Monday, May 07, 2007

Di sebalik 'Title'


Ilmu kedoktoran...

Bahkan segala ilmu adalah milikNya yang Maha Agung.


Kalau dulu waktu kecil,bila tiba saat waktu cikgu bertanya;


" Apa cita-cita kamu? "


Dua kalimat muncul dari bibir..


" doktor atau pensyarah cikgu "


Waktu itu,diri ibarat anak ketam yang baru muncul dari lubang,baru sahaja mengenal apa itu dunia.

Entah mengapa,kalimah doktor begitu sinonim sehinggakan mainan waktu kecil adalah stetoskop plastik,katil pesakit plastik,botol-botol ubat plastik dan banyak lagi yang plastik2...


Kini,mereka bukan lagi plastik...bahkan sekarang mereka adalah besi-besi yg 'real' yang kadang2 harganya mencecah beratus ringgit..berbeza dengan yang plastik tadi,harganya mungkin cuma berbelas-belas ringgit.


Mungkin inilah taqdir Nya buat insan ini.Teringat dulu sewaktu diri terlelah-lelah mencari cop pengesahan pegawai bertaraf A untuk permohonan ke fakulti ini,salah seorangnya berkata:


"em,sayang sungguh melihat pada 'result' adik ini,kalau begini lebih baik adik sambung dalam bidang agama,bahasa arab ke,usuluddin ke..." begitulah nada lebih kurang 5 tahun yang lalu.


Terpalit juga rasa serba salah setelah mendengar ucapan yang diri ini kira ibarat ucapan seorang ayah pada anaknya..mungkin kerana melihatkan dirinya sudah berumur.Timbul pula rasa belas.


Namun ketentuanNya tiada siapa dapat melawan.Naluri setiap manusia yang terbit adalah hasil ciptaanNya.Perasaan teringin..minat..terlebih suka...semuanya datang dariNya.Entah mengapa naluriku berkata " Aku ingin menjadi seorang doktor ".Sudah tertulis taqdirku di dunia dan hanya Dia yang Maha Mengetahui.


Menjadi seorang doktor tidak semudah yang diri ini bayangkan 10 tahun yang dulu.Sungguh berbeza..jauh sekali.Sekali lagi diri terasa kerdilnya seorang manusia,betapa mereka itu akan sentiasa berada dalam kegelapan seandainya tiada sebatang lilin yang datang menerangi..

Dulu diri tidak terlihat akan apa itu tanggungjawab,mungkin kerana masih kecil,masih belum mampu untuk mengenal erti tanggungjawab..


Bila membesar,satu demi satu tanggungjawab yang datang..bila diri lebih memahami,lebih terasa akan peranannya.Tambah pula tanggungjawab ini bukan calang2 jenisnya..satu amanah yang tiada benda boleh dibuat bandingan dengannya,apalah maknanya kehidupan seandai di situ tiada nyawa?

Berat bukan?......


Berat atau ringan..sudah ketetapan Allah.Diri berserah diri penuh redha akan segala rona yang mewarnaai kehidupan.Bahkan diri berasa bertuah,sungguh bertuah...kerana bermulanya langkah ini rupanya menemukan diri pada sebuah cinta,yang seandainya seluruh manusia di muka bumi ini menjadikan ia sebagai nadi yangmenggerakkan kehidupan,nescaya penuhlah seisi langit dan bumi dengan cahaya kebahagiaan...erti sebuah Cinta Qudus.


~ Nikmat ketenangan berada dalam jiwa yang sentiasa redha pada Tuhannya ~

No comments: