" Ya Allah,berikanlah kepadaku hikmah dan masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang soleh " { As- Syuara' : 83 }
Tuesday, May 20, 2008
Dari Beirut ke Jerusalem
Allahu akbar..akhirnya Dia taqdirkan hari ini untuk Ummu kembali meneruskan tugas merungkap sesuatu sebagai taklifan yang semakin lama semakin memberat di bahu untuk dipikul.Saban hari, ilmu yang Allah kurniakan akan bercambah.Kalau tidak diberitahu,seolah-olah dapat dirasakan ia bagai tersumbat dalam tubuh badan, mengembung dan membuncit menunggu masa untuk pecah.Jikalau tidak dicari jalan untuk memburaikannya, tidak mustahil ia akan 'explode' juga suatu ketika nanti.Lantas memetik jari pada waktu ini adalah satu anugerah besar dari Allah,diri terasa sedikit ringan dari beban.Alhamdulillah...lega.
FROM BEIRUT TO JERUSALEM
Waktu pertama kali melihat, gambar muka depannya yang kelam dan bercetakkan hitam, Ummu macam tidak ada tarikan untuk membelinya.Tajuknya juga semacam benda yang berat untuk dihadam.Ceteknya pemikiran Ummu waktu itu, apa sahaja yang bersifat antarabangsa fikiran terus melihat ia dari sudut perspektif yang memerlukan daya otak untuk berfikir lebih luas.Tambah lagi ia perihal peperangan,gambarnya juga menunjukkan seorang lelaki sedang mengusung sekujur badan manusia, entah masih hidup @ tidak, belumlah lagi Ummu selidiki.Lantaran kejahilan..begitulah tafsiran manusia.
Setiap kali terjumpa buku itu, hati kecil Ummu berbisik..' biarlah dulu, sampai masanya akan dibeli juga'.Begitulah nadanya sampai berkali2 sebab Ummu pun berjumpa buku yang tebal itu pun berkali2..
Akhirnya terbaca petikan dari blog Ust Nik Abduh tentang sedikit sinopsis buku terbabit.Dari cerita ustaz, sedikit demi sedikit pintu hati Ummu semacam terbuka untuk membaca buku itu.Memang bertepatan sekali..tak kenal maka tak cinta.Datangnya Jumaat seterusnya usai mendengar ceramah Tok Guru di Laman Ilmu Allah mengizinkan untuk memilikinya dengan harga RM28.
Helain pertama..makin luas pintu hati terbuka.Bab ke-2...3...6...kini pintunya terasa terbuka dengan luas sekali.Subhanallah sungguh Ummu sangat bersyukur Allah memberi peluang Ummu untuk mengetahui, menghayati menjiwai qisah sebenar apa yang berlaku di Sabra dan Shatila.Ummu dapat rasakan seperti turut sama berada di sana menyaksikan kesemua penderitaan, kekejaman dan paling tinggi nilainya ialah kekuatan hati saudara2 kita di Kem Sabra dan Shatila.
Buku tersebut ditulis secara penceritaan, kerana itu ia hidup,sehidup hati sesiapa sahaja yang membacanya dengan mata hati.Dr Ang Swee Chai adalah penceritanya, beliau adalah seorang Felo pakar orthopedik di Hospital Diraja di Britain.Beliau menulis sebagai seorang manusia yang punya fitrah benci kepada ketidakadilan dan kekejaman.Penglibatan beliau secara terus denagn penduduk Palestin, menyebabkan nilai qisahnya begitu menusuk qalbu.Tambah lagi..beliau seorang doktor, seorang perempuan..sedikit sebanyak punya persamaan dalm liku kehidupan Ummu.Sungguh jarang sekali untuk doktor orthopedik seorang perempuan.Di USMKK hanya seorang sahaja doktor orthopedik perempuan.
