Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasihani.
Betapa usia kita semakin pendek.Nafas yang kita hembuskan setiap waktu yg berdetik berlalu.Zaman beralih dan setiap hari baru menjanjikan jendela harapan.Kita melangkah...dan melangkah.
Namun kita tidak sedari..bahawa dalam setiap langkah kita itu punya natijah dan bakal menentukan lorong kehidupan seterusnya.Kita diberi pilihan..maka pilihlah dengan bijak wahai insan.
Seringkali kita disibukkan dengan dunia...hingga kita lupa bahawa kita punya satu lagi destinasi yang semestinya kita tempuh.Bukan sekadar persingghan sementara di pohon dunia.Kita ada akhirat...kita ada hari pembalasan..kita ada hari pengadilan.
Di situ kita bakal melihat wajah2 ceria dan juga wajah2 suram.Berbahagialah bagi mereka yang berjaya atas ujian dunia,dan bermuram durjalah bagi mereka yang gagal..aduhai,alangkah belas dan besar penyesalan.Kita semua berlindung darinya.
Bagi mereka yang dikasihi Allah, nescaya hatinya disibukkan dengan urusan akhirat.Setiap detik jiwanya bertasbih.Hatinya bersinar dengan basuhan siraman istighfar.Jiwanya tenang dalam perasaan rindu dan cinta yang mendalam kepada Tuhannya.
Namun kita lalai...sekali ribut datang, kita mudah hanyut.Jiwa kita lemah.Iman bagaikan berada di pinggir-pinggir tebing.Sekali terjatuh, aliran sungai deras membawanya terus...terus.
Berapa kali dalm sehari kita menangis kerana takutkan Allah? Berapa saat kita pernah menyatakan rasa syukur padaNya ? sebaliknya kita banyak menaruh perasaan takut pada manusia, kita banyak berterima kasih pada manusia..tetapi kita lupa padaNya.
Ditempuh hidup, mengikut kehendak hati.Walau sesekali datang terdetik di hati kita, bagai ada bisikan murni datang mengingatkan bahawa barang yang sedang kita lakukan itu adalah dosa..kita menulikan telinga malah tanpa rasa segan meneruskan juga perbuatan itu.Akibatnya keburukan datng menimpa kita juga akhirnya.Setiap yang dosa mengundang keburukan dan kebinasaan, tetapi kita masih menidakkan...
Allah begitu menyayangi kita.Tidak Dia mahu keburukan dan kesedihan yang mewarnai kehidupan kita.Dia mahukan kebaikan...tetapi kita sentiasa bersangka buruk kepadaNya.
Sering kita memandang buruk apa yang ditaqdirkan.Na'uzubillah.
Ayuh saudar2ku yang kukasihi,
Mari kita pulang selagi masih ada waktu.
Kita berasal dariNya...dan kita akan kembali padaNya.
No comments:
Post a Comment