Sunday, March 08, 2009

Bicara qalbu

Siraman basahan hujan yang menyejukkan sebentar tadi...Alhamdulillah.

Begitulah mungkin ibarat yang boleh ummu nukilkan.Peralihan jasad dan roh dalam suasana yang jauh dari mengingati Allah kepada suatu majlis yang dihadiri oleh ribuan para malaikat yang bersusun-susun ke langit hingga 'arasy adalah sutu pemberian yang tidak ada tandingan nilainya.Walau ia hanya sedetik cuma, sudah cukup menggilap kembali hati yang karat.Ia bukan sekadar sembang biasa, bahkan dapat dirasa dalam hati akan kelainan bila berbicara perihal perkara yang menyebut tentangNya.Jazakallah kathiran untuk abang kandungku yang baru pulang ke kampung, kerana menarikku untuk kembali ke landasan hidup yang hakiki dalam bicara sebentar tadi.

" pertemuan yang paling agung bagi manusia yang beriman dan ber'amal soleh adalah pertemuan mereka sebagai makhluk dengan Allah s.w.t "

Ada satu doa yang sangat ummu cintai.

" Ya Allah ya Tuhanku, jadikanlah sebaik baik umurku adalah di hujungnya, sebaik-baik amalku di akhirnya, dan sebaik-baik hariku sewaktu bertemuMU "

Sungguh indah bait-baitnya jika dihayati dengan penuh dalam.Moga dikabulkanNya.

Baru selesai 'tagging' ( orientasi) di Obstetric & Gynaecology department selama hampir seminggu.Bermakna sudah 7 hari berturut-turut ummu pulang kerja jam 10 malam.Alhamdulillah setakat ni dah berjaya jadi bidan untuk lebih dari 5 orang 'babies'.Yang lain ummu belajar membantu MO membuat pembedahan 'lower segment caeserean section' bagi kes-kes rumit.Sukarnya seorang ibu untuk melahirkan...apatah untuk mendidiknya menjadi seorang yang beriman.

Asyik bekerja, sibuk sehingga kurang masa untuk mengingati Allah adalah suatu yang menyedihkan..kerana sebenarnya boleh sahaja menjadikan kerja itu adalah wasilah untuk mengingatiNya.Hakikatnya sungguh besar jihad itu,kerna ia bersangkutan dengan rasa dalamnya ikhlas kita bekerja untuk Allah.Bila ummu tidak dapat menghadirkan hati ketika bekerja, then i know now i'm following the wrong pathway.Justeru bicara abang sebentar tadi cukup menyembuhkan.

Para sahabat bersama baginda tidak pernah berehat dari perjuangan.Tidur mereka sedikit, tetapi tahajud mereka panjang.Tenaga mereka dimanfaat sepenuhnya sebelum nikmat upaya itu ditarik kembali.Mereka berjuang bukan untuk hasil dunia yang sementara ini, tetapi diniatkan sepenuhnya untuk jaminan keselamatan kehidupan kekal di sana.Kerap kali ungkapan begini ummu gunakan untuk memujuk hati agar terus tabahkan hati, diperkuat semangat menghadapi ujian Allah.Tiada lagi yang diharapkan dari dunia.

Marilah bersama kita memperbaiki diri.Sesungguhnya Allah amat mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki dirinya.




No comments: