" Ya Allah,berikanlah kepadaku hikmah dan masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang soleh " { As- Syuara' : 83 }
Monday, January 26, 2009
Peluang kita hanya sekali
Bila hati mengadap Tuhan...
Baru ku sedar akan kelemahan...
Ungkapan di atas selalu ummi putarkan dalam ingatan
Sejuk hati buat seketika bila tiba saat waktu hati benar-benar dapat meletakkan jasad dan rohani berada di level bawah, kena dengan status yang bergelar hamba.
Bagi mereka yang kini sedang berpenat lelah dan menderita dalam perjuangan menentang nafsu dalam diri jua menghadapi musuh kepada agama Allah (khusus buat pejuang di Palestin), ummu hadiahkan sebuah halwa pengubat hati, mudah-mudahan akan terubat.
Dengarlah wahai saudara-saudara yang kukasihi kerana Allah, Tuhan kita yang maha penyayang telah melahirkan firmannya yang mulia melalui Surah At-Taubah ayat 20 :
" ....yang demikian kerana sesungguhnya ( tiap-tiap kali ) mereka mersai dahaga dan merasai penat lelah dan juga merasai lapar ( dalam perjuangan ) pada jalan Allah ; dan ( tiap-tiap kali ) mereka menjejak sesuatu tempat yang menimbulkan kemarahan orang-orang kafir dan juga ( tiap-tiap kali ) mereka menderita sesuatu yang mencederakan dari pihak musuh - melainkan semua itu ditulis bagi mereka (pahala ) amal yang soleh.Sesungguhnya Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya."
Cukuplah setakat ini
kamu tewas
masa yang luput
biarkan ia pergi
usah disimpan dalam memori kenangan
buang jauh-jauh
biarkan ia pergi jauh
hadapi saat ini
yang masih merah usianya
yang membuka peluang seluasnya
untukmu meniti kembali
sebuah kehidupan bertuhan
Jangan dibayangkan
kehidupan mendatang yang kusam
kelak jiwamu sentiasa gersang
menghadapi hari yang berbalam
sedangkan ianya tidak seperti yang difikirkan
hakikatnya masa akan datang tetap suatu rahsia
yang tidak diketahui melainkan oleh Pemiliknya
kamu masih ada masa
sebelum utusan Tuhan menjemputmu
kembali ke dunia baru yang kekal
persiapkanlah diri
dengan seberapa banayk 'amal ikhlas
kerana sedarlah wahai diri yang kukasihi
peluang kita hanya sekali
peluang kita hanya sekali...
peluang kita hanya sekali...
JADILAH HAMBA ALLAH YANG TERBAIK YANG PALING BOLEH KAMU LAKUKAN, mudamu hanya sekali.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Yes.
Post a Comment