Pujian untuk Allah kerna diberi taufiq untuk menulis.
2 minit yang lalu...
Alhamdulilllah, Allah beri kekuatan untuk mengkhatamkan buku Travelog Haji Mengubah Sempadan Iman, hasil perkongsian cetus rasa, Dr Muhd Kamil.Kaabah...
Segalanya bermula lebih kurang 4 tahun yang dulu.Waktu itu, Ummu baru berpindah bilik asrama sewaktu pengajian di USMKK.Hari pertama mendapat kunci,mata terpandang kepada satu objek yang berkilauan,terselit kemas di bawah alas meja study,mungkin milik penghuni bilik itu sebelumnya.Bila dirapati, rupanya adalah sebuah gambar Masjidil Haram yang dihasilkan dari kertas yang memang akan nampak bersinar dari kejauhan.Ummu terpegun sebentar, kerana asyik dengan keindahannya.
Dalam hati berfikir, lebih baik disimpan terus gambar ini, terasa berdosa untuk membuangnya merata-rata, kerana hati merasakan kemuliaan pada tempat suci itu.Lantas ummu biarkan ia di tempat asal.Jadilah ia sebagai peneman sepanjang waktu study untuk tahun itu.
Bila diundang kegelisahan,ummu menangis di meja study.Bila mendengar alunan ayat suci Al-Quran yang mendayu-dayu dari Syeikh Misyari, lagi deraslah aliran air mata yang jatuh.Dan setiap kali itulah ummu akan terpandang gambar Masjidil Haram itu.Makin terasa dekat dengan Allah..makin sebak.Seolah-olah ketika itu ummu sedang mengadu di depan kaabah..dari situ cinta ummu kepada Rumah Allah semakin menebal dan hebat..walaupun ketika itu jasad ummu berada di bilik asrama, namun terasa roh sudah terbang jauh tiba di bumi Makkah.
Begitulah antara rutin kehidupan ummu semasa waktu student dahulu.Tekanan belajar seringkali menguji, dan kadang2 nota lectures habis basah bukan kerana tertumpah air kopi, tetapi kerana manik2 kaca dari dua pasang 'ain' yang arusnya tak mampu disekat.Walau basah..namun Allah anugerahkan suatu perasaan indah dalam hati, tak mampu untuk diterjemah dengan huruf.Ni'mat berasa dekat denganNya, dan dibuka hijab untuk mengenalNya adalah suatu hadiah kehidupan yang tidak ternilai.
Dan tentunya ummu berterima kasih kepada bekas penghuni bilik itu sebelumnya kerana menjadi wasilah untuk ummu menyubur rasa cinta pada kaabah, dengan meninggalkan gambar tersebut untuk tatapan insan kerdil ini.Setiap kali memandangnya, Allah datangkan secara langsung perasaan tenang dalam hati.Alhamdulillah.
Sejak dari itu, kini ummu berusaha untuk membawa jasad tubuh ini ke bumi Makkah di alam realiti..takut jika dikira melengah-lengahkannya,sedangkan keadaan kita sudah dikira mampu.Takut juga andai duit yang bakal diguna untuk ke sana tercemar dari sumber yang syubhah.Justeru sungguh risau kalau2 ada ketika semasa bekerja ummu tidak amanah, lantas bagaimana mengharapkan haji yang mabrur ? Allahu Akbar..
Dan buku travelog haji ini juga Allah datangkan tanpa dirancang, usai habis membacanya subnallah terlalu banyak pengajaran.Mudah2 an Allah terus membuka pintu2 hati kita untuk lebih mencintai kaabah seterusnya dijemput menjadi tetamuNya nanti, ameen.
" dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampi kepadanya.Dan sesiapa yang ingkar, sesungguhnya Allah maha kaya dan tidak berhajatkan sesuatupun dari sekalian makhluk "
{ Ali-Imran : 97 }
1 comment:
kalau enti nak ke sana,,ajaklah ana jua wahai sahabat...ana rindu mahu bertemuNYA di samping enti(^_^)..
Post a Comment