" Orang yang berjihad pada jalan Allah dan orang yang mengerjakan haji serta umrah merupakan tetamu Ilahi.Dia menyeru mereka dan mereka menjawabnya.Mereka berdoa kepada Allah lalu diterimanya" { HR Ibn Majah }
Sewaktu di bangku sekolah, kita diajar rukun Islam ada 5 perkara.Yang dihujungnya ialah menunaikan haji bagi yang mampu.Istilah mampu inilah yang kadang-kadang disalahmengertikan.Malah ada jua yang bila ditanya, " Bila mahu ke Makkah ? "....jawabnya, " Tunggulah, belum sampai seru "
Tidak dinafikan menunaikan haji adalah perkara yang memerlukan persediaan lahiriah jua batiniah yang cukup bagi menghasilkan ibadat yang mabrur.Hikmahnya ialah pada mewujudkan 'turning point' kepada orang-orang yang beriman.Sama juga seperti solat, kita bukan sekadar menggerakkan tulang empat kerat, tunduk bangun tanpa mengetahui apa ertinya sebuah solat.Ilmu asas sangat perlu bagi menghadirkan hati, menambah khusyu'.Justeru, adakah hanya kerana merasakan ilmu belum cukup sempurna kita meninggalkan perintah wajib ini begitu sahaja ? tentu tidak kan.....sama juga dengan haji.
Ada yang berkata, wang belum mencukupi,walhal hampir sahaja seluruh benua di dunia ini sudah dilawatinya,Eropah, Asia,dan sebagainya.Tinggal sahaja bumi makkah.Terkilan bukan...Justeru,marilah kita saling mengingatkan mudah-mudahan kita menjadikan bumi makkah yang mulia itu adalah top list dalam senarai destinasi yang akan kita tuju.Di sini peranan fiqh aulawiyyat.Hadith riwayat Tarmizi ada menyebut,
" Barangsiapa yang mempunyai bekalan yang cukup untuk membiayai perjalanan dan kenderaan menunaikan Haji di Baitullah, tetapi dia tidak mehu melakukannya,andai dia mati, maka matinya samada mati sebagai orang yahudi ataupun mati sebagai orang nasrani "
Kita berdoa agar kita terhindar dari kelompok itu.
Bila sebut perihal haji ini,jiwa ummu pernah tersentuh mengingatkan peristiwa sewaktu mendaftarkan diri untuk Haji.Ada seorang pakcik tua berkain pelikat,berbaju melayu yang lusuh dan berselipar datang berjalan dengan membawa tongkat,masuk ke bangunan Tabung haji.Melihatkan keadaan pakcik yang terpinga-pinga, baru ummu sedar yang beliau adalah seorang yang buta.Kehadiran beliau disambut mesra oleh pengawal keselamatan lantas memimpin tangannya menuju ke deretan kerusi di hadapan kaunter.Sewaktu dihulurnya buku akaun kepada staff bank di kaunter, terlintas di benak hati ini.."kiranya pakcik tua yang buta ini datang semata-mata untuk menyimpan wang buat bertemu Allah di baitullah, alangkah mulia hatinya dan alangkah kerdil diri ini "Tentunya amal usahanya yang jauh lagi sukar bagi menunaikan hasrat ke Makkah lebih ganjarannya di sisi Allah berbanding mereka yang lapang rezekinya.
Ayuh saudaraku, bersegeralah kita menyahut seruan Cinta Ilahi !
No comments:
Post a Comment