" Di sisi Islam, kejayaan manusia tidak diukur dari aspek penguasaaan kehidupan dunia.Kejayaan hakiki bergantung kepada sejauh manakah manusia mampu berusaha menyingkap segala rahsia hidup yang abadi "
{ Tuan Guru Nik Abdul Aziz }
Bagai ada suatu siraman air sejuk yang mengalir dalam pembuluh darah ummu sewaktu melewati tulisan sahabat sealam maya.Begitu mungkin kesannya pada seketul daging bernama hati yang sudah penuh bersawang dengan karat-karat dosa dan kelalaian.Alangkah indahnya kehidupan andai semua makhluk tunduk menyembahNya setiap waktu dan detik nafas yang berlalu...
Makin menghampiri alam barzakh.Namun sungguh jarang manusia menyedarinya, termasuk ummu.kini mungkin akan bertemu Ramadhan kali ke 24.Sudah 23 kali Allah mengizinkan ummu bertemu bulan yang agung ini..tetapi entah berapa kali sahaja ummu dapat merasai dan betul2 menghayati kebesarannya.Lihat sahaja hari kebesaran ummat Islam, Juma'at...kadang2 dek kesibukan tidak sedar bahwa hari itu adalah hari jumaat.Bagaimana mungkin ummu dapat mencontohi sikap dan 'amalan ulama' yang sejak dari waktu 'asar hari khamis sudah bersiap siaga dengan segla persiapan dan membasuh diri dengan taubat semata untuk menyambut kemuliaan hari Jumaat.Allahu akbar...jauhnya perbezaan.
Tadi sempat juga menjejak kaki di dataran ilmu,niat di hati ingin mendengar ceramah Tok Guru,tapi tak kesampaian,mungkin beliau ada urusan.Sempat menangkap beberapa butir kalimat sambil berjalan dari penceramah yg tidak dikenali.kata beliau...alhamdulillah tahun ni rakyat kelantan bertuah,sebab berpeluang merasai keni'matan kelazatan bertawarikh bersama Imam Masjid Al-Azhar dari Mesir yang dijemput khas oleh kerajaan kelantan.Tempatnya adalah di dataran stadium setiap malam insyaAllah.Justeru jom pakat2 ramai pi meriahkan suasana roh rabbani di kota serambi Mekah ini.Moga Allah mengizinkan kita semua..bersolatlah di mana sahaja, asal sahaja kita mampu mendapat khusyu'.
InsyaAllah esok ummu oncall..
sukar untuk ummu mengertikan keadaan dengan bait kata2.Ibaratnya kini berada bersama layang2 terbang bersama angin di langit biru.Masih mencari jalan kembali.Masih mencari keseimbangan.Apa yang diharap moga tali yang memegang layang2 itu tidak putus,yg boleh ummu ibaratkan ikatan akidah yang memegang jiwa kita agar tidak sesat dibawa arus dunia..selalu teringat maksud al-ma'thurat..apabila kita memilih untuk bersama Allah,insyaAllah Dia akan menjaga.
Do'akan kita semua.semoga senantiasa hidup bersama rasulullah...bagaimana mungkin begitu?
Jawabnya hidupkan sunnahnya dalam diri,nescaya kita mampu merasakan seolah2 Rasulullah ada di sisi.Bersama2 mendamba kasih redha Ilahi.Bersabarlah wahai saudara2ku,atas apa sahaja ujian yang menimpamu.Yakinlah kita dari rumpun yang sama,sesungguhnya dalam jiwa kita ada fitrah saling menyayangi,saling mengharapkan keselamatan semua.
Ummu akhiri dengan sebuah hadith riwayat Muslim :
"Bahawa semua makhluk akan ditempatkan di atas bumi (Mahsyar) kecuali Nabi Muhammad s.a.w dan ummatnya (yang bertaqwa) akan ditempatkan di atas tempat yang tinggi, dan akan direndahkan semua ummat yang lain "
SELAMAT DATANG RAMADHAN.
No comments:
Post a Comment