Sunday, December 07, 2008

Berdoalah dengan hati kecilmu

Alhamdulillah...baru selesai solat hari raya Eid al-adha di Masjid Kubang Kerian.

Hati pagi tadi tidak keruan.Terasa sangat rugi kerana kebarangkalian untuk ummu tak berpeluang solat hari raya sangat besar.Di wad pembedahan, walaupuh hari cuti, perlu juga mengorbankan masa sekejap untuk buat ward round dengan dr senior waktu pagi.

Walaupun hati rasa 90% tak sempat bersolat raya, namun baki 10% kebarangkalian untuk boleh ummu luahkan dalam bentuk doa yang sungguh2 pada Allah.Cuba dijihadkan hati agar mengikhlaskan hati sebaik mungkin.

Waktu itu....ummu baru sempat menyapa pesakit yang keempat.Lantas 2 orang doktor senior yg sangat ummu hormati melangkah masuk.Siap berbaju melayu lagi.

" eh..knape kamu datang keje hari ini? oncal hari ni ke? ke post call ? " tanya Dr fariz.

" tak..kami houseman kena cover juga wad kalau hari cuti.." balas ummu.

"..ooo."

" em..hadi rasanya kalu kita nak solat raya, dah kena pergi dah sekarang " ujar dr fariz pada temannya, Dr Hadi, lulusan dari Sheffield.Waktu dah hampir jam 8 pagi.

"..em, kamu baliklah hidayah.Sempat lagi ni kalu nak solat raya."

"..then sapa akan cover ward Dr ? " tanya ummu ingin benar2 dapatkan kepastian.Dalam hati dah mula berbunga2, sebab harapan cerah untuk ummu solat ada.

" tak pe...hari ni saya jadi houseman " balas Dr Hadi yang baik hati.

Tersenyum lebar Ummu.Tak sangka dengan hadiah dari Allah yg datang tanpa diduga.Bersyukur kerana Doa dimakbulkan, terima kasih atas kebaikan dan timbang rasa saudara2 SeIslam yang turut memahami fadhilat solat hari raya.

" Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala yang menyusahkannya,serta memberinya rezeki dari punca yg tidak terlintas di hatinya dan ingatlah sesiapa yang berserah diri kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya untuk menolong dan menyelamatkannya.Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya.Allah telah pun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu "


{ At-Talaq : 2-3 }





1 comment:

M Nazrul H Nazirmuddin said...

good, it's hard to find someone who really want to sacrifice things for other people satisfaction.