Alhamdulillah...dikembalikan segala pujian untuk Allah yang masih memberi peluang hambaNya di muka bumi ini dengan nafas yang berbaki,memuhasabah diri mencari yang patah untuk diganti dengan penyambung yang baru...tajdid iman.
Allahu akbar..akhirnya Dia taqdirkan hari ini untuk Ummu kembali meneruskan tugas merungkap sesuatu sebagai taklifan yang semakin lama semakin memberat di bahu untuk dipikul.Saban hari, ilmu yang Allah kurniakan akan bercambah.Kalau tidak diberitahu,seolah-olah dapat dirasakan ia bagai tersumbat dalam tubuh badan, mengembung dan membuncit menunggu masa untuk pecah.Jikalau tidak dicari jalan untuk memburaikannya, tidak mustahil ia akan 'explode' juga suatu ketika nanti.Lantas memetik jari pada waktu ini adalah satu anugerah besar dari Allah,diri terasa sedikit ringan dari beban.Alhamdulillah...lega.
FROM BEIRUT TO JERUSALEM
Waktu pertama kali melihat, gambar muka depannya yang kelam dan bercetakkan hitam, Ummu macam tidak ada tarikan untuk membelinya.Tajuknya juga semacam benda yang berat untuk dihadam.Ceteknya pemikiran Ummu waktu itu, apa sahaja yang bersifat antarabangsa fikiran terus melihat ia dari sudut perspektif yang memerlukan daya otak untuk berfikir lebih luas.Tambah lagi ia perihal peperangan,gambarnya juga menunjukkan seorang lelaki sedang mengusung sekujur badan manusia, entah masih hidup @ tidak, belumlah lagi Ummu selidiki.Lantaran kejahilan..begitulah tafsiran manusia.
Setiap kali terjumpa buku itu, hati kecil Ummu berbisik..' biarlah dulu, sampai masanya akan dibeli juga'.Begitulah nadanya sampai berkali2 sebab Ummu pun berjumpa buku yang tebal itu pun berkali2..
Akhirnya terbaca petikan dari blog Ust Nik Abduh tentang sedikit sinopsis buku terbabit.Dari cerita ustaz, sedikit demi sedikit pintu hati Ummu semacam terbuka untuk membaca buku itu.Memang bertepatan sekali..tak kenal maka tak cinta.Datangnya Jumaat seterusnya usai mendengar ceramah Tok Guru di Laman Ilmu Allah mengizinkan untuk memilikinya dengan harga RM28.
Helain pertama..makin luas pintu hati terbuka.Bab ke-2...3...6...kini pintunya terasa terbuka dengan luas sekali.Subhanallah sungguh Ummu sangat bersyukur Allah memberi peluang Ummu untuk mengetahui, menghayati menjiwai qisah sebenar apa yang berlaku di Sabra dan Shatila.Ummu dapat rasakan seperti turut sama berada di sana menyaksikan kesemua penderitaan, kekejaman dan paling tinggi nilainya ialah kekuatan hati saudara2 kita di Kem Sabra dan Shatila.
Buku tersebut ditulis secara penceritaan, kerana itu ia hidup,sehidup hati sesiapa sahaja yang membacanya dengan mata hati.Dr Ang Swee Chai adalah penceritanya, beliau adalah seorang Felo pakar orthopedik di Hospital Diraja di Britain.Beliau menulis sebagai seorang manusia yang punya fitrah benci kepada ketidakadilan dan kekejaman.Penglibatan beliau secara terus denagn penduduk Palestin, menyebabkan nilai qisahnya begitu menusuk qalbu.Tambah lagi..beliau seorang doktor, seorang perempuan..sedikit sebanyak punya persamaan dalm liku kehidupan Ummu.Sungguh jarang sekali untuk doktor orthopedik seorang perempuan.Di USMKK hanya seorang sahaja doktor orthopedik perempuan.
Qisah hidupnya sepanjang menolong mangsa2 peluru mortar Israel laknatullah di Hospital Gaza yang bangunanya tinggal separuh dengan lubang besar di sana sini akibat bedilan bom, sungguh memberi contoh bagi mereka yang bernama doktor.Berada di bilik pembedahan berhari2 tanpa henti adalah sesuatu yg luar biasa..begitulah manusia, bila Allah memberi kekuatan, tiada apa di bumi yg boleh menghalang.
Naluri hatinya yg bersifat manusiawi wajar diambil iktibar oleh mereka yg mengaku diri mereka adalah manusia..apatah beliau adalah bukan beragama Islam begitu bersungguh menolong saudara kita, maka di mana Ummu ketika ini? Bila dihembus semangat wajanya sebagai seorang yg dapat merasai pelarian palestin itu sentiasa berada dalam jiwanya, terasa bagai ingin terbang bersamanya menaiki pesawat menuju Lapangan terbang Beirut bersama2 alat kelengkapan bantuan perubatan, untuk turut sama merasai dan menolong seramai mungkin mangsa yang tertindas di sana.
Kini...jiwaku makin dapat mengenali siapa itu saudaraku Palestin.Cintaku makin memekar.Ku pohon agar Allah menemukanku dengan mereka suatu ketika nanti.
V untuk Palestin !
No comments:
Post a Comment