Wednesday, August 29, 2007

Maqasid au Zowahir ?

Syukur semalam Dia memberi peluang untuk penulis berfikir.

kuliah Ust Hisom yang membahaskan tentang manhaj Haraki sedikit sebanyak membuka minda dan mencapahkan pemikiran.Walau bunyinya tajuk kuliah seakan berat,namun realitinya ia sekadar 'title',yang mana jika diselami apakah maksud di sebaliknya,rupanya ia adalah tidak lain daripada apa yang ada di sekeliling kita hari ini..dalam erti kata lain,begitu realistik.

Ustaz menyimpulkan bahawa manhaj haraki ini boleh dikatogeri kepada 5 fasa :

1. Fasa da'wah dan tanzhim adalah rahsia

2. Fasa da'wah terbuka, tanzhim adalah rahsia

3. Fasa menegakkan daulah

4. Fasa memilih kepimpinan daulah

5. Fasa menyebarkan da'wah

Mungkin kita memerlukan lebih banyak kupasan ilmu tentang manhaj haraki ini jika ingin memilih di fasa manakah kita berada sekarang..Pokoknya tugasan kita masih belum selesai.

Kebetulan sekarang penulis sedang menelaah kitab terjemahan 'Fiqh aulawiyyat',karangan Imam Besar Dr.Yusof al-Qardawy.Antara 'sub topic' yang dibahaskan menekankan keutamaan Maqasid berbanding Zowahir..atau dalam 'phrase' yang lebih ringan, kelebihan maksud tersirat berbanding maksud tersurat.

Kadang2 dalam hidup kita ini,kita kerap terlepas pandang perkara2 yang hidup dan tak hidup di sekeliling kita.mungkin sebab kita terlalu fokus,lantas fikiran kita terhalang dari melihat unsur2 lain yang bergerak bersama.Atau mungkin juga kerana kita begitu mengambil mudah sesuatu perkara,hasilnya kita menganggap perkara lain itu tidak penting.

Sering kita mengambil contoh kehidupan semut.Bagi setengah kelompok,mungkin menganggap semut itu tidak lebih dari seekor haiwan yang sering merosakkan gula dan makanan kita..


Inilah mungkin golongan zowahir.

Berbeda dengan kelompok yang dikurniakan Allah kelebihan 'maqasid' itu tadi,mereka pastinya melihat semut itu jauh dari hanya seekor haiwan perosak..Lihat saja pada sistem kehidupan semut.


Elemen itu sahaja sudah memakan kertas berjela2 untuk dibahaskan bagi mereka yang yang mengutamakan maqasid.Bagaimana cantiknya susunan sosial masyarakat semut,yang kelihatannya saling tolong-menolong,memberi hormat jika bertemu di tengah jalan dan bnayak lagi yang tentunya memerlukan panduan wahyu untuk memikirkannya.


Maka tidak hairanlah bila mana Allah berfirman dalam Surah Ali Imran yang bermaksud :

" Maha suci Allah,tidaklah Engkau menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia..."

Sesungguhnya mentadabbur kejadian dan bukti kekuasaan Allah itu menambahkan keyakinan dan memperteguh iman.Allah tidak menjadikan sesuatu itu tanpa ada sebabnya.Justeru,tugas kita ialah mencari apakah sebenarnya rahsia yang ingin Allah sampaikan seterusnya mengambil pengajaran akan apa yang terkandung dalam hikmahNya.

" Bertolong-tolonglah kamu dalam perkara kebaikan,dan janganlah kamu bertolong-tolongan dalam perkara dosa dan permusuhan "

Tuesday, August 21, 2007

Kadang-kadang tidak seperti diduga

Lain yang diduga..lain yang direncana.
Tanggal 12 ogos jasadku diterbangkan ke LCCT.Mujurlah Allah masih meninggalkan baki 20 lagi 'seat' yang kosong.Tidak dirancang penerbangannya,namun itulah yang dikatakan taqdir.Berbekalkan tawakkal,diri bertolak dua jam lebih awal menuju 'airport' Sultan Ismail Petra.Lantas bergegas menuju kaunter mengejar tiket yang telah ditanya kekosongannya pagi tadi.Risau juga hati.."adakah masih berbaki hingga waktu ini ? "


Alhamdulillah,barangsiapa tujuannya baik,niatnya betul,akan ditolong dan dilancarkan Allah setiap urusannya.Tiket masih ada !
Namun,agak terkejut juga.Tambangnya tidak seperti biasa.Tidak mengapalah andai wang itu juga yang menjadi saksi di akhirat.Sejurus 'check-in',hati sedikit lega,penuh kesyukuran.Sekurang2nya urusan sudah sampai separuh jalan.Tinggal lagi setengah jam untuk masuk.Mulanya ibu menunggu juga untuk meneman,namun waktu asar hampir tiba,terpaksalah ibu pulang dulu.lagipun ibu kena mempersiap juadah berbuka abah maghrib nanti.

