Tuhan....
Ku rindukan keinsafan
keampunan pengharapan
Munajatku penuh syahdu
merindukan maghfirahmu
Ummu dibesarkan dalam sebuah keluarga yang lengkap
punya ibu..punya abah
punya abang,kakak
lahirku ke dunia 25 tahun yang dulu
dalam limpahan kasih sayang
sebelum ni kita sering mendengar persoalan
pernahkah kita terfikir keadaan mereka yang dilahirkan
dalam suasana yang keluarganya terumbang ambing ?
kalau yang dilahirkan 25 tahun dulu bukanlah ummu
kalau bukan keluarga ini yang Allah taqdirkan untuk ummu
sebaliknya ditaqdirnya lahir dari keluarga yang jahil
tidak kenal apa itu agama, tidak kenal apa itu sunnah
maka entah bagaimana rupa kehidupan ummu waktu ini
berfikir melahirkan rasa syukur yang mendalam
rasa keharuan
rasa insaf
segala macam rasa yang menerbitkan titis manik di mata
kerana hakikatnya bukan ummu yang menentukan
tetapi Dia
melihat orang di bawah dari segi kurnia
melihat orang di atas dari segi 'amal
melihat segalanya dengan pandangan mata hati
kena..perlu...
luangkan sedetik dari masamu
untuk memikirkan
perjalanan hidupmu
dari zaman kanak-kanak
sehingga dirimu kini
apa sudah Allah berikan untukmu
sebuah keluarga
sebuah rumah bertiang
makanan mengenyangkan
minuman yang menghilangkan dahaga
ilmu yang memandu hidupmu
menjadikanmu masih mampu berdiri
segalanya tidak terbilang
Fikirlah.....akhirnya kamu bisa ketemu jawapan
kepada sebuah kebenaran
1 comment:
Ya...mencari sedetik seperti merenung sedalam mata yang jauh memandang.
Dalam,gelap.
Takut,sunyi.
Diam,sesak.
Sukar kan.
Post a Comment