Saturday, July 25, 2009

Burung nan indah



Sesekali melihat burung terbang dengan girang di ruang langit biru..

Tidak Allah ciptakan burung tanpa ada tujuan, maha suci Allah dari berbuat demikian,
tetapi ibrah hanya mampu dirasa bagi mereka yang memberi ruang pada akalnya untuk berfikir dan merenung.Kita akan menafsir apa yang dilihat di depan mata mengikut mata hati.Justeru tidak hairan jika kita mendengar respon seorang manusia yang terhijab hatinya,bahawa yang dilihatnya tidak lebih sekadar suatu objek yang mempunyai sayap untuk terbang, yang kerjanya hanya berlegar-legar menghiasi hamparan langit.Orang yang dikurniakan Allah akan hatinya hikmah, jauh tafsirannya dan dalam maknanya, banyak yang boleh dirungkaikannya hanya pada suatu objek yang bergelar burung.Begitu bezanya.Lantas kita mahu memilih hati yang bagaimana?

Hikmah itu bahagia.Bila hati dianugerah Allah cahaya untuk melihat rahsia dan hakikat sesuatu kejadian,ketika itu jiwa kita terasa ni'mat dan kelapangan menerjah.Hidup tidak lagi terasa sempit dan tercengkam.Bagai kita baru sahaja keluar dari sebuah gua yang gelap gelita hitam pekat kepada cahaya yang bersinar terang benderang.Fikiran kita mula mencapah dan berkembang, seolah olah memberi laluan untuk kita keluar dari segala kesempitan dunia.Alangkah beruntungnya manusia itu.Moga Allah belas kepada kita dengan mengurniakan ni'mat hikmah ini.

Tidak ada perencanaan..waktu itu tekun mentadabbur ayat-ayat Allah alunan Syeih sa'id Ghamidi dalam kereta sambil menunggu ketibaan sahabat dari Pasir Mas untuk ke usrah bertempat di rumah kak Raz di Cherang.Tiba -tiba lerekan mata tertumpu pada sekumpulan burung terbang meninggi di angkasa, melepasi bumbung kuarters HRPZ II.Indah pandangan itu, andai mata hati yang melihatnya mampu menterjemah keindahan di sebalik 'picture' itu.Tenang dan aman dunia andai semua manusia mampu beriring bersama sepertimana burung-burung tersebut,saling menguatkan,saling menyayangi.Ameen...ini doaku.

Tidak semena mena manik kaca halus terbit di celah-celah kolam mata.Perlahan alirannya, tidak sederas seperti biasa.Allah menghantar manusia ke bumi, ada tujuan, dan tempoh untuk mencapai misi itu juga begitu singkat.Hari ini sahaja, banyak akhbar memaparkan manusia yang sudah tiba tempoh tamat misinya di dunia ini, dijemput untuk pulang.Tiada lagi peluang yang diberi untuk meneruskan misi itu, tidak kira sempat dicapai atau tersasar, tiada masa kecederaan yang ditambah.Sesungguhnya bertemu Allah itu benar.

25 tahun hidup di dunia.Suatu tempoh yang lama.Hakikatnya tidak mampu untuk diundur masa yang telah berlalu, itu letaknya harga setiap saat.Tetapi kita leka, tidak sedar yang kita sebenarnya ibarat belayar di sebuah lautan yang penuh dengan harta karun, yang di tepi kiri dan kanan depan belakang terdampar segala harta bernilai tetapi kita biarkan kapal kita terus belayar tanpa sempat kita 'grab' segala harta yang 'free' itu.Harta qarun itu ibarat kebaikan dan segala 'amal soleh yang boleh menjadi ikat jamin kita sekiranya kita tertangkap dengan lanun di tengah jalan.Di sini ruginya.


Alhamdulillah, usrah hari ini berhasil dengan resolusi.Semoga Allah memberi kekuatan untuk menggerakkan segala perancangan.Paling penting ikhlas...