Lalu,tinggallah diri terkedip-kedip keseorangan.Seusai masuk,masih lagi tinggal setengah jam untuk 'depart'.'Flight'nya pun masih belum muncul lagi.Bagai direncanakan,entah knape diri memilih untuk duduk di sebelah seorang makcik yang sudah agak berumur.Di sisinya ada sebuah beg besar,lagaknya macam ingin berjalan jauh sahaja.

" makcik mau ke mana,ye? "

"menunaikan umrah..ni nak pegi umah anak dulu,lepas tu baru bertolak ke sana dengannya,insyaAllah."

Panjang jua kami berdua bercerita.Rupa2nya bila dikorek,kami ada bau2 bacang sebelah abah.Rumahnya pun tidak jauh dengan Binjai.Kuasa Allah,tiada siapa yang dapat melawan.
Perbualan kami terhenti apabila staf mula memnggil penumpang bgai 'flight' makcik.Beliau bertolak 10 minit lebih awal.Sambil bersalam,sempat lagi diri mengambil peluiang barokah dari bakal tetamu Allah :

" makcik...tolong doa2kan saya juga ye bila kat sana.Terima kasih."

" InsyaAllah...ramai ni yang mengirim kat makcik." katanya sambil menghadiahkan sebuah senyuman manis lahir dari wajah yang bakal mengunjung baitullah.


Dalam hati berdoa,moga Allah mendetikkan hati makcik untuk mengingati pesanku yang kerdil ini sewaktu di sana.Sampai masa,diizin Allah moga tiba pula giliranku menjadi tetamuNya.

Teringat juga hadith Rasulullah yang menganjurkan ummatnya agar sentiasa mempraktikkan berjabat salam apabila bertemu,kerana setiap kali kita bersalam dengan saudra kita maka akan luruhlah dosa2...marilah kita berniat mengamalkan sunnah,bukan sekadar ia sebagai adat kebiasaan orang2 sezaman.InsyaAllah.

Monday, August 06, 2007

Profesionalism?

Hasbi Rabbi Jallallah...
Ma fi qalbi ghoirullah
...

Cukuplah sahaja bagiku Tuhanku yang Maha Tinggi...
Tiadalah dalam hatiku selain Allah...

" Tidaklah akan masuk syurga seseorang yang dalam hatinya ada sebesar zarah dari rasa megah,dan tidaklah masuk neraka seseorang yang dalam hatinya ada sebesar biji dari iman " { HR Muslim }

Sekarang ini,ada suatu isu yang berlegar-legar dalam cerebrum penulis.Penat juga memikirkannya.Diri tidak tahu andai ia hanya menyerang 'grey matter' penulis,tidak pada yang lain.

Kerjaya..tidak sedap.Ibadat..ya,lagi tenang.Ibadat sebagai seorang doktor seringkali dikaitkan dengan profesionalism.Rata-rata rakyat hospital menjadikan ia sebagai 'indirect impulse' setiap kali berbicara tentang doktor.Soalnya bagaimanakah yang dikatakan profesionalism itu?

Entah knape,cerebrum penulis sering sahaja mencari-cari watak atau idola yang boleh dijadikan sebagai 'role model' untuk bergelar seorang yang mengamalkan profesionalism..pusing kanan,pusing kiri,apa yang penulis ketemu bukan jawapan,tapi impulse2 yanmg makin bertimbun minta untuk di'interpret'kan.

Lantas penulis berfikir...tadabbur mengingati firman2Nya.Diri yakin Allah yang menghantar impulse itu untuk bagi peluang pada cerebrum beramal.Mencari..terus mencari sambil berfikir.Dan..

Tiadalah jawapan yang paling boleh melicinkan proses 'interpret' impulse tadi selain dari gerakan qalbu yang menyebut" sesungguhnya sebaik-baik manusia adalah Rasulullah s.a.w.".Licin,terus dan sungguh menenangkan kekusutan cerebrum.Alhamdulillah.

Namun sayang sekali,penulis rasa sungguh hiba dan pilu..dengan diri sendiri.Apa yang dilihat di sekitar lantai hospital,amat jarang sekali diri ketemu insan doktor yang tekun mengamalkan sunnah.Jarang sekali perkataan 'Allah' disebut.Mungkin mereka juga seperti penulis,masih belum punya kekuatan.Astaghfirullah.Penulis begitu mengimpikan sutu hari nanti lantai hospital itu selain dari menjadi lantai untuk berubat,ia juga menjadi salah satu dari lantai-lantai tempat untuk berzikrullah.Sejuknya hati doktor,begitu juga sejuknya hati pesakit insyaAllah bila melihat akhlak doktor yang berusaha mengamalkan akhlak Rasul.Akan tiba masanya nanti manusia itu akan melihat kebenaran.