Sunday, April 29, 2007

Mentari di celah Gerhana


Astaghfirullah..

Indahnya ungkapan itu

Buat penyembuh luka di hatiku

Hatiku terluka

Sentiasa terluka

Sakitnya tidak terperi

Seringkali aku menangis

Kerna tidak bisa menanggung kepedihannya


Hari ini..

Esok..

Entah bila lagi

Hati ini akan terus terluka

Ingin sahaja ku bawa lari ia

Jauh ke gunung terpencil

Biarkan ia terlindung

Dari hiruk pikuk duri

Yang sentiasa melukakannya


Ku tak sanggup lagi Ya Allah..

Bantulah hambamu ini..

Dari terluka lagi

Sekali hati aku terluka

Terasa bagaikann Aku melukanMu

Allah..takutnya aku akan murkaMu




Jangan Ya Rahman..

Kau biarkan aku terus berdarah

Dengan hirisan demi hirisan

Terasa hatiku bagai dicucuk sembilu pedih

Lukanya cukup dalam

dan ku tak sanggup lagi..




Wahai Yang Maha Pengasihani..

Dengan limpah kasihMu yang tak bertepi..

Bawalah hatiku yang terluka ini pada penawarnya

Siramilah darah yang membasahi

Dengan siraman salju yang dingin

Berupa ingatanMu padaku


Seringkanlah Kau belai ia

Dengan alunan merdu ayat-ayat suciMu

Moga dengan halwa yang manis itu

Bisa menyembuh lukaku..


Astaghfirullah...



Ku harap pada mentari kan bisa menyinar kembali..

Al-Faqirah ila 'afwi rabbiha.




Di mana 'daku' ?


~*Secangkir Kasih*~

Oleh : Ummu Afeera

Tulisan ini saya dedikasikan buat adik-adik yang saya temui di PERNIM, Persatuan Kebajikan Anak Pesakit HIV/ AIDS Nurul Iman.


Adik, permukiman akak sudah hampir satu semester di pusat pengajian ini. Terlalu lama akak berkelana memikirkan segalanya. Betapa suatu ketika dahulu, akak tertanya-tanya keberadaan akak di sini. Ini bukanlah tempat yang akak idam-idamkan. Cita-cita akak terlalu menggunung dan yang pasti segalanya bukan di sini. Hati tidak ingin sesekali untuk berada di sini. Hari pertama akak menjejakkan kaki di sini, seorang senior bertanyakan perasaan akak. Excited? Gembira? Mudah sahaja jawapan yang akak tuturkan – tiada perasaan. Akak merancang, Allah juga merancang dan perancangan Allah itu adalah sebaik-baik perancangan. Rencana Allah itu sangat unik, perjalanan hambaNya ini diacu dengan baik sekali, dan akak memahaminya kini.Adik, tiap yang terjadi punya hikmah. Punya kemanisan sekalipun ianya pahit untuk ditelan.Wujudnya akak di sini menjadi asbab pertemuan kita.Bidang yang akak ceburi kini memerlukan akak untuk bertemu adik-adik. Pertemuan dua mata antara kita membuatkan manik-manik jernih mengalir. Akak cuba menahan air mata yang bertakung dari mengalir, tapi akak tewas. Kenapa mata akak berair? Akak nangis? Kantoi? Soalan-soalan tersebut masih bermain di penjuru jiwa dan fuad akak. Akak tewas berhadapan dengan realiti, yang selama ini tidak pernah akak mimpikan, khayalkan, hatta untuk menjadi fantasi. Realiti yang akak temui begitu pahit. Tidak mampu akak terjemahkan segalanya dengan bicara madah dan kata-kata. Cukuplah untuk akak katakan ia adalah ibrah yang mentarbiyah akak.
Sewaktu akak bermuqim, menggilap sisa-sisa perjuangan di matrikulasi suatu ketika dahulu, akak pernah hadir ke suatu program. Fasilitator mengajukan soalan yang begitu mudah, “Siapa Perdana Menteri Singapura?”. Terlalu mudah soalan yang diajukan. Namun kami sebagai peserta gagal menjawabnya dengan tepat. Konklusi dari soalan tersebut membuatkan akak terpukul. “Sekiranya kalian gagal menjawab soalan ini, cuba fikirkan, adakah kalian mengetahui rancangan musuh-musuh islam? Negara jiran sendiri tidak diketahui, adakah kalian dapat menyelami apa yang terjadi kepada saudara-saudara seaqidah di Palestin, Pakistan dan lainnya?” Pasti adik tertanya-tanya, apa yang ingin akak sampaikan. Putaran masa silam sebenarnya mengajar akak kehidupan hari ini, mengiktibari bilahan hari yang berlalu,. Melihat adik, akak tertanya-tanya, di mana saudara seagama. Baru kini akak tersedar kelemahan diri akak sendiri. Andai nasib adik sendiri tidak akak ketahui, apakah mungkin akak menyelami hati saudara seislam di Palestin, Iraq dan lainya.Adik, gambar yang dihulurkan oleh penjaga adik begitu menyentuh hati. Kepingan tidak berbingkai itu adalah gambar bonda adik. Dia sama seperti adik. Seorang muslim. Namun dia mengambil tindakan untuk membunuh diri. Dahulu, tiupan kencang dan tempias hujan sukar menggugah lena akak. Namun kini, gambar post mortem bonda adik terus mengakrabi sehingga akak sukar tidur. HIV positif membuat dirinya kehilangan ketabahan yang panjang dan kesabaran yang agung buat menyusur rencam onar dunia ini. Sabarlah adik. Usah terusan berlagu sendu. Bukankah Dia sama sekali tidak akan menguji hambaNya di luar keupayaan?
Adik, akak hanya mengulang tingkah memori pertama membaca kisah yang melatarbelakangi berdirinya Islamic Centre di Brussel, Belgia. Ianya terasas apabila sekelompok mahasiswa muslim melihat permandangan yang amat menghiris hati mereka, yakni permandangan yang terjadi di sebuah stesen kereta api di Brussel. Pada saat itu, mereka melihat gerobong kereta api yang dipenuhi oleh anak-anak, sementara di pinggir rel kereta api berdiri beberapa pastur, biarawati, dan keluarga-keluarga berwarga negara Belgia melambaikan tangan melepas pemergian anak-anak tersebut. Setelah permasalahannya jelas, barulah pemuda-pemuda itu mengetahui bahawa anak-anak tersebut adalah dari keluarga Arab muslim yang tinggal di wilayah muslim di daerah Perancis bahagian utara, yang kebanyakannya adalah para buruh.Anak-anak itu seusia adik. Tahukah adik apa yang berlaku pada mereka? Dengan alasan bahawa anak-anak tersebut terlantar, maka gereja menawarkan kesediaannya untuk menerima mereka di hari-hari cuti dan memberi mereka apa yang diperlukan. Yang lebih menyedihkan, anak-anak tadi melambaikan tangan dengan deraian air mata. Ini bererti bahawa anak-anak tersebut sudah merasa berat untuk berpisah dari para gerejawan gerejawati itu. (Majalah Al-Ummah, no 16 tahun keempat)
Adik, permandangan ini dapat kita saksikan di setiap jengkal bumi Islam, khususnya di Afrika. Kita juga menyaksikan ratusan anak Palestina yang orang tuanya menjadi syuhada pada pembantaian Shabra dan Shatila diangkut ke tempat-tempat penampungan dan gereja-gereja Eropah, dan tak seorang pun pemimpin negara Islam yang berusaha menyelamatkan mereka. Namun akak bagai tersedar dari mimpi tika pertama kali akak mengetahui kejadian serupa berlaku di bumi Malaysia ini. Adik, akak tahu adik menjadi mangsa pebuatan zina yang durja. Ya, akak tahu adik menghidap HIV positif. Akak tahu adik adalah anak yang lahir dari ikatan yang tidak halal. Tidak sesekali akak ingin menghukum adik atas kesilapan manusia lain. Tapi adik, dunia sekitar memberi hukuman yang tidak dapat adik pikul. Adik dipulaukan. Namun apa yang terjadi di penghujungnya membuat tulang-tulang akak seakan sudah berkecai dan berselerakan lantaran terpana dengan segala yang diberitakan. Adik disusukan akhirnya dengan kepahitan Kristianisasi dan diselimutkan dengan kasih Missionary.
Adik, siapa yang perlu akak persalahkan? Cukuplah akak katakan bahawa akak sendiri terasa bersalah. Ya, akak tidak menjalankan kerja dakwah. Akak tidak memberitakan kepada yang lain apa yang telah berlaku kepada adik. Dakwah tidak pernah kedengaran di cuping telinga bonda dan ayahanda adik, lantas mereka berzina. Dan kini akak melihat sendiri kesannya. Akak melihat sendiri dengan lensa indera keadaan adik-adik lantaran sikap akak yang mengabaikan dakwah. Teringat akak dalam satu pesannya, Imam Hassan Al Banna mengatakan, “Seandainya dapat, saya ingin sekali menyampaikan dakwah ini kepada setiap anak yang dilahirkan”.
Adik, mendidik anak dengan manhaj islami merupakan fondasi berdirinya sebuah masyarakat yang islami, kerana mendidik anak dengan manhaj islami bererti mempersiapkan generasi yang siap untuk mengembangkan lagi risalah dakwah dan menegakkan bendera Islam.Anak merupakan batu pertama bagi pembentukan sebuah masyarakat islami. Dia terlahir dalam keadaan fitrah. Seorang anak bagaikan lembaran kertas putih yang masih bersih. Menjadi tanggungjawab akak dan yang lainnya untuk bersegera menuliskan ketaqwaan dan akhlak islami pada kertas itu sebelum didahului dan ditulisi dengan tulisan yang menyesatkan. Seorang anak akan tetap terpikat kepada orang yang memperlakukannya sesuai dengan tabiatnya sebagai anak. Ia akan merasa bahawa ia berada dalam naungan kasih sayang orang tuanya sendiri. Adik pasti bersetuju dengan kata-kata akak itu, bukan?Adik, diceritakan bahawa jika Rasulullah bertemu dengan anak kecil, beliau berhenti dan menunduk seraya menyapanya dengan lembut serta mengusap kepalanya dengan penuh kasih sayang. Perhatian ini diberikan oleh Rasulullah kerana beliau mengetahui bahawa seorang anak sangat memerlukan perlakuan semacam ini, sebagaimana titisan embun yang menyirami taman bunga, sehingga bunga-bunga itu merasakan kesegaran dan “kebahagiaan”, serta merekah dengan pesona keindahan.Pasti adik tertanya-tanya, mengapa ini yang akak ceritakan?
Adik, bertolak dari sinilah sebenarnya kaum misionaris sangat memerhatikan anak-anak. Kita masih ingat akan apa yang dilakukan oleh Soviet, mereka mengambil anak-anak mujahidin yang menjadi syuhada dan mendidik mereka dengan kekafiran. Dan kini kejadian serupa itu berlaku di sini. Terasa pijar hati akak memikirkan semua.Adik, bicara maya ini sudah hampir ke penghujungnya. Kesendatan masa yang akak ada membataskan akak untuk terus berbicara. Maafkan akak atas segalanya. Yakinlah bahawa kesendatan masa yang akak alami kini adalah impian akan datang untuk terus membantu adik kelak. Yakinlah, sinar hikmah yang didamba pasti muncul seindah pijarnya mentari petang. Segala yang terjadi bukan untuk melemahkan kita, malah ia mematang dan melengkapkan kita sebagai hamba-Nya. Akak memohon padaNya agar adik dipanjangkan usia agar akak dapat menyalurkan secangkir kasih buat adik. Akak tidak ingin HIV positif merampas bahtera kasih yang telah terbina. Hanya Dia penentu segalanya.Dari akakmu..


