Wednesday, September 24, 2008

Bila sudah tiba masanya...

" eh..eh...aya,cuba tengok adik tu, jeluok ..sie dio.."

Pantas sahaja mata Ummu mengerling pada sekujur tubuh kecil berbalut kain hijau yang ditempatkan dalam katil special for babies..

' eh..kenapa adik ni senyap sahaja, tak bergerak..sibah, no response lah..'

Pantas juga tangan Ummu mencapai tubuh bayi tersebut yang nampaknya macam kaku.Digerak-gerak, tiada juga respon diterima.Subhanallah...

"sibah,something is not right..nurse ! "

Em, labih baik dirujuk terus pada Dr Lim, paeditrician di Wad 2,fikir Ummu.Lantas terus ummu panjangkan langkah,jantung berdegup lebih kencang dari biasa.Alhamdulillah..mujur Dr ada di sekitar wad.

" Dr...the baby in room 4, the one that we treated as Edward syndrome is suddenly collapse and...."

Belum sempat Ummu menghabiskan bicara,terus Dr Lim mengangkat tangan tanda isyarat berhenti dan mungkin juga bertenang.Lantas kami semua, bersama MO yang turut berada di situ bergegas ke bilik4, isolation room.

"Ok Hidayah....check the heart beat now.Use that stetoscope " Ujar Dr Lim memberi arahan.

1...2....3....saat berlalu.Tiada kedengaran walau satu degupan jantung.Dadanya juga senyap,tidak turun naik menandakan no spontaneous breathing already.

" Now..flex the limbs.Check wheather it's stiff or not."

"nasibah...you take the torch light,see the pupils.."

" both are dilated Dr...."

"ehem...so Hidayah please write in the notes.This baby was pronounced death at 1240 pm.The cause of death is Edward syndrome.."

DariNya kita datang,kepadaNya juga kita akan dikembalikan...Allah,tersentak juga Ummu seketika.

Edward syndrome.Sememangnya prognosisnya very poor.Majoritinya tidak dapat bertahan lama.Dan usually they're treated as conservative management only..tiada ikhtiar yang boleh memanjangkan hayat pengidapnya buat masa kini,melainkan jika Allah mengizinkan.

Baru senja tadi Ummu terima surat dari PAPISMA.Ada disertakan risalah berkenaan peranan doktor muslim.Sebagai yang betul2 melaksanakan tuntutan syahadatain, tentulah bagi seorang doktor muslim akan mengahadapi apa jua keadaan berdasarkan apa yang disaran oleh Din.Sepatutnya bukan sahaja kita perlu sibuk mencari cause of death, namun tugas kita lebih dari itu.Seharusnya kita membantu sesiapa sahaja saudara kita yang sedang menghadapi maut, agar perginya nanti dalam keadaan husnul khatimah.Diajar talqin dan dihormati jenazah mengikut lunas yang digariskan..alangkah bagusnya seandainya dapat dipraktikkan dan dihidupkan kesedaran ini pada semua pengamal perubatan.Justeru kena ada orang yang memulakan dan meneruskan,ayuh kita bersama saudaraku.Hidupkan sunnah !

" setiap yang bernyawa pasti akan merasai kematian.."

KITA BILA ?

No comments: