Memetik pernyataan Menteri Kesihatan, Datuk seri Dr Chua Soi Lek pada s september lepas :
" Doctors and specialists on call who are unwilling to respond during emergencies should resign "
Subhanallah, bila difikirkan jikalaulah sesiapa sahaja di dunia ini,tidak kiralah ia berlaku di HTAR atau di mana ceruk sekalipun di bumi Allah,ada pengamal kesihatan yang dengan sengaja tanpa bersebab lalai dan malas dalam memberi perkhidmatan kepada pesakit,bukan sahaja di dunia ia mungkin perlu 'resign',bahkan di akhirat sudah tentu ia akan dikenakan hukuman setimpal..
Namun,kadang2 hidup kita ini ada berlaku peristiwa di luar jangkauan yang seperti mana dihurai dalam 'post' penulis sebelum ini.Bagi yang tidak meletakkan 'ruhul iman' sebagai 'guidance' dalam menilai sesuatu,mkaa akan melenconglah pemikirannya yang seterusnya mengundang pada tersasarnya jalan keputusan tindakan yang diambilnya.
Hidup sebagai orang yang diberi 'sijil' nyawa,yang menjadi bukti penyerahan sepenuh kepercayaan manusia untuk dilakukan apa shaja terhadap dirinya,bisa mungkin mengundang rasa beban yang sungguh berat bagi pengamal kesihatan..namun bagi mereka yang hidup dengan nur,suatu cahaya yang tidak boleh disamaertikan dengan mana2 cahaya yang 'visible' di alam ini,lahir dalam dirinya suatu perasaan,suatu nilai yang boleh menyeimbangkan gelora rasa beban yang mendatang.
Nur..indah namanya.Bahkan begitu di'iktiraf sehinggakan ada suatu surah menggunakan namanya.Sekali dapat,bagaikan 'addicted'.Fitrah manusia begitu,kerana manusia itu sukakan keselamatan,dan cahaya itu tentunya mesti sebagai penunjuk menuju keselamatan.Kacuaian dan kesilapan adalah tidak mustahil bagi mana2 anak Adam yang tidak ma'thum.Lantaran itu Allah menyebut,antara ciri2 orang beriman adalah apabila mereka sedar telah melakukan kesilapan lantaran kejahilan,maka mereka cepat2 memohon keampunan.
Ujian.Saidina Umar pernah menyebut,dunia adalah ibarat penjara bagi orang mu'min.Banyak kupasan ulama' tentnag ma'na di sebalik penjara ini.Namun yang pastinya,dunia ini bukanlah suatu yang menjadi rebutan di kalangan orang beriman,dan tentunya Allah telah berjanji bahawa Dia pasti akan menguji hamba2Nya.Kiranya pangkat iman seseorang itu semakin meninggi,maka semakin kuatlah tahap silibus 'exam' nya.Justeru,kiranya mereka bersabar,tentunya pangkat mereka akan dinaikkan semakin tinggi,dan semakin tinggi pula 'level' soalan2 yang akan diuji..sehinggalah mereka akhirnya membawa pangkat masing2 bertemu Allah.Bagi yang beriman,tentunya peristiwa ini mereka anggap tidak lebih dari ujian dari Allah,setelah menyesali dengan sungguh dosa kecuaian mereka.Dan tentunya kejadian sebegini mengundang ibrah yang penuh dengan hikmah..
" Ya,Allah,kepada-Mu aku serahkan diriku.Kepada- Mu aku beriman.KepadaMu aku serahkan urusanku.KepadMu aku kembalikan segala masalahku.Kepada undang-undangMu aku merujuk.KepadaMu aku meminta keputusan "
No comments:
Post a Comment