Saturday, October 27, 2007

Angkasawan...


" To all Malaysians,
I am ecstatic to be back on Earth after my 12-day trip to the ISS and everything has gone smoothly. It was the best 12 days of my life and seeing the earth from the ISS for the first time makes my heart stops beating. It was just magical and spectacular. The feeling of being in microgravity and being able to float and fly in space just makes it more memorable. It took me some time to adapt. Doing things in space takes 4 times longer compared to earth. I did my ibadah as a Muslim in space and praying on the ISS wasn't a problem. Fasting in space was totally peaceful and calm and I feel like I have found my inner soul during my 12 day stay onboard the ISS. "
Begitulah antara petikan kata2 angkasawan pertama Malaysia Dr.sheikh Muszafar ketika dia, antara berbilion juta manusia di muka bumi ini,dipilih oleh Allah untuk mengalami satu peristiwa yang cukup ganjil,buat waktu ini..mungkin di masa2 hadapan perkara ini sudah dianggap satu kebiasaan,siapa menduga, Allah maha kuasa.
Pelbagai komen dan pandangan dari penduduk di muka bumi ini,bermula dari makcik2 di kampung sehinggalah setinggi2 barisan pemimpin negara berkenaan peristiwa yang yang telah Allah taqdirkan untuk berlaku pada waktu ini.Ada yang positif,tidak kurang juga yang negatif.
Hakikatnya telah Allah lumrahkan bahwa manusia itu sifatnya suka berbantah2,melainkan beliau telah dibekalkn dengan persediaan ilmu dan iman yang mantap.Maka apabila iman mengatasi,segala yang keluar dari bibirnya tentunya bukan dari nafsu.Sesungguhnya bait2 perkataan melambangkan pandangan hati.Pastinya untuk menghasilkan perkataan yang baik,perlu lahir dari jiwa yang bersih.
Justeru,konsepnya cukup luas dalam Islam.Ilmu sangat penting dalam kita memberikan sesutu pandangan.Kerana itu,apabila semakin tinggi ilmu seseorang itu,semakin berkualiti idea dan fikirannya,semakin mencapah pula kotak imiginasinya.Semakin boleh diterima masyarakat..
Kiranya dalam konteks fiqhul Aulawiyyat,bila dicerna akan kebaikan dan keburukan projek penghantaran angkasawan kita ke sana,dan ahli fiqh telah mendapat satu jawapan dan kata sepakat,maka tentunya masyarakat lebih banyak boleh menerima dalam bentuk begini.Tentunya bantah membantah akan berkurangan..
Sebenarnya dalam konteks ilmu,tentunya kita patut berbangga kerana angkasawan kita ini lain berbanding yang lain.Pertama,dia adalah seorang Islam.Kedua dia adalah seorang Islam yang ber'amal dibuktikan dengan amalan solat di angkasa dan juga puasa.Bak kata Tok Guru,angkasawan sebelum ni tak solat,tapi yang ni solat..tentunya sangat berbeza.
Dengan peristiwa ini,sedikit sebanyak ruang pemikiran rakyat Malaysia sedikit mencapah.Kalu dulu,jarang berfikir berkenaan angkasa,kini sehinggakan budak kecil sibuk menyebut2 tentang kapal roket,bulan,planet dsb.Di sini ada kelebihannya di suatu sudut.Satu paradigma yang boleh mencetus kemajuan dalam dunia Islam.
Pastinya buat diri Dr syeikh sendiri,keimananya pada Yang Maha Pencipta bertambah apabila menyaksikan dengan mata sendiri keajaiban ciptaan alam semesta di atas.Hanya yang mengalami bisa merasai..Allah lebih tahu hati manusia. Kita juga alhamdulillah,telah dapat membukukan kaedah fiqh ibadah di angkasa lepas.Sekurang2nya kita yakin bahawa ibadah wajib tidak mengenal tempat dan keadaan,dan secara tidak langsung perkara ibadah ini menjadi buah mulut bagi kelompok2 tertentu yang mungkin sebelum ni jarang dunia kehidupannya mementingkan fardhu ain solat ini.Dan kita tahu,bahawa Islam itu tidak menyusahkan,bahkan ingin memudahkan.
Namun,mungkin pincangnya pada proses pengurusan.Alangkah indahnya andai kita dapat menghantar angkasawan kita,dalam masa yang sama,angkasa kita di bumi ini semuanya telah cukup terjaga di segi kebajikan dan perhatian.Semestinya kita tidak mahu kita cemerlang dan gah di suatu sudut,namun di sudut yang lain kita adalah yang paling corot !
" Masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya..."
Wallhu a'lam.

1 comment:

M Nazrul H Nazirmuddin said...

projek yang tidak efektif daripada perspektif ekonomi.sedangkan 96juta itu sewajaranya digunakan untuk memenuhi keperluan umum marhaen.bukankah lebih baik jika menghantar beratus orang angkasawan untuk 20 tahun akan datang daripada sekadar sheikh ini sahaja untuk selamanya?