Pernim adalah ringkasan kepada Persatuan Kebajikan Anak Pesakit HIV/AIDS Nurul Iman Malaysia yang ditubuhkan pada 17 Mac 2004.

Persatuan ini merupakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang ingin turut serta membantu kerajaan negara ini memikul tanggungjawab dalam membela nasib anak-anak pesakit HIV/AIDS terutama kepada kanak-kanak yang terbiar dan ibu bapa mereka telah meninggal dunia akibat AIDS dan tiada waris yang mahu bertanggungjawab apabila mengetahui anak yang bakal mereka pelihara pembawa HIV positif.

Penubuhan Pernim diharap dapat memperbetulkan persepsi dan sikap prejudis masyarakat terhadap mereka yang menghidap HIV, kerana ia boleh berlaku kepada sesiapa juga.

Pernim antara lain bertujuan memberi perlindungan kepada anak-anak pesakit HIV/AIDS positif terutama daripada ibu bapa yang telah meninggal dunia, memberikan perlindungan, menguruskan rawatan yang berterusan di hospital dan klinik kerajaan, memberikan pendidikan dan asas keagamaan dan sebagainya.

Penubuhan Pernim dicetuskan atas dasar kesedaran dan keinsafan terhadap anak-anak mangsa HIV yang tidak berdosa akibat perbuatan silam ibu dan bapa kandung mereka. Kanak-kanak ini memerlukan perlindungan daripada masyarakat.
Alamat surat-menyurat
Pernim,No. 6, Jalan Melor 8,68000 Ampang, SelangorTalian: 03-42922208/ 019-3746053.

Sunday, April 22, 2007

'Jeluok'-suci @ najis ?

Sekarang 'autumn' di kampus semakin menghampiri titik hujungnya...

Sekarang tiba pula 'Typhoid Season'.Masuk hari ini mungkin lebih dari 10 orang student terlantar menerima rawatan demam kepialu.Allah telah mentaqdirkan 'outbreak' nya pada ' Exam season'...Moga Allah mengurniakan mereka pahala dan kesabaran.

Fogging telah selesai..dan telah pun disahkan ada 'carrier' di kalangan masyarakat kampus.Begitulah sunnatullah...kadang2 dicuit kita sedikit berupa ujian yg bersifat umum dan meluas yg menimpa ramai ummat pada sesuatu masa,mudah2 an hati2 kita ini berupaya mengambil pengajaran dan kembali mengingatiNya.Sakit itu ujian,dan ujian itu rahmat...