Qisah hidupnya sepanjang menolong mangsa2 peluru mortar Israel laknatullah di Hospital Gaza yang bangunanya tinggal separuh dengan lubang besar di sana sini akibat bedilan bom, sungguh memberi contoh bagi mereka yang bernama doktor.Berada di bilik pembedahan berhari2 tanpa henti adalah sesuatu yg luar biasa..begitulah manusia, bila Allah memberi kekuatan, tiada apa di bumi yg boleh menghalang.
Naluri hatinya yg bersifat manusiawi wajar diambil iktibar oleh mereka yg mengaku diri mereka adalah manusia..apatah beliau adalah bukan beragama Islam begitu bersungguh menolong saudara kita, maka di mana Ummu ketika ini? Bila dihembus semangat wajanya sebagai seorang yg dapat merasai pelarian palestin itu sentiasa berada dalam jiwanya, terasa bagai ingin terbang bersamanya menaiki pesawat menuju Lapangan terbang Beirut bersama2 alat kelengkapan bantuan perubatan, untuk turut sama merasai dan menolong seramai mungkin mangsa yang tertindas di sana.
Kini...jiwaku makin dapat mengenali siapa itu saudaraku Palestin.Cintaku makin memekar.Ku pohon agar Allah menemukanku dengan mereka suatu ketika nanti.
V untuk Palestin !
Thursday, May 08, 2008
Kini...Ummu seorang doktor.Subhanallah..
Tengahari tadi...dalam pukul 1230, bertempat di Dewan Kuliah 2, Dekan Pusat Pengajian Sains Perubatan Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan, Prof Aziz Baba mengumumkan nama-nama pelajar yang berjaya lulus membawa title doktor..Alhamdulillah antara nama yang tersenarai termasuk:
Dr. Noor Hidayah Abdullah@Abd Wahab.
Puji-pujian untuk Allah Tuhan serata alam.Sesungguhnya Dialah yang menetapkan akan berlakunya setiap kejadian.
Kawan Ummu, dalam satu group posting, Tee Sow Kuan telah dinobatkan sebagai pelajar distinction, A cemerlang.Dialah yang dipilih mengetuai bacaan ikrar oleh seluruh pelajar tahun akhir perubatan sessi 07/08.
Teks bacaan ikrar para graduan perubatan
Alhamdulillah...selepas berhari-hari kami disuap dengan berita-berita dan desas-desus yang tidak pasti, akhirnya detik itu telah melakar satu sejarah bagi Pusat Pengajian sendiri.Setelah lebih sepuluh tahun, hari ini Allah telah anugerahkan ni'mat dan kejayaan untuk PPSP apabila kesemua calon peperiksaan professional 3 07/08 telah diluluskan dalam meeting board sebentar tadi.
Subhanallah....Alhamdulillah...Allahu akbar.Pengerusi fasa 3, Dr Ariffin tidak dapat menahan sebak dengan kejayaan besar ini sehingga beliau terpaksa menghulurkan mike terlebih dahulu kepada pensyarah lain.Namun, setelah reda beliau kembali menyampaikan azimat & pesanan untuk kami agar sentiasa membawa nama baik USM walau di mana sahaja kami ditempatkan.Terima kasih Dr....
Untuk semua sahabat-sahabatku...mabruk.Kini amanah besar tertunggak atas bahu kita.Pohonlah dari Allah kekuatan untuk menunaikannya dengan iman yang benar.
SELAMAT BERJUANG.
Wednesday, May 07, 2008
Hari ini dalam sejarah
Tuesday, May 06, 2008
Sampai masanya..kebenaran akan muncul
Amy terharu dikunjungi Mursyidul Am
Intan Abdullah Foto Nasir Sudin Mon May 05, 08 3:55:21 pm MYT
KUALA LUMPUR, 5 Mei (Hrkh) - Kerajaan Pakatan Rakyat sedang berusaha untuk memperhalusi strategi bersama dalam rangka memperkembangkan kuasa politik ke peringkat nasional.
Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata setakat ini beliau sedang menguruskan untuk mengadakan pertemuan antara kelima-lima negeri Pakatan Rakyat bagi membincangkan mengenai agenda tersebut.
"Selepas pertemuan yang diadakan bersama penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim, sekarang ini saya sedang berbincang untuk menangani hal pertemuan dengan ketua-ketua di lima negeri yang diterajui Pakatan Rakyat," ujarnya ketika ditemui di Restoran Cheng Ho, dekat sini, semalam.
Beliau yang juga Mursyidul Am PAS menjelaskan bahawa pertemuan tersebut dijangka akan dibuat dalam tempoh terdekat memandangkan beliau akan mengerjakan ibadah umrah hujung bulan ini.
"Saya juga sedang dalam proses untuk membuat kertas kerja mengenai isi kandungan perbincangan tersebut," katanya lagi.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz ditemui ketika menjamu selera di Restoran Cheng Ho milik penyanyi terkemuka, Amy Search yang terletak di Wangsa Maju.
Amy atau nama sebenarnya, Suhaimi Abdul Rahman,50 melahirkan rasa terharu dengan kehadiran Menteri Besar tersebut yang disifatkan sebagai seorang tokoh yang begitu disegani oleh semua pihak.
"Saya sangat terharu kerana beliau sudi hadir menjamu selera di Restoran saya ini kerana sememangnya saya meminati personaliti beliau yang sangat karismatik dan low-profile," katanya.
Ditanya mengenai label yang mungkin akan diletakkan kepada beliau apabila menyanjungi seorang tokoh politik, Amy menegaskan bahawa itu adalah hak individu kerana beliau berhak untuk meminati sesiapa.
"Saya meminati tok guru dengan imej dan personaliti beliau sebagai seorang tokoh agama serta pemimpin yang hebat, kenapa harus takut dengan label-label yang berbau politik.
"Masyarakat yang ada pada hari ini telah dapat menilai sesuatu dengan lebih baik dan kita tidak perlu bimbang kepada elemen label-melabel kerana ianya tidak sepatutnya berlaku," katanya lagi.
Ustaz Nik Aziz menghabiskan masa lebih kurang dua jam menikmati hidangan masakan Cina Muslim di restoran tersebut sebaik selesai merasmikan pembukaan kedai buku Sarjana Media yang terletak di Pasaraya Carrefour Wangsa Maju.
Pada majlis yang sama, beliau telah menandatangani plak perasmian, serta menandatangani buku-buku terbaru karangan beliau yang turut dijual di kedai tersebut.
Pemilik kedai buku tersebut, Tajudin Senafi berkata beliau telah lama berhasrat menjemput Tuan Guru Nik Abdul Aziz merasmikan pembukaan cawangan baru kedai buku miliknya.
"Kemunculan cawangan ini merupakan yang ketiga di tengah-tengah ibukota Kuala Lumpur, dengan tujuan kami untuk menyampaikan mesej dakwah kepada masyarakat di sini," katanya.
Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Ketua Pemuda PAS, Salahudin Ayub, penulis Hj Subky Latif serta ayahanda kepada bekas permaisuri Puan Seri Aishah, Dato' Seri Abdul Rahman.
Menurut Tajudin, Puan Seri Aishah sememangnya meminati buku-buku karangan Ustaz Nik Aziz sehingga tidak melepaskan peluang mendapatkannya setiap kali terdapat karya terbaru.
Orang ramai berpusu-pusu memenuhi kedai buku tersebut sejam lebih awal yang kemudian semakin sesak semasa sesi tandatangan buku dijalankan di kedai tersebut.
Masing-masing tidak melepaskan peluang merakamkan kenangan bersama Ustaz Nik Abdul Aziz sambil mendapatkan tandatangan beliau.
Majlis turut diserikan dengan persembahan bacaan salawat oleh anak-anak yatim daripada Rumah Anak-anak Yatim Baitul Ummah yang berusia tujuh hingga 14 tahun.
Majlis diakhiri dengan bacaan doa oleh Ustaz Nik Abdul Aziz serta penyampaian cenderamata kenangan daripada pihak penganjur.
Sunday, May 04, 2008
Warkah untuk pejuang
Baru sahaja selesai bertemu muka dengan bakal pelapis perjuangan Islam untuk bumi kampus yang telah meninggalkan 1001 kenangan pahit dan manis.Lega hati kerana rantai-rantai perjuangan akan disambung lagi.Moga rantai yang baru tertunas ini ikatannya lebih teguh, lebih kuat lebih gagah dari yang sebelumnya.
Ada yang konfius.Ada yang menangis.Ada yang bersyukur.Pendek kata Allah meletakkan perasaan dalam jiwa setiap manusia itu berbeza-beza.Itulah lumrah kehidupan wahai saudaraku yang dikasihi..tempat, suasana, gambaran, di hadapan di belakang di tepian kita mungkin tidak sama.Likunya berlainan.Durinya juga dari spesis yang berbeza.Diletakkannya di sepanjang susur galur kehidupan kita adalah mengikut kemampuan masing-masing.Allah itu sungguh teramat penyayang.Lihatlah tidak akan Dia letakkan duri yang kita tidak mampu menghadapinya.Wahai saudaraku...tunduklah.
Bagai air sejuk mengalir dalam diri , terharu melihat wajah-wajah bersih ikhlas yang terjemah dari raut adik-adik yang menjadi pilihan Allah untuk memegang panji gahnya Islam di kampus ini khususnya.Dalam hati berdoa moga bertambah-tambah lagilah raut wajah-wajah itu di atas muka bumi ini.Mereka ikhlas(Allah jua yamg mengetahui)..moga bercambah lagi kecintaan pada Islam.Untuk adik-adikku yang tercinta..jalan kita payah,penuh onak dan cabaran.Kita akan diuji dengan keletihan, tekanan, bebanan, kelaparan, keperitan, kepedihan..usah melihat itu semua melalui jendela yang meruntuhkan,usah memandang bahawa ia akan memusnahkanmu.Sebaliknya mereka itulah semuanya nantinya teman-teman kamu untuk bertemu pada sebuah kasih cinta yang Agung, yang apabila kamu sudah memilikinya maka tidak ada lagi barang atau makhluk di dunia ini yang boleh merampas jiwamu untuk melupakanNya.Seharian kamu berinduan untuk bercakap-cakap denganNya..setiap jam yang berdetik adalah tasbihmu, tahmidmu juga istighfarmu..itulah halawahiman..manisnya iman.Tidak dapat diterjemah dengan pena maupun bicara langsung, kerana ia adalah barang yang jauh berada tersimpan di suatu sudut pada hati.
Adik-adikku yang kukasihi sekaliannya,
Jika Allah mentaqdirkan langkah kaki ini seterusnya berada di bumi lain selepas ini,harapanku hanya satu.Tetap teguhlah pada solat 5 waktu.Pelihara ia sungguh-sungguh.Beradalah awal di tikar sejadah sebelum azan dikemundangkan.Berikanlah roh pada masjid USMKK, juga surau di nurani.Jaga Dia, Dia akan menjagamu.Berjuang..bawalah Islam dalam jiwamu walau ke mana kamu dicampakkan.Ke utara..selatan timur barat,pancarkan nur Islam seratanya sehingga kita mampu tersenyum dan mampu membuat Rasulullah juga turut tersenyum.
Haq...ingatlah yang haq.Turuti ia.Walau sukar lorongnya.Jangan putus asa.Jika pernah kamu kecundang dengan iman sendiri jangan rasa lemah.Bina kekuatan kembali, yakin pada kuasaNya.Kita adalah seorang faqir..jangan lupa bermohon.
Ummu tidak tahu apa yang Allah tuliskan taqdir ummu selepas ini.Jika dianugerahkan lulus, doakanlah moga ummu menggunakan ni'mat itu seiring dengan jalan yang Dia kehendaki.Jika sebaliknya, doakanlah juga agar ummu tetap teguh bersangka baik.Allah penjaga ummu juga adik-adik.
Sehari selepas exam final.Esok insyaAllah keluar viva list..doakan.