Sunday, May 06, 2007

Masjid yang bersejarah


Bermulanya dengan hanya beralaskan kayu
Di siang hari alunan kanak-kanak mengaji kedengaran
Jika dijenguk ke dalam timbul juga rasa gerun
Melihat Tok guru yang siap dengan rotan di tangan

Kini,
Wajahnya telah berubah
Lantai konkrit menggantikan si kayu
Seiring jolokan nama baru diberi
Masjid Haji Yusof

# Sungguh besar nilai masjid ini,di sinilah daku kenal apa itu tarawih..
Moga imarahnya lebih meriah..

" Wahai pemuda-pemuda Islam yang di bawah payung rahmat Allah..rebutlah peluang menjadi antara golongan yang akan diberi naungan oleh Allah di hari tiada naungan kecuali naunganNya,iaitu pemuda yang hatinya terikat kepada masjid "

No comments: