Assalamu'alaikum para pembaca yang dinaungi rahmat Allah hendaknya...
kaifa halukum?
Allah maha besar..Alhamdulillah,diberi peluang olehNya untuk kembali menyambung roh silaturrahim antara kita semua,cucu cicit Nabi Adam.Rindu bertemu kalian..sepertimana ku rindu untuk bertemu saudara seketurunan di zaman yang telah berlalu.
Being a houseman.
Secocok sungguh dengan namanya.Hospital ibarat rumah.Kini baru di paediatrik,yang boleh dikatakan masanya agak terluang, belum lagi Ummu ditempatkan di medical atau O&G.
Allah...tiada yang lebih tahu,lebih memahami sagala fikiran,perasaan dan ujian yang sedang jiwa dan tubuh ini hadapi melainkan Dia.Al-Quran memang tak boleh dipisahkan dari Ummu,sekejap sahaja ummu terlepas dari panduannya, terus ummu keharuan..terima kasih Allah kerana menganugerahkan kitab suci ini pada kami yang lemah ini.
Ummu sedih..pilu..
mungkin sebab sekarang ini, ada nasyid sedih sedang diputarkan.Sedih bukan kerana apa..sebab ummu lemah,sedih juga sebab keadaan sekeliling yang persekitarannya masih jauh dari apa yang Allah perintahkan.Menghabiskan waktu seharian suntuk dalam keadaan persekitaran yang melupakan Allah,adalah sebuah penyiksaan pada hati.Apatah memikirkan dosa yang semakin bertimbun..lantas al Quran datang memujuk,menaikkan kembali kekuatan pada diri untuk yakin bahawa membawa Islam ,kebenaran akhirnya akan menang juga suatu hari nanti.
Sebenarnya,tidak perlu menyalahkan pada keadaan.Silapnya adalah pada sebatang kujur tubuh yang sedang ummu bawa ke sana ke mari.Titiknya ada pada hati.Andai hati ummu berbunga dengan Islam,tentu Ummu dapat menyebarkan keharumannya pada persekitaran,automatisnya begitu.Manusia...tidak akan serik.sering menyalahkan pada figure lain selain dirinya,moga kita terlindung darinya.
Marah...kenapa Allah menciptakn makhluq perasaan marah ini,dan perasaan apabila dimarahi.Selalu ummu korek ke'ajaiban sikap ini kerana boleh dikatakan tiada hari di sini yang bebas dari insiden dimarahi.Alangkah indahnya jika Allah membuka hijab pada ummu akan rahsia di sebalik kejadian ini.Ilmu perlu terus diterokai..cari,teruslah mencari Hidayah..
Jiwa mu'min itu tenang.Ummu perlu basuh diri dengan air mata taubat banyak2..ummu perlu siram dengan syukur yang berpanjangan..ummu perlu terus menongkah kehidupan dengan yakin bersamaNya bersama ilmu untuk menghubung padaNya.Tiadalah ummu harapkan dari kehidupan ini melainkan ummu serta semua saudara ummu seluruhnya dari manusia,ciptaan sejenis ummu selamat di bawah redhaNya.
Sampaikan walau sepotong ayat.
Ummu ada membaca buku Tok Guru "Insan Ingatlah"..ummu petik point yang lekat di kepala.Ada 3 tanda baiknya kematian seseorang.Berpeluh pada pelipisnya,air mata berlinang
dan hidungnya kembang kempis.
" Dan tetaplah memberi peringatan,kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman "
{ surah Adz-Dzariyat ayat 55 }
Mari bersama hidupkan roh Islam.
No comments:
Post a Comment