Alhamdulillah....
Syukur dan sujudku pada Rab semesta alam,Tuhan langit dan bumi,haiwan dan tumbuhan serata pelusok negeri...
Indahnya kalimah syukur,bersyukurlah bagi sesiapa yang dikurnia nikmat berasa syukur..
Hari ini..em 14 Feb 07
Satu tarikh yang sinonim bagi mereka yang telah terpengaruh dengan ideologi kuffar.Betapa rugi dan sayangnya bilangan yang dijangkiti begitu ramai..seandainya biah rabbaniyah memnuhi serata pelusok negeri,sudah tentu tiada lagi bias-bias 'cinta monyet' di kalangan penghuni dunia yang bergelar manusia..
Begitu jahatnya permainan pihak 'ketiga' dalam menyesatkan anak-anak Adam yang lahirnya bersih dan suci fikrahnya.satu demi satu dilemparkannya panah-panah berbisa sehingga sesiapa sahaja yang terkena bisa mendapat ' septic shock'.Andainya tiada askar-askar yang berani bertahan melawan kuman-kuman ini,nescaya kesudahannya adalah ' death'.
nauzubillah...
Hari ini jua penulis berdepan dengan satu lagi mehnah.Allah ingin menguji,apakah benar hambanya ini benar-benar menundukkan diri sepenuh perhambaan ?
pagi tadi,sewaktu menyelusuri lorong-lorong ilmu,sekilas terpandang kain rentang..
TAYANGAN FILEM MELAYU QABIL KHUSRY.....
kali kedua penulis memandang lagi.
Ya,ternyata lokasinya adalah di sini.tidak syak lagi.
Astagfirullah...musuh telah memberi panahan berbisa sebagi permulaan perang.Iman mesti bertindak.
" nta fikir ada kaitan dengan Valentine ? "
" spekulasinya ada."
"emm....kita perlu strategi.'
" lekas,kita tidak cukup masa,perangnya dijadual malam ini "
Subhanallah..Alhamdulillah..Allahu Akbar
Kita tunggu dan lihat,apa bakal terjadi...