Friday, June 24, 2011

Sabar nan Indah




Sabda Rasululllah s.a.w yang bermaksud :

" Dan solat itu laksana sinar rambulan, sedekah itu bukti keimanan, sedangkan sabar itu laksana sinar matahari " { Riwayat Muslim }

Solat...sedekah...sabar
Tiga perkara yang amat tinggi kedudukannya di sisi Allah s.w.t.Seringkali dalam kitabullah menyebut kalimah sabar.Bahkan untuk bersolat perlukan kesabaran, untuk bersedekah jua perlukan kesabaran.

Sabar dalam melakukan keta'atan, sabar dalam meninggalkan kemaksiatan, dan sabar dalam menghadapi musibah.Semakin kuat kesabaran seseorang hamba, makin tinggi kedudukannya di sisiNya.Rasul 'ulul 'azmi tentunya telah diiktiraf antara golongan yang dianugerah darjat tertinggi lantaran kesabaran dalam menghadapi ujian yang amat berat.Makin beriman seorang mu'min itu, maka makin beratlah ujian yang dihadapi.Bukan Allah bermaksud untuk menzalimi mereka itu, bahkan kerana Dia bertambah kasih.Jika mereka bersabar,Allah pasti akan mengangkat darjat mereka kepada yang lebih tinggi.Dia tidak akan menimpakan ujian yang tidak mampu untuk kita hadapi.

Bumi akan suram tanpa hadirnya sinar mentari.Itulah ibaratnya sifat sabar.Kita memerlukan walaupun ia menagih sedikit kesusahan.Ternyata sabar itu indah !

1 comment:

Taufik Hidayah said...

Salam ummu...sedap membacanya untuk menyisir minda ...tentang sabar dan redha di samping diberiNya ketulusan serta keikhlasan dalam kehidupan sementara ini buat kita semua .. .selamat di sana dan di sini...insya-Allah....ameen