Wednesday, August 29, 2007

Maqasid au Zowahir ?

Syukur semalam Dia memberi peluang untuk penulis berfikir.

kuliah Ust Hisom yang membahaskan tentang manhaj Haraki sedikit sebanyak membuka minda dan mencapahkan pemikiran.Walau bunyinya tajuk kuliah seakan berat,namun realitinya ia sekadar 'title',yang mana jika diselami apakah maksud di sebaliknya,rupanya ia adalah tidak lain daripada apa yang ada di sekeliling kita hari ini..dalam erti kata lain,begitu realistik.

Ustaz menyimpulkan bahawa manhaj haraki ini boleh dikatogeri kepada 5 fasa :

1. Fasa da'wah dan tanzhim adalah rahsia

2. Fasa da'wah terbuka, tanzhim adalah rahsia

3. Fasa menegakkan daulah

4. Fasa memilih kepimpinan daulah

5. Fasa menyebarkan da'wah

Mungkin kita memerlukan lebih banyak kupasan ilmu tentang manhaj haraki ini jika ingin memilih di fasa manakah kita berada sekarang..Pokoknya tugasan kita masih belum selesai.

Kebetulan sekarang penulis sedang menelaah kitab terjemahan 'Fiqh aulawiyyat',karangan Imam Besar Dr.Yusof al-Qardawy.Antara 'sub topic' yang dibahaskan menekankan keutamaan Maqasid berbanding Zowahir..atau dalam 'phrase' yang lebih ringan, kelebihan maksud tersirat berbanding maksud tersurat.

Kadang2 dalam hidup kita ini,kita kerap terlepas pandang perkara2 yang hidup dan tak hidup di sekeliling kita.mungkin sebab kita terlalu fokus,lantas fikiran kita terhalang dari melihat unsur2 lain yang bergerak bersama.Atau mungkin juga kerana kita begitu mengambil mudah sesuatu perkara,hasilnya kita menganggap perkara lain itu tidak penting.

Sering kita mengambil contoh kehidupan semut.Bagi setengah kelompok,mungkin menganggap semut itu tidak lebih dari seekor haiwan yang sering merosakkan gula dan makanan kita..


Inilah mungkin golongan zowahir.

Berbeda dengan kelompok yang dikurniakan Allah kelebihan 'maqasid' itu tadi,mereka pastinya melihat semut itu jauh dari hanya seekor haiwan perosak..Lihat saja pada sistem kehidupan semut.


Elemen itu sahaja sudah memakan kertas berjela2 untuk dibahaskan bagi mereka yang yang mengutamakan maqasid.Bagaimana cantiknya susunan sosial masyarakat semut,yang kelihatannya saling tolong-menolong,memberi hormat jika bertemu di tengah jalan dan bnayak lagi yang tentunya memerlukan panduan wahyu untuk memikirkannya.


Maka tidak hairanlah bila mana Allah berfirman dalam Surah Ali Imran yang bermaksud :

" Maha suci Allah,tidaklah Engkau menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia..."

Sesungguhnya mentadabbur kejadian dan bukti kekuasaan Allah itu menambahkan keyakinan dan memperteguh iman.Allah tidak menjadikan sesuatu itu tanpa ada sebabnya.Justeru,tugas kita ialah mencari apakah sebenarnya rahsia yang ingin Allah sampaikan seterusnya mengambil pengajaran akan apa yang terkandung dalam hikmahNya.

" Bertolong-tolonglah kamu dalam perkara kebaikan,dan janganlah kamu bertolong-tolongan dalam perkara dosa dan permusuhan "

No comments: