Alhamdulillah..puji-pujian untuk Allah, Pentadbir Penyusun Pemelihara segala tumbuh-tumbuhan,haiwan,spesis di lautan, bintang di cakerawala hingga yaumal Qiamah.
Baru sahaja selesai bertemu muka dengan bakal pelapis perjuangan Islam untuk bumi kampus yang telah meninggalkan 1001 kenangan pahit dan manis.Lega hati kerana rantai-rantai perjuangan akan disambung lagi.Moga rantai yang baru tertunas ini ikatannya lebih teguh, lebih kuat lebih gagah dari yang sebelumnya.
Ada yang konfius.Ada yang menangis.Ada yang bersyukur.Pendek kata Allah meletakkan perasaan dalam jiwa setiap manusia itu berbeza-beza.Itulah lumrah kehidupan wahai saudaraku yang dikasihi..tempat, suasana, gambaran, di hadapan di belakang di tepian kita mungkin tidak sama.Likunya berlainan.Durinya juga dari spesis yang berbeza.Diletakkannya di sepanjang susur galur kehidupan kita adalah mengikut kemampuan masing-masing.Allah itu sungguh teramat penyayang.Lihatlah tidak akan Dia letakkan duri yang kita tidak mampu menghadapinya.Wahai saudaraku...tunduklah.
Bagai air sejuk mengalir dalam diri , terharu melihat wajah-wajah bersih ikhlas yang terjemah dari raut adik-adik yang menjadi pilihan Allah untuk memegang panji gahnya Islam di kampus ini khususnya.Dalam hati berdoa moga bertambah-tambah lagilah raut wajah-wajah itu di atas muka bumi ini.Mereka ikhlas(Allah jua yamg mengetahui)..moga bercambah lagi kecintaan pada Islam.Untuk adik-adikku yang tercinta..jalan kita payah,penuh onak dan cabaran.Kita akan diuji dengan keletihan, tekanan, bebanan, kelaparan, keperitan, kepedihan..usah melihat itu semua melalui jendela yang meruntuhkan,usah memandang bahawa ia akan memusnahkanmu.Sebaliknya mereka itulah semuanya nantinya teman-teman kamu untuk bertemu pada sebuah kasih cinta yang Agung, yang apabila kamu sudah memilikinya maka tidak ada lagi barang atau makhluk di dunia ini yang boleh merampas jiwamu untuk melupakanNya.Seharian kamu berinduan untuk bercakap-cakap denganNya..setiap jam yang berdetik adalah tasbihmu, tahmidmu juga istighfarmu..itulah halawahiman..manisnya iman.Tidak dapat diterjemah dengan pena maupun bicara langsung, kerana ia adalah barang yang jauh berada tersimpan di suatu sudut pada hati.
Adik-adikku yang kukasihi sekaliannya,
Jika Allah mentaqdirkan langkah kaki ini seterusnya berada di bumi lain selepas ini,harapanku hanya satu.Tetap teguhlah pada solat 5 waktu.Pelihara ia sungguh-sungguh.Beradalah awal di tikar sejadah sebelum azan dikemundangkan.Berikanlah roh pada masjid USMKK, juga surau di nurani.Jaga Dia, Dia akan menjagamu.Berjuang..bawalah Islam dalam jiwamu walau ke mana kamu dicampakkan.Ke utara..selatan timur barat,pancarkan nur Islam seratanya sehingga kita mampu tersenyum dan mampu membuat Rasulullah juga turut tersenyum.
Haq...ingatlah yang haq.Turuti ia.Walau sukar lorongnya.Jangan putus asa.Jika pernah kamu kecundang dengan iman sendiri jangan rasa lemah.Bina kekuatan kembali, yakin pada kuasaNya.Kita adalah seorang faqir..jangan lupa bermohon.
Ummu tidak tahu apa yang Allah tuliskan taqdir ummu selepas ini.Jika dianugerahkan lulus, doakanlah moga ummu menggunakan ni'mat itu seiring dengan jalan yang Dia kehendaki.Jika sebaliknya, doakanlah juga agar ummu tetap teguh bersangka baik.Allah penjaga ummu juga adik-adik.
Sehari selepas exam final.Esok insyaAllah keluar viva list..doakan.
No comments:
Post a Comment