Friday, November 14, 2008

Fasa kehidupan

Tiba2 ummu terkenang kembali waktu majlis perpisahan antara fasillitator dan junior2 baru di matriks KMPP dulu, bila lagu Untukmu Teman diputarkan.

Sungguh berlainan fasa kehidupan yg kita lalui.Fasa sekolah rendah, menengah, matriks, universiti semuanya meninggalkan nostalgia yg memberikan 1001 pengalaman dan 'ilmu yg amat berharga bagi mereka yg mengambil manfaat darinya.Boleh dikatakan setiap fasa tersebut mempunyai corak lakaran kehidupan yg jauh berbeza.

KMPP.Walau hanya setahun Allah hantarkan ummu ke sana,buat pertama kalinya terpaksa berjauhan dari ayahanda bonda memberikan suatu pengalaman yg mematangkan.Ramai sahabat ummu yg menunjukkan tanda 'best' dengan ibu jari bila ditanya fasa kehidupan mereka di matrik.Masing2 bersetuju mengatakan saat2 yg dilalui di matrik adalah antara kenangan dan memori terindah.Sungguh hiba sewaktu melangkah keluar buat kali terakhirnya dari pintu pagar matrik.Banyak ilmu2 kehidupan yg ummu peroleh di sini..

Bila terkenang, kenangan stay up sampai lewat malam bersama room mate,berbantalkan buku setiap waktu bertemankan tutorials..dan segalanya.Betapa Allah mengurniakan ilham kesungguhan waktu itu untuk merebut peluang belajar ilmu perubatan.Dan kini...subhanallah,alhamdulillah,Allahu akbar...tiada ungkapan yg mampu ummu lafazkan.Betapa sayangnya Allah.




Antara moment yg indah adalah waktu2 dengan room mate ummu waktu itu.Dia seorang yg penuh dengan kasih sayang, suka memanjakan ummu.Dialah yg mengambil alih tugas 'ibu' sepanjang ummu menghabiskan umur di sana.Alhamdulillah Allah kurniakan ummu sahabat yg rajin dan kuat pegangan agamanya, serba sedikit tempias wangian harum dari keperibadian mulianya terkena pada ummu.Begitu besar anugerah sahabat dan teman yg beriman.Dia seorang ulat buku, suka ke library dan suka membuat nota.Waktu ummu tersengguk2 di dewan kuliah, dialah yg sudi berada di sisi mengurut2 belakang tengkuk ummu.Amat jarang sekali ummu melihat dia tidur waktu kuliah.Maka berkepitlah ummu dengannya most of the time, kecuali sewaktu kelas tutorial kerana kami ditakdirkan tidak sekelas.Kini dia di tengah2 perjuangan hujungnya mendapatkan ijazah doktor pergigian.Ummu doakan semoga dia sentiasa dikekalkan dalam kerahmatan,kasih sayang dan keberkatan sepanjang hidup.Moga dikurniakan kemenangan dalam perjuangan.Miss u very much.

On top of the lists, sebenarnya fasa di matrik ini adalah merupakan turning point perubahan pada hidup ummu.Di sini ummu dicelikkan dengan matlamat kehidupan yg sebenar.Ummu belajar apa itu ukhuwwah, apa itu da'wah dan apa tugas dan peranan sebenar sebagai khalifah.Justeru amat susah malah mungkin mustahil untuk ummu melupakan nostalgia di sini yg telah mengeluarkan hidup ummu dari kegelapan menuju cahaya.Segalanya bermula di sini...Terima kasih wahai Allah kerana memilihku.Dalam hidup ini tiadalah hadiah pemberian yg paling ummu hargai melainkan dikurniakan cinta ma'rifatullah.Dengan cintaNya kaki ini digagahkan untuk terus melangkah walau ummu terpaksa berjalan di atas duri2 dan sembilu yg menyakitkan.Walau sakit dan pedih,jiwa kita khusyu' dan puas dalam dakapan ma'rifah.

Sunnguh benar firman Allah, sesungguhnya tidak dihidangkan kepada kita permaidani indah di sepanjang jalan fi sabilillah ini,tidak disajikan dengan kemewahan dan kesenangan kerana hakikat perjuangan itu sendiri adalah sesuatu yg sukar dan menguji.Bekalan sabar dan taqwa adalah penjamin keberlangsunagan sebuah jihad.Maka tidak perlu mempersoalkan bila kita didatangkan dengan ujian kesusahan dan penderitaan, kerana ia asam garam bagi seorang pejuang.

Medan di matrik adalah permulaan...hakikatnya cabaran sebenar didatangkan Allah sewaktu ummu melangkahkan kaki ke laman universiti.Kini sampai masanya Allah mahu melihat adakah benar iman yang berada dalam dada.Sungguh banyak peristiwanya, tidak mampu untuk ummu menceritakan kesemuanya.Diharapkan moga tarbiyyah di sepanjang fasa kehidupan yg telah ummu lalui sebelum ini boleh menjadi penguat untuk ummu teruskan pelayaran di masa akan datang.

Kini....ummu masih menunggu turning point seterusnya untuk berubah ke arah yg lebih baik.

No comments: