Dengan lafaz nama Allah yang maha mulia, Alhamdulillah...............
Ummu menarik nafas lebih panjang hari itu.Perasaan lega yang luar biasa menyelinap masuk mengisi ruang-ruang sudut pada hati.Akhirnya ummu menemui sebuah harapan, walau ia tampak kecil namun besar kuasanya pada memberi semangatdalam mengotakan sebuah janji, ya janji pada A-Rahman.Janji yang telah termeterai saat dijaga dalam sebuah 'bilik kecil yang gelap', tidak ada peneman kecuali Dia yang menghiburkan hati.
Bukan sekali dua syaitan laknatullah itu datang berbisik.Berkali-kali ia mencuba, dan saat itu juga zikir, istighfar, dan doa tidak putus-putus dipanjatkan.Dihiaskan dunia agar tampak indah, diperdaya nafsu agar menganggap kebatilan adalah perkara biasa.Tiada lagi usaha yang mampu dilakukan untuk mengubah masyarakat yang kini parah dilanda kejahilan, penjajahan pemikiran jua cara hidup.Begitu antara ideologi makhluk Allah yang telah bersumpah bahawa ia tidak akan sama sekali berputus asa menyesatkan generasi Adam a.s.
Dalam keributan ujian, pasti akan Allah datangkan pertolongan.Itu janji pasti buat pendokong agamNya.Sebuah buku biru berlatarbelakangkan seorang doktor berstetoskop dengan tinta berbunyi " DENYUT KASIH MEDIK " mencuri pandangan hati tatkala kaki melangkah masuk ke kedai yang berkurun lamanya berjasa dalam mendidik rohaniku.Kedai Jaafar Rawas suatu nama yang tidak asing bagi mereka yang dahagakan minuman rohani.Ia sebuah gedung ilmu yang luas, sarat memuatkan pelbagai sumber ilmiah.
Saat membelek sinopsis cerita , hati terus 'jatuh cinta'.Masakan tidak, ceritanya hampir menggambarkan kehidupan realiti yang sedang ummu jalani kini.Walau mungkin berbeza tempat, watak dan suasana tetapi jalan ceritanya sama.Bahkan boleh ummu katakan kebanyakan teman ummu yang bergelar 'Houseman' turut mengalami wajah kehidupan sebegini.Bagi adik-adik junior yang bakal berjuang bersama kami di medan da'wah ini yang senarionya jauh berbeza saat bergelar 'student' dan 'houseman', ummu syorkan dampingilah sisipan ilmu yang cuba disampaikan oleh penulis buku ini yang telah bergelut dalam dunia kerjaya sebagai 'houseman' dengan tidak mengenepikan tugas asal kita sebagai da'i.Penulis yang dikenali sebagai Dr Farhan Hadi, adalah seorang doktor yang kini bertugas di Klinik kesihatan Sabak Bernam.Beristerikan muslimah solehah yang juga seorang novelis terkenal,tentunya kurniaan berharga buat seorang pejuang agama Allah.Fatimah Syarha Mohd Noordin telah ditaqdirkan menjadi sayap kiri dan penghembus semangat beliau dalam merealisasikan syari'at di medan kerjaya.Semoga kalian berdua terus ikhlas dan istiqamah.
Kiranya penulis tika ini sedang membaca nukilan ini, sejuta penghargaan atas usaha jihad Dr dalam meniupkan roh kami adik-adik junior yang masih di alam 'houseman', untuk sama-sama mempraktikkan syaria't Allah dalam kerjaya kami seharian sebagai doktor perubatan yang mana peluang da'wahnya adalah yang terbesar kerana menghimpunkan masyarakat berupa pesakit dari pelbagai peringkat, muda tua, kaya miskin dan sebagainya.Marilah kita sama-sama doakan moga akan terhasil produk pegawai perubatan yang bukan hanya mampu merawat penyakit fizikal semata, bahkan segala penyakit rohani yang melanda ummat Islam dan seluruh manusia amnya.
