Assalamu'alaikum,
Minggu ini, ummu habiskan masa menamatkan bacaan majalah SOLUSI.Segala puji bagi Allah kerana kini da'wah islam makin berkembang.Majalah2 islamik semakin tumbuh bagai cendawan selepas hujan.
Banyak inputnya.Diqisahkan perihal penduduk Islam miskin yg ketara di Kemboja..Bila diingat,rasa tak sanggup bermewah2 dengan makanan di sini sedangkan saudara seIslam di sana hanya bersarapankan ekor cengkerik.Takut datang menyelinap dalam diri.Sebab ummu teringat pesan Imam mulia Al-Ghazali dalm kitabnya Minhajul 'abidin antara lebih kurang bunyinya :
" Bila banyak nikma't yg dikecap di dunia ini, maka panjanglah hisabnya...Sesungguhnya apa yg terlebih dari keperluanmu itu maka ia bukanlah lagi menjadi haqmu..."
Lantas, kita sendawa penuh kekenyangan di sini, di sana mereka berkeroncong kelaparan.Jumpa daging hanyalah di waktu hari raya aidil fitri dan qurban..
Maka tentunya makanan yg berlebihan yg ada di dapur kita sekarang bukan lagi milik kita,tetapi milik hamba2 Allah yg masih ramai di luar sana.Ya Allah beri kami kekuatan untuk ber'amal dengan agamaMu.
FARAID
Antara yg perlu diberi perhatian..Ummu ingat,ummu hanya sempat belajar beberapa helaian dari kitab buku teks fiqh tingkatan 6 bawah berkenaan faraid ini sementara menunggu result SPM.Rugi rasanya tidak sempat memperdalam ilmu tentangnya.Disebut juga ma'nanya adalah ilmu tentang harta pusaka.Cantiknya Islam, datangnya cukup lengkap semata2 ingin menjaga dan mengatur kehidupan manusia agar hidup dengan teratur dan damai.Jika semua masyarakat memahami ilmu ini, insyaAllah tentunya tidak timbul lagi perbalahan dan perebutan harta pusaka.Masing2 telah sesuai diperuntukkan dalam Islam dan memang ia sungguh 'adil.kalau tidak mampu untuk mengetahui secara mendalam, sekurang2nya kita perlu tahu yg basicnya,sebab ia juga adalah ilmu yg dituntut mempelajarinya.
Kita menuju ke destinasi akhirat.
" Ya Allah,berikanlah kepadaku hikmah dan masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang soleh " { As- Syuara' : 83 }
Friday, November 21, 2008
Friday, November 14, 2008
Fasa kehidupan
Tiba2 ummu terkenang kembali waktu majlis perpisahan antara fasillitator dan junior2 baru di matriks KMPP dulu, bila lagu Untukmu Teman diputarkan.
Sungguh berlainan fasa kehidupan yg kita lalui.Fasa sekolah rendah, menengah, matriks, universiti semuanya meninggalkan nostalgia yg memberikan 1001 pengalaman dan 'ilmu yg amat berharga bagi mereka yg mengambil manfaat darinya.Boleh dikatakan setiap fasa tersebut mempunyai corak lakaran kehidupan yg jauh berbeza.
KMPP.Walau hanya setahun Allah hantarkan ummu ke sana,buat pertama kalinya terpaksa berjauhan dari ayahanda bonda memberikan suatu pengalaman yg mematangkan.Ramai sahabat ummu yg menunjukkan tanda 'best' dengan ibu jari bila ditanya fasa kehidupan mereka di matrik.Masing2 bersetuju mengatakan saat2 yg dilalui di matrik adalah antara kenangan dan memori terindah.Sungguh hiba sewaktu melangkah keluar buat kali terakhirnya dari pintu pagar matrik.Banyak ilmu2 kehidupan yg ummu peroleh di sini..
Bila terkenang, kenangan stay up sampai lewat malam bersama room mate,berbantalkan buku setiap waktu bertemankan tutorials..dan segalanya.Betapa Allah mengurniakan ilham kesungguhan waktu itu untuk merebut peluang belajar ilmu perubatan.Dan kini...subhanallah,alhamdulillah,Allahu akbar...tiada ungkapan yg mampu ummu lafazkan.Betapa sayangnya Allah.
Antara moment yg indah adalah waktu2 dengan room mate ummu waktu itu.Dia seorang yg penuh dengan kasih sayang, suka memanjakan ummu.Dialah yg mengambil alih tugas 'ibu' sepanjang ummu menghabiskan umur di sana.Alhamdulillah Allah kurniakan ummu sahabat yg rajin dan kuat pegangan agamanya, serba sedikit tempias wangian harum dari keperibadian mulianya terkena pada ummu.Begitu besar anugerah sahabat dan teman yg beriman.Dia seorang ulat buku, suka ke library dan suka membuat nota.Waktu ummu tersengguk2 di dewan kuliah, dialah yg sudi berada di sisi mengurut2 belakang tengkuk ummu.Amat jarang sekali ummu melihat dia tidur waktu kuliah.Maka berkepitlah ummu dengannya most of the time, kecuali sewaktu kelas tutorial kerana kami ditakdirkan tidak sekelas.Kini dia di tengah2 perjuangan hujungnya mendapatkan ijazah doktor pergigian.Ummu doakan semoga dia sentiasa dikekalkan dalam kerahmatan,kasih sayang dan keberkatan sepanjang hidup.Moga dikurniakan kemenangan dalam perjuangan.Miss u very much.
On top of the lists, sebenarnya fasa di matrik ini adalah merupakan turning point perubahan pada hidup ummu.Di sini ummu dicelikkan dengan matlamat kehidupan yg sebenar.Ummu belajar apa itu ukhuwwah, apa itu da'wah dan apa tugas dan peranan sebenar sebagai khalifah.Justeru amat susah malah mungkin mustahil untuk ummu melupakan nostalgia di sini yg telah mengeluarkan hidup ummu dari kegelapan menuju cahaya.Segalanya bermula di sini...Terima kasih wahai Allah kerana memilihku.Dalam hidup ini tiadalah hadiah pemberian yg paling ummu hargai melainkan dikurniakan cinta ma'rifatullah.Dengan cintaNya kaki ini digagahkan untuk terus melangkah walau ummu terpaksa berjalan di atas duri2 dan sembilu yg menyakitkan.Walau sakit dan pedih,jiwa kita khusyu' dan puas dalam dakapan ma'rifah.
Sunnguh benar firman Allah, sesungguhnya tidak dihidangkan kepada kita permaidani indah di sepanjang jalan fi sabilillah ini,tidak disajikan dengan kemewahan dan kesenangan kerana hakikat perjuangan itu sendiri adalah sesuatu yg sukar dan menguji.Bekalan sabar dan taqwa adalah penjamin keberlangsunagan sebuah jihad.Maka tidak perlu mempersoalkan bila kita didatangkan dengan ujian kesusahan dan penderitaan, kerana ia asam garam bagi seorang pejuang.
Medan di matrik adalah permulaan...hakikatnya cabaran sebenar didatangkan Allah sewaktu ummu melangkahkan kaki ke laman universiti.Kini sampai masanya Allah mahu melihat adakah benar iman yang berada dalam dada.Sungguh banyak peristiwanya, tidak mampu untuk ummu menceritakan kesemuanya.Diharapkan moga tarbiyyah di sepanjang fasa kehidupan yg telah ummu lalui sebelum ini boleh menjadi penguat untuk ummu teruskan pelayaran di masa akan datang.
Kini....ummu masih menunggu turning point seterusnya untuk berubah ke arah yg lebih baik.

Saturday, November 08, 2008
Qisah seekor ayam dan anaknya
Allah suka menguji.
" Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yg sebenar-benarnya) dan hanya kepada kamilah kemu dikembalikan " { Surah Al-Anbiya' : 35 }
Kesian Ummu melihat kereta Ummu di workshop tadi.Memang teruk..bumper depan remuk terus tercabut dari badannya.Subhanallah, ntah knape ummu rasa kesian kat benda yang tak bernyawa.Sedih sebab ummu buat 'dia' cedera,terpaksa dikurung di workshop.
Mohon maghfirah dari Allah Tuhan yang menciptakan seluruh barang benda yang ada di muka bumi.Ujian dalam bentuk kesusahan dapat mengingatkan mereka yg lalai, menundukkan hati yg angkuh, memendekkan angan2 yg kosong.
Bila Ummu cerita dekat orang bagaimana accident tu berlaku, ada yg tergelak.Sebab critanya melibatkan seekor ayam dan anaknya yang cuba melintas jalan.
" lain kali..nampak je ayam,kalau tak sempat elak langgar je.." bunyi salah satu respon.
Allahu akbar, ummu menarik nafas panjang.Mungkin ada betulnya kata pakcik tu, namun naluri fitrah manusia yg Allah anugerahkan kadang2 menyebabkan hati tak sanggup mencederakan walau hanya seekor semut yang sedang lemas dalam air.
Pengajarannya banyak.Sungguh banyak...ilmu juga bertambah,walau terpaksa menerima dalam bentuk yg begini.Syukur,alhamdulillah.Sesungguhnya mengingati kematian itu adalah sesuatu yg payah, jadi bila hadirnya peristiwa sebegini, bisa mencabut cinta dunia dalam hati kita jika kita benar2 mengambil iktibar.Mohon perlindungan Allah dari hati yg keras dan lalai.
Allah itu sungguh Maha Penyayang sahabatku.Terkena dengan kejadian yg menimpa terus Dia pujuk jiwa ini dengan ayat Nya yg indah yg ummu terbaca dalam Harakah, tulisan Tok Guru bertajuk 'Bala dan sikap orang mukmin'..benar sungguh firman Allah, mengingatiNya adalah ubat penawar yg sungguh ajaib, mujarab yg tidak ada yg lain boleh mengatasinya untuk memberi ketenangan pada sebuah jiwa yg bergelora,terus ingat...terasa bagai bayu sejuk lalu,cukup mendamaikan hati.
Hiduplah untuk Nya.
" Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang2 terdahulu sebelum kamu ? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehing berkatalah Rasul dan orang2 beriman bersamanya : Bilakah datangnya pertolongan Allah ? Ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat " { Al-Baqarah : 214 }

Subscribe to:
Posts (Atom)