Wednesday, February 24, 2010

Jihad seorang 'Houseman'

Dengan lafaz nama Allah yang maha mulia, Alhamdulillah...............

Ummu menarik nafas lebih panjang hari itu.Perasaan lega yang luar biasa menyelinap masuk mengisi ruang-ruang sudut pada hati.Akhirnya ummu menemui sebuah harapan, walau ia tampak kecil namun besar kuasanya pada memberi semangatdalam mengotakan sebuah janji, ya janji pada A-Rahman.Janji yang telah termeterai saat dijaga dalam sebuah 'bilik kecil yang gelap', tidak ada peneman kecuali Dia yang menghiburkan hati.

Bukan sekali dua syaitan laknatullah itu datang berbisik.Berkali-kali ia mencuba, dan saat itu juga zikir, istighfar, dan doa tidak putus-putus dipanjatkan.Dihiaskan dunia agar tampak indah, diperdaya nafsu agar menganggap kebatilan adalah perkara biasa.Tiada lagi usaha yang mampu dilakukan untuk mengubah masyarakat yang kini parah dilanda kejahilan, penjajahan pemikiran jua cara hidup.Begitu antara ideologi makhluk Allah yang telah bersumpah bahawa ia tidak akan sama sekali berputus asa menyesatkan generasi Adam a.s.

Dalam keributan ujian, pasti akan Allah datangkan pertolongan.Itu janji pasti buat pendokong agamNya.Sebuah buku biru berlatarbelakangkan seorang doktor berstetoskop dengan tinta berbunyi " DENYUT KASIH MEDIK " mencuri pandangan hati tatkala kaki melangkah masuk ke kedai yang berkurun lamanya berjasa dalam mendidik rohaniku.Kedai Jaafar Rawas suatu nama yang tidak asing bagi mereka yang dahagakan minuman rohani.Ia sebuah gedung ilmu yang luas, sarat memuatkan pelbagai sumber ilmiah.

Saat membelek sinopsis cerita , hati terus 'jatuh cinta'.Masakan tidak, ceritanya hampir menggambarkan kehidupan realiti yang sedang ummu jalani kini.Walau mungkin berbeza tempat, watak dan suasana tetapi jalan ceritanya sama.Bahkan boleh ummu katakan kebanyakan teman ummu yang bergelar 'Houseman' turut mengalami wajah kehidupan sebegini.Bagi adik-adik junior yang bakal berjuang bersama kami di medan da'wah ini yang senarionya jauh berbeza saat bergelar 'student' dan 'houseman', ummu syorkan dampingilah sisipan ilmu yang cuba disampaikan oleh penulis buku ini yang telah bergelut dalam dunia kerjaya sebagai 'houseman' dengan tidak mengenepikan tugas asal kita sebagai da'i.Penulis yang dikenali sebagai Dr Farhan Hadi, adalah seorang doktor yang kini bertugas di Klinik kesihatan Sabak Bernam.Beristerikan muslimah solehah yang juga seorang novelis terkenal,tentunya kurniaan berharga buat seorang pejuang agama Allah.Fatimah Syarha Mohd Noordin telah ditaqdirkan menjadi sayap kiri dan penghembus semangat beliau dalam merealisasikan syari'at di medan kerjaya.Semoga kalian berdua terus ikhlas dan istiqamah.

Kiranya penulis tika ini sedang membaca nukilan ini, sejuta penghargaan atas usaha jihad Dr dalam meniupkan roh kami adik-adik junior yang masih di alam 'houseman', untuk sama-sama mempraktikkan syaria't Allah dalam kerjaya kami seharian sebagai doktor perubatan yang mana peluang da'wahnya adalah yang terbesar kerana menghimpunkan masyarakat berupa pesakit dari pelbagai peringkat, muda tua, kaya miskin dan sebagainya.Marilah kita sama-sama doakan moga akan terhasil produk pegawai perubatan yang bukan hanya mampu merawat penyakit fizikal semata, bahkan segala penyakit rohani yang melanda ummat Islam dan seluruh manusia amnya.

# Buku ini baru dicetak pertama kali bulan Febuari tahun ni, jadi masih panas di pasaran.Jangan lepaskan peluang memilikinya !


No comments: