghazwah ini. Khayalan, angan-angan, mimpi-mimpi sahaja tidak mampu mencetuskan perubahan. Kesungguhan yang jitu untuk merealisasikan betapa idealnya cara hidup islam perlu ada pada setiap orang yang memperjuangkannya. Satu yang dapat dilihat melalui sorotan ghazwah ini, ujian itu Allah turunkan kepada muslimin untuk membezakan antara golongan mukminin dan munafiqin. Mukminin jiwanya kental menghadapi dugaan dan cabaran dan sebaliknya. Jalan ini juga terisi dengan pelbagai ujian untuk melihat siapakah yang benar-benar beriman kepada Allah s.w.t.

Kisah pengislaman Nu’aim juga dapat kita ambil pengajaran dimana kita dapat melihat hakikat iman yang tidak statik. Laungan beliau:

“Arahkan aku apa yang kamu mahu.”

Menunjukkan hakikat iman yang sebenar dimana segala-galanya diserahkan hanya kepada Allah dan Rasul. Iman itu hakikatnya dinamik dan tidak hanya duduk diam, Ia perlu bergerak untuk membuktikan keimanan yang tulen kepada Allah semata-mata. Begitu juga para du’ah perlu bergerak bagi memastikan dakwah ini berjalan. Kerja-kerja dakwah akan terhenti apabila daie-daienya statik

Kemenangan itu datang selepas kesusahan, tentera Quraisy dapat dipatahkan dimana dengan kekalahan ini tiada satu pasukan arab pun selepas itu yang berupaya membentuk satu pasukan yang besar. Lantaran itu Rasulullah telah menegaskan di dalam sabdanya di saat Allah mengundurkan tentera al-Ahzab dengan sabdanya yang bermaksud:

“Sekarang sampai masanya kita yang menyerang mereka bukan mereka yang menyerang kita, dari sini kita akan mara menghancurkan mereka “

Kemenangan Muslimin di peperangan al-ahzab ini, disambut setiap tahun oleh umat islam pada bulan Syawal dengan lafaz takbir raya:

“yang menolong hamba-Nya (dengan) mengalahkan tentera Ahzab (tentera bersekutu yang diketuai oleh kaum musyrikin serta kaum Yahudi dan Nasrani) dengan keesaan-Nya.”

oleh :-al-huda-

Hadiah 'postcall'

Pagi tadi Ummu tengah drive, baru balik dari oncall...postcall dengan kata lain.

Semalam tak banyak masa yg Ummu sempat tidur.Mungkin tak sampai 2 jam..babies keep coming to be admitted.Ummu redha.Pagi tadi, hampir sejam ummu, Dr.Normila dan staff nurse berhempas pulas mencari urat seorang baby yg perlu dipasang line untuk diberi antibiotik.Hasilnya kami tetap gagal..

Tengah drive,ummu tekan radio IKIM, tak berapa suka sebenarnya dengar radio.Waktu tu ada semacam slot perbincangan.Ada satu kalimah yg melekat dalam jiwa ummu dalam banyak2 isu yg diperkatakan.Allah kata perbanyakkanlah istighfar, nescaya setiap kesusahan dan kesulitan Allah akan bagi padanya jalan keluar.


Dalam hidup, ada seorang sahabat nabi berkata hidup di dunia ini ibarat penjara bagi orang mu'min.Pelbagai tafsiran boleh kita hurai,namun perlu berhati2 agar kita mentafsirkannya dengan ilmu yg sahih.Tapi yang pasti, mu'min itu mesti diuji.Justeru mereka tentunya pernah melalui waktu2 kesempitan dan kesusahan sepanjang mengharungi hidup.Ummu sebagi seorang houseman, diuji.Seorang guru yg ditugaskan sebagi ketua pengawas peperiksaan, dengan meeting yg bertimbun juga diuji.Seorang penoreh getah, bangun seawal pagi di waktu langit masih lagi hitam pekat, juga diuji.Pendek kata ummu sedar kini sesiapun sedang diuji, cuma wajahnya sahaja yg berbeza.


Kita sebagi manusia, fitrahnya bila diuji akan mencari2 oh, di manakah jalan keluar bagi segala kesempitan ini? lantas Allah menyediakan jalan keluar, kiranya kita kembali kepada Dia.Keyakinan kini mengatasi segala yg lain.


Kebahagiaan hidup adalah terletah pada qalbun salim, jiwa yg tenang.Alangkah bertuahnya hamba Allah yang dapat bertemu dengan Allah dengan membawa sebuah jiwa yg tenang...seperti firman Allah yg bermaksud..." wahai pemilik hati yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dalam keadaan kamu meredhaiNya dan kamu diredhai.."


Lihatlah Allah menjemput kita untuk pulang.Indahnya mendapat jemputan khusus dariNya, namun ia hanya milik bagi jiwa2 yg tenang.Sunnguh bertuah bagi orang yg taqdir hidupnya sentiasa di bawah suluhan pancaran hidayah Ilahi.Ya Allah kasihanilah kami..kurniakanlah kami hati yang sejahtera.


Istighfar..astaghfirullah.Kini jiwa ummu tenang.Mari turut beristighfar..terus..teruskan.

Wednesday, October 08, 2008

Duri pada hati

kasihan...ummu berasa sungguh kasihan.

Tiap2 hari telinga ummu ini tidak sunyi dari mendengar umpatan.mahu sahaja ummu larikan diri masuk ke gua agar terselamat dari dihisab sebagai salah seorang yang terbabit sama dalm mengumpat.ia bagaikan tusukan duri yg mencengkam jiwa, menyebabkan jiwa resah dan gelisah kerana dicalit unsur mazmumah.

Sedih Ummu, sebab kita hidup sekarang ni masih jauh dengan unsur kasih sayang.Mahu menangis hati ini bila mengenangkan qisah Rasulullah dan para sahabat baginda yang mulia.mahu keharuan ummu bila mengingatkan ancaman 'azab yg pedih yg disediakan buat mereka yang memakan daging saudranya sendiri melalui mengumpat.

Sayangnya Rasulullah kepada saidina Abu Bakar...sayangnya saidina Abu Bakar kepada Rasulullah.Mulianya jua sucinya ikatan jiwa penuh mahabbah yang disandarkan kepada Allah itu.Rindunya Ummu untuk merasainya...mengimpikan masyarakt Islam kini boleh berubah seperti zaman para sahabat.

Mereka tidak pernah terdetik untuk meruntuhkan sesama saudara seagama, apatah mahu mengatakan sesuatu yang buruk berkenaan saudaranya di belakang.Turut bersimpati Ummu kepada mereka yang menjadi mangsa umpatan,betapa pedih dan ngilunya hati dan perasaan mereka sekiranya ada saudara mereka menyatakan sesuatu yg mengundang kemarahan mereka.

Mengalir air mata ini..sedih dengan keadaan ummat.sedih dengan kelemahan diri sendiri tidak mampu membawa ummat bersama ke arah jalan Allah.Mana sanggup kita wahai saudaraku yg mulia...mana sanggup kita melihat saudara kita bersedih kerana diri mereka diumpat dan dikeji, tidakkah kita punya perasaan belas pada saudara? tidakkah kita menyayangi mereka? bukankah kita ini berasal dari rantaian pertalian darah yg sama lebih lagi ikatan roh yg mulia?

Tidakkah kita punya perasaan sanggup untuk memindahkan beban perasaan sedih yg ada pada sudara kita, biar kita yang menanggungnya? biar kita yang menelan pahitnya..biar kita..ITHAR.

Allah kata kita tidak akan masuk syurga selagi mana kita tidak menyayangi saudara kita.Bila kita mengumpat itu tandanya sayang kita masih ada cacatnya..risau kita nanti kalau2 ia penyebab kita terkandas untuk ke syurga..na'uzubillah.Kita semua mahu ke syurga bukan?

Usahlah...saudaraku yg kukasihi sekaliannya.cukuplah setakat ini,usah biarkan syitan la'natullah menggoda sesama kita untuk mengumpat sudara kita yg lain,jangan biarkan musuh kita itu memecahbelahkan kita yang satu ini..diikat dgn aqidah yg suci.

Sesungguhnya kita boleh merasa meninggalkan solat itu dosa yg besar, maka mengapa tidak mengumpat ?