Seketika menyelusuri era dakwah Rasulullah...
Rasulullah s.a.w terus memperjuangkan dakwahnya sehingga ramai masyarakat Makkah yang mengikuti ajarannya.Selepas itu bermulalah gangguan,seksaan dan sabotaj sebaik sahaja dakwah mula tersebar dan menunjukkan keberkesanannya terhadap masyarakat jahiliyah tersebut.
Tindakan sabotaj ini mula tercetus apabila Abu Lahab mengambil segenggam habuk lalu menaburkan di atas kepala Rasulullah s.a.w sambil berkata :
" Jauhilah tukang sihir ini,wahai bangsaku! berhati2lah terhadap bomoh ini,wahai bangsa Arab! Hindarilah penyair ini,wahai bangsa Arab! "
Apabila waktu malam tiba,Abu Lahab memerintahkan isterinya supya meletakkan duri pada tempat yang selalunya menjadi laluan Rasulullah menuju Masjidil Haram pada waktu sahur.
Duri yang sengaja dipasang bagi memerangkap Rasulullah itu mencucuknya dan darah pun mengalir dari kedua2 belah kakinya.Sambil membersihkan darah yang bercucuran pada kakinya,Baginda berkata :
" Ya Allah,ampunilah kaumku,sebab mereka tidak mengetahui (kebenaran ajaran agama yang aku sampaikan kepada mereka ) "
{ Diriwayat oleh Al-Bukhari dalam kitab Ahadith Al-Anbiya',bab Hadith Al-Ghar:3218 }
Ketika itu malikat yang bertugas menjaga gunung datang menjumpai Nabi dan berkata : " wahai Rasulullah! Izinkanlah aku akn menghemppkan dua gunung ini kepada mereka "
Dengan tabah,Nabi s.a.w menjawab:
" Jangan! seungguhnya aku sentiasa memohon kepada Allah agar keturunan mereka terdapat orang yang mahu menyembah Allah dan tidak menyengutukanNya dengan suatu apa jua."
{ Diriwayat Al-Bukhari }
No comments:
Post a Comment