# Buku ini baru dicetak pertama kali bulan Febuari tahun ni, jadi masih panas di pasaran.Jangan lepaskan peluang memilikinya !
" Ya Allah,berikanlah kepadaku hikmah dan masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang soleh " { As- Syuara' : 83 }
Wednesday, February 24, 2010
Monday, February 08, 2010
Peringatan itu bermanfaat
" Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu.Dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya "
{ As-Syams : 9-10 }
Petikan dari buku ' Kesan Dosa dalam Hidup ', karya Ibnu Qayyim.
Pesan ulama', apabila ingin melakukan sesuatu perkara, maka ingatlah Allah.Ketika ingin membuat keputusan, maka ingatlah Allah.Segala-galanya untukNya.Hasilnya apa sahaja akibat dari keputusan yang dibuat bersandarkan pada Allah, kita insyaAllah tidak akan menyesal dan boleh menerima dengan jiwa yang tenang.
Kiranya ada saat kita merasakan jiwa kita begitu kotor, maka basuhlah ia dengan amal kebajikan walau sekecil zarah, umpamanya memberi sedekah hanya berupa senyuman ikhlas.Di saat hati merasa keras, tundukkan ia, rendahkan ia dengan air mata taubat.Usah dibiarkan ia mengeras dan mengeras...dikhuatiri tiba saatnya pintu hati ini ditutup buat selamanya.
Almost 2 years in service...
Ingin kukongsikan bersama saudara-saudara SeIslamku walau sesiapa jua , tidak kira dari mana datangnya kalian.
Tika kecil...kita hanya kenal ibu,ayah,kakak,abang,waris terdekat dan beberapa kerat rakan sekolah dan jiran.
Bila besar....interaksi kita dengan manusia mulai berkembang.Pemikiran kita juga turut terkesan dengan pelbagai fahaman yang tiada titiknya.Andainya asas yang ditanam dalam diri kita tidak sekuat mana, tidak mustahil iman kita mudah digoyah.Berperang dengan diri sendiri, hampir setiap saat terpaksa bermujahadah dalam hati untuk memperteguh tiang iman di saat berada di persekitaran sekeliling yang menguji.Persekitaran yang sesetengahnya memandang dosa ibarat lalat di hidung..sungguh ku merindukan bi'ah yang orang-orang di dalamnya sentiasa diburu rasa takut dengan azab dan memandang dosa ibarat gunung yang sedang menghempapnya.
Hakikatnya jihad mengundang sabar dan berkorban.Rasulullah s.a.w diutus kepada kaum yang jauh lagi lebih teruk persekitarannya, jahiliyyah yang menjadikan bunuh dan zina adalah kebiasaan.Adakah hanya dengan ujian sekecil ini, daku sudah mengeluh ?....
Tidak.Janji Allah tidak mengizinkan daku untuk berputus asa.Mekar cintaNya meniupkan roh semangat untukku terus berjuang, walau seteruk mana likunya, ke menyerah diriku pada Allah.Doaku biar sahaja keyakinan ini berterusan istiqamah sehingga tiba waktunya rohku kembali padaNya.
Sungguhnya kasihku pada saudaraku, belasku pada makhluk yang bernama manusia memustahilkanku untuk berhenti.Sayangku sungguh lahir kerana kita sama-sama diciptakan, dihantar ke dunia untuk lulus ujian di sini, yang keputusannya hanya diketahui di sana.Tiada bahagianya andai kita lulus keseorangan sedangkan saudara2 yang lain gagal..itu bukan kemenangan.
Justeru, wahai saudaraku...ku merayu agar sentiasalah memberi peringatan pada diriku yang banyak bebanan dosa ini, jua pada seluruh manusia lainnya.Moga nantinya kita sama-sama bersua penuh gembira di syurga yang penuh kenikmatan.Ameen.
Ingatlah bekalan akhirat kita.
-----------------------------------------------------------------------------------------

Subscribe to:
Posts (Atom)