Seperti biasa kelas feqah di surau kampus kembali menghangatkan suasana suram selama seminggu di sini..terkesan dari sistem yang masih tercalit dengan tempias sekular yang mengasingkan kurikulum pengajian Islam,jika tidak dicari,tiadalah pula yang akan memberi..

Antara ilmu yang baru diperolehi dan menuntut untuk dikongsi, berkenaan dengan hukum kesucian lelehan susu bayi pada pakaian.Apakah dikira najis dan tidak boleh diguna untuk solat?

Tunggu jawapannya ye..
Ini salah satu teknik tarbiyyah dari Al-Quran.Kaedahnya adalah dengan mengajukan terlebih dahulu soalan,kemudian barulah akan dihuraikan..

Sunday, April 15, 2007

Ma'an najah

" ..Maka ni'mat Allah yang mana kamu ingin dustakan.."

Sesungguhnya tidaklah ana ketahui setiap detik yang bermain dalam kepala sahabat seperjuangan sekalian...kerna itu tanda yang diturunkan Allah sebagi bukti buat manusia bahawasanya mereka itu diciptakan 'dhoif'...

Tiba2 tercetus dan terpanggil ana untuk berkongsi sedikit pengalaman hadiah Pencipta yg hikmahnya guna buat pengajaran dan ilmu untuk aqrab pada khazanah, rahsia jua kebesaran ilmuNya..

Menjelang ujian dunia yg dipanggil PRO di sini,imtihan di Timur tengah ,trial/ assessment di tempat 2 lain,dijadikan Allah satu perasaan dalam jiwa manusia adanya perasaan takut dan bimbang..satu kebenaran yg dii'tiraf dalam QalamNya,bahawasany a manusi aitu akan diuji antaranya dengan ketakutan,kelaparan dsb..

Terdetik dalam diri,Allah mencirikan orang yg beriman di kala ditimpa ujian,dia bersabar,di kala dianugerah ni'mat,maka dia bersyukur..sehingga kan penyifatan ini mendetik hati Rasulullah untuk berasa 'ajaib akan perihal golongan beriman ini..

Berbalik kpd exam tadi...fitrah manusia apabila ditimpa kerisauan maka dia akan tercari2 ..." Oh,bagaimana mungkin aku bisa keluar dari perasaan ini? "..jikalau diistilah dalm psychiatric, namanya defense mechanism..

Amat bertuahlah bagi orang2 Islam yg menyatakn dan menzahirkan pengakuan kesaksian itu,kerna mereka diberi Allah jalan untuk keluar..biasanya tiadalah ubat yg lebih mujarab melainkan pengaduan 'direct' dari seoran manusia kepada Rabnya..

Kadang2 terfikir juga..knape ye aku perlu risau akan ketentuan Qadha' dan Qadar Allah stelah habis aku berikhtiar ?...Bukankah Allah telah menjanjikan bahawa apa sahaja ketentuanNya itulah yg ter'best' individually buat diriku...knape individually? sebab ujian Allah berbeza kepada manusia kerana manusia itu sendiri jalan kehidupannya boleh bercabang2 walau matlamat yg dihala adala satu..mardhatillah. .

Jadi wahai adikku,sahabt sekalian ana mengajak diri sendiri sohabiah sekalian untuk kembali memusatkan hati bahawasanya ikrar inilah yang mendenyutkan nadi kehidupanku sehingga rohku bertemu kepada Pemilik asal..katakan:

" Sesungguhnya solatku,ibadahku, hidupku dan matiku hanya Untuk Allah sekalian alam.."

Ismahli, wa maan najah.

Saturday, April 07, 2007

Sujudlah wahai insan !

Setiap masa setiap ketika aku ingin sujud padamu Ya Rahman...

Biarkan jasadku tika itu berdiri
Biarpun tika ia berjalan
Biarpun tika ia berlari
Biarkan tika ia terbaring

Asal sahaja rohku setiap masa
setiap saat...
bertasbih,bertahmid,bertakbir
sama seperti
sewaktu sujudku...

Sehinggalah indahnya andainya
percakapanku adalah percakapan ahli syurga
perbuatanku perbuatan ahli syurga
pandangan hatiku pandangan ahli syurga

Ameen.

Thursday, April 05, 2007

Yang Mewangikan


Alhamdulillah...11 hours after delivery.
Jadikan Cinta pada Rabmu awal dan akhir dari segalanya
Biarkan kekuatan cinta itu ysng mendenyutkan nadi hidupmu
Syukur menjadi deru juangmu dan
Jika bukan kerana cinta
Tentu telah lelah kaki ini melangkah...
Selamat Datang Mujahidah Solehah.