Petikan dari Kemudi hati, Majalah Anis Ogos 2005
Oleh : Ust Pahrol Muhamad Juoi
Kenapa isteri derhaka ?
Kenapa anak2 jahat ?
Kenapa runtuhnya umahtangga ?
Kembali ke pangkal jalan....
" Perkara ni sangat berat,lebih merosak.Bahkan tak boleh disamak dgn air tanah sekalipun,"
ujar saya menambah 'suspen' nya.
" Hai,serius betul.Betul ke ni ? "
" Betul .Ia berkiat juga dgn makanan ,minuman bahkan pakaian,rumah dan macam2 lagi.Ini lebih menyeluruh."
" Apa ya ?" dia bertanya.
" Saya berikan kunci katanya..halal dan haram bukan pada makanan sahaja," saya terus menguji.
" Rasuah ? riba ? "
" Betul.Itu sebahagiannya.tapi ada yang lebih halus.Bukan lebih haramnya..tetapi lebih sukar dikesan.Lantas apa pun keadannya ia tidak merasakan perbuatan itu satu dosa.Dia tidak akan bertaubat atas perbuatannya itu kerana beranggapan perbuatan itu tidak berdosa "
" Cepatlah..apa dia ? "
" Curi masa ! " Jawab saya pendek.
Dia tergamam.
" Bayangkan,kalaulah kita bekerja dengan majikan kita -tak kiralah swasta atau kerajaan atau syarikat sendiri tetapi bukan kita seorang yang memilikinya.Kita dibayar gaji untuk tempoh bekerja beberapa jam sehari.katalah 8 jam.tetapi tak semua 8 jam itu kita gunakan bekerja..kita buat kerja sampingan,tidur,'mengular','mengulat' dan macam2 lagi."
" Tetapi sekarang kita kan ada 'punch card'.Mana boleh tak cukup masa."
" Punch card hanya mampu mencatat waktu kita masuk bekerja,tetapi bolehkah ia mencatatkan waktu kita mula bekerja ?" soal saya.
Dia menggelengkan kepala.
" Katalah kita masuk tepat jam 8 pagi.Tetapi kita hanya mula bekerja jam 8.15 pagi.Itu tak masuk lagi lepak2 tempat minum,perbualan telefon yang berlarutan,kerja sampingan dan macam2 lagi cara orang curi masa."
" salah tu memang salah.Tapi biasalah..."
" sebab tulah saya katakan tadi.ini lebih halus dan lebih berat.Sebab kita kata biasalah.sebenarnya biasa bagi kita,tetapai apakah itu biasa pada pandangan dan nilaian Allah ? "
Dia menung seketika.
" Umar Ibn Aziz padamkan lampu yang menggunakan minyak kerajaan apabila anaknya hendak bercakap soal keluarga.Umar Al-Khattab tak berani buat 'advance' gajinya dari baitulmal...hakikatnya kita tak layak dibayar untuk tempoh masa yang kita curi,sudah bertukar menjadi duit curi..Kalau bertaubat,tak cukup dengan Allah.kena minta halal dan maaf apada semua yang punya hak terhadap duit yang kita curi.." panjang penerangan saya.
Kali ini dia benar2 terdiam.
" Akhirnya kita jadi mangsa rezeki haram.Hati kotor.Cakap tak serupa bikin..Isteri dan anak2 pun payah nak dengar nasihat lagi..sebab mereka pun diberi makan dengan gaji yang haram."
Begitulah sepintas lalu,cerita perbualan yang telah penulis suntingkan di beberapa bahagian.Tidak kiralah apa jua 'title' kerjaya yang diceburi,wahai saudar2ku...berusahalah untuk amanah pada masa dan amanah pada wang.Perkaranya nampak kecil,namun besar bagi orang2 yang mengharapkan pertemuan denganNya.Kita yang InsyaAllah bakal berkhidmat sebagai seorang doktor,berikhtiarlah agar waktu kita masuk bekerja dan pulang bekerja itu adalah mengikut tempoh kita dibayar imbuhan.Perlu perhatian lebih lagi andai waktu itu kita 'oncall',maka pastikan kita tidak terpesong pada yang selainnya,dan tidak juga pulang ke rumah awal dari yang ditetapkan.Di sini mungkin tiada 'pak guard' yang akan 'menghambat' kita untuk balik semula ke tempat kerja,namun di sana sudah terang lagi bersuluh,pengawal yang sungguh bengis sudah sedia menanti..moga kita semua terlindung darinya.
It's good to do practice from now.We supposed to finish oncall at 12 a.m.So,hopefully sohabiah,we altogether may remain in the ward until the clock rings the bell..Khouf is our policy.
No comments:
Post a Comment