Sunnguh berbeda dengan senario kita sekarang.Bila berbuka habis penuh satu meja terhidang pelbagai jenis lauk..tidak cukup dengan ikan, tambah ayam.Tidak cukup dengan ayam dan ikan..tambah daging...then kadang2 dijamu pula dengan sotong,ketam dan lain2 rezeki ni'mat yang melimpah ruah.Kuah tak sah kalau satu jenis.Bila dah ada kuah berlemak, mau tambah pula dengan kuah berair sahaja.Pendek kata, entah ruang mana lagi yang ada dalam perut anak cucu Nabi Adam untuk diisi semua lauk itu dalam satu masa.
Nabi berpesan dalam perut kita dibahagi cukup2 untuk 3 space.1 bahagian untuk makanan, 1 bahagian untuk air dan bakinya untuk udara.Sesungguhnya sekiranya kita termakan space bahagian lain diibaratkan cara makan kita semacam orang2 jahiliyyah, dan tentunya Nabi kita tidak suka begitu.Sebab itu kita sering melihat dan sebenarnya boleh merasainya sendiri, apabila kita terlebih makan atau terlebih minum, kita menjadi seolah2 pendek nafas,kalau isatilah kelate sekok..jadi bersamalh kita koreksi diri sendiri adakah kita tergolong dalam kumpulan sekok ini yg mana jatuh dalm kategori kumpulan yg tidak disukai oleh junjungan Nabi kita, na'uzubillah,moga kita terlindung semuanya.
Dalam satu ceramah lain, ustaz ada menyebut,ambillah dunia sekadar keperluanmu.Bila ke kedai, seringkalilah mengharapkan agar ayat2 ini terngiang2 di telinga agar kita tidak ter'over' dalm membeli.Yang mana kita masih boleh hidup ber'amal ibadat dengan sempurna tanpanya,eloklah ditinggalkan.Justeru kita melihat hikmah di sebalik 'amal soleh ini adalah sifat berjimat cermat.Maha Baiknya Allah menyediakan manual panduan hidup yang penuh kamil dan cantik.
Dekatilah para fuqara'.Sesunnguhnya Nabi kita amat menyayangi dan suka berdamping dengan golongan ini.Paling tidak ia boleh melembutkan jiwa kita agar turut merasai kepayahan dan kesusahan hidup saudara kita yang lain,dan kita tahu kebiasaanya jiwa2 golongan ini sering merendah diri dan lebih dekat kepada tawaddu'.Namun jangan ditinggalkn golongan bangsawan,kerana mereka juga memerlukan kekuatan bimbingan kita bersama.
Petikan dari generasi yahoogroups.
Salah satu tujuan kita berpuasa adalah untuk merasai kesukaran saudara-saudara seislam kita yang lain. Ya, Palestina saban waktu menangis hiba dan mungkin kini sudah puas menanti saudara seislamnya yang lain.
Kenapa Palestin? Kenapa tidak diceritakan penderitaan saudara seislam di Mindanao yang saat ini sedang digilis oleh regim Filipina? Kenapa bukan Iraq , Afghanistan dan lainnya yang menjadi fokus? Kerana Palestina adalah seperti jantung Islam. Andai jantung ini telah rosak, akan rosaklah yang lain. Dan saat ini fokusnya adalah untuk mengembalikan fungsi jantung ini kembali. Insya Allah, andai jantung ini berdetak kembali, ummah ini akan mengorak sejarahnya sendiri. Sejarah telah membuktikannya.
Andai sejarah semalam diimbas, di sana kita akan melihat kisah Salahuddin AlAyyubi yang jarang tersenyum dan hanya makan satu lauk sahaja kerana memikirkan soal palestina. Apabila ditanya padanya, mengapa dia begitu, dia menjawab kembali. Katanya, bagaimana aku mahu tersenyum dan makan dengan berselera di saat Palestina di dalam cengkaman penjajah? Dan dia menginfaqkan seluruh hartanya untuk membebaskan Palestina..
Saat ini, 80% makanan yang disalurkan kepada Palestina adalah dari UN. Sungguh umat Islam begitu memalukan. 1.6 billion umat Islam memalukan Islam itu sendiri. Membiarkan saudaranya tanpa pembelaan. Bagaimana mahu berdiri di hadapan Allah kelak di atas kezaliman sendiri ke atas Palestina? Saat ini, bekalan klorin telah diputuskan. Air yang ditelan adalah air yang penuh racun. Saat ini juga, bekalan janakuasa telah dihentikan. Sudah 8 bulan mereka hidup di dalam kegelapan. Sudah habis bahan bakar milik mereka. Sungguh ramadhan ini kelihatan tidak mencapai maknanya apabila kesengsaraan saudara sendiri tidak dirasai.
Benarlah kata-kata Syakib Arsalan di Palestina. Di saat khilafah islam jatuh tersungkur, semua ulama menulis surat padanya. Kononnya sudah sampai masanya untuk mengumpul umat islam kembali. Mudah sahaja jawapan sheikh arsalan - kamu mahu mengumpul angka-angka kosong itu?
Bukan kuantiti yang dicari, tetapi kualiti. Badar yang terjadi di bulan Ramadhan itu buktinya. 300 melawan 1000. Menang tentera islam kerana kualitinya. Kekuatan itu hanya dari Allah belaka. Bukan kerana kelengkapan perang.
Alwahn (cinta dunia dan takut mati) telah membawa ummah pergi begitu jauh dari islam sendiri. Seorang saudara di Palestina pernah bersuara, "Kami akan menjaga Palestina dengan sebenarnya meskipun kami terpaksa mengorbankan diri dan keluarga. Kami hanya meminta sumbangan dari kalian dan kami akan berkata di hadapan Allah bahawa kalian turut mennyertai jihad ini"..
Kutiba alaikumussiyam - diwajibkan atas kamu berpuasa (2:183) Ayatnya serupa juga dengan kutiba alaikumul qital - diwajibkan atas kamu berperang(2: 216) Andai kalian merenungnya dengan mendalam, kalian akan mendapati ia sungguh bermakna. Apabila seorang mengucapkan syahadah, puasa itu menjadi wajib baginya. Tidak pernah dia menunggu beberapa tahun untuk persediaan tarbiah untuk berpuasa. Begitu juga dengan jihad. Andai kalian melafazkan syahadah, jihad itu telah bermula. Infaqlah kerana Rasulullah SAW itu lebih pemurah di bulan ini...
Hari-hari akhir Ramadhan yang ada, bangkitlah. Berdoalah dengan sedahsyatnya agar Allah memberi kekuatan buat kita untuk membantu mereka dan Allah memberi kekuatan untuk mereka kerana mereka adalah insan yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW :
“Sentiasa akan ada sekelompok dari umatku yang sentiasa berjuang bersama-sama kebenaran, mencabar dan menentang musuh-musuh mereka. Musuh-musuh mereka tidak dapat memberi mudarat kepada mereka sehingga Allah mendatangkan keputusannya. Mereka tetap dalam keadaan demikian.” Maka para sahabat bertanya,”Dimanakah mereka?” Jawab Rasulullah, ” Di Baitul Maqdis dan sekitarnya”
(Riwayat Bukhari)
1 comment:
Saya setuju sangat tu, saya juga selalu lupa daratan bila nampak makanan.
Sama2lah kita berdoa agar tuhan hilangkan derita yang mereka terima. amin.
Selamat hari raya dari saya maaf zahir dan batin jika ada sebarang kesalahan.
Post a Comment