Sunday, October 10, 2010

Malam pertama di Alam Syurga

Masya Allah.

Hari-hari yang memenatkan, namun ada perasaan puas dan indah.Terasa beruntung sungguh di hati bila umur kita diisi dengan amalan yang diharapkan dapat menggapai redha Allah.Syukur kepadaNya atas rahmat taufiq.Minggu ini sahaja hampir EOD oncall.Kekadang operation habis sehingga malam.Mohon perlindungan Allah dari perasaan mengeluh dan lemah.Orang-orang mu'min mesti kuat.

Astaghfirullah....astaghfirullah.Tenang hati mengingatiNya.Petang tadi, alhamdulillah diberi kekuatan untuk singgah juga ke pameran buku dan komputer di Balai Islam.Walau mata separa tutup dan mahu sahaja tidur asal disorongkan bantal, hati berbisik... jihad perlu diteruskan.Teringat pada ceramah ustaz, ulama'-ulama' tidurnya hanya mungkin sekadar 3 jam sahaja, selebihnya digunakan untuk menuntut ilmu Allah yang tiada taranya.

"Malam pertama di alam Syurga".Tajuk besar yang tertera pada sebuah buku berwarna hijau menarik perhatian.Tidak ramai yang akan mengingatkan kita tentang akhirat, tentang syurga, tentang neraka sepanjang kerja harian kita.Justeru buku ibarat pemberi 'inzar' dan 'basyir' yang sangat-sangat diharapkan.Sebak hati, bila tangan mula menggapai buku tulisan Abu Zharif Zihan itu.Tambah pula ada iringan aluanan bacaan al-Quran yang dipasang di ruang legar pameran, menambah pilu mengenangkan batapa jauhnya diri dari Allah.Ampunkan kami Ya Allah...

" (Segala sifat-sifat mulia) ini menjadi sebutan penghormatan (bagi mereka).Dan sesungguhnya bagi orang-orang bertaqwa, disediakan tempat kembali yang sebaik-baiknya (pada hari akhirat kelak), iaitu beberapa buah syurga tempat penginapan yang kekal, yang terbuka pintu-pintunya untuk mereka, mereka akan bersukaria dalam syurga itu sambil berbaring (di atas pelamin), mereka meminta di situ buah-buahan dan minuman yang berbagai jenisnya dan rasa kelazatannya.Dan di sisi mereka pula bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata) lagi yang sebaya umurnya " { Surah Sod : 45-52 }



------------------------------------------------------------------------------------

1 comment:

Anonymous said...

Just finish reading the book.I've been left with this illustrious feelin! Terasa sedih and rindu kan syurga.
Great! great! readng material!

Highy Recommend for those whom feel empty.
I swear i cried a couple of time.And terasa benci dengan dunia yang tak seberapa ni!