Saturday, May 09, 2009

Say no to...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi maha Pengasihani.

" ..dan janganlah setengah kamu mengumpat setengah yang lain.Adakah seseorang kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati, tentulah kamu sekalian benci memakannya.Bertaqwalah kepada Allah,sesungguhnya Allah maha Pengampun lagi maha Penyayang.."

{ Al-Hujurat : 12 }

Wahai suadaraku yang kukasihi kerana Allah,
Dengarlah bicaraku ini walau sebentar.

Saat dua cuping telinga ini menangkap butiran-butiran pedih berupa kata-kata yang memburukkan saudara kita yang lain,
Terasa bagai dihiris hati ini.
Terluka...lukanya sungguh dalam.
Walau yang dibicarakanmu itu bukanlah ditujukan buat diriku,
Namun saudara kita yang dibicarakanmu itu adalah ibarat diri sendiri.

Astaghfirullah..
Ya Allah ampunilah kami.

Masyarakat kita masih jauh dari mengamalkan perintah Allah yang melarang dari perbuatan mengeji, menceritakan kejadian-kejadian yang memburukkan muslim yang lain.Hendak dikatakan jahil, umum mengetahui bahawa mengumpat itu berdosa besar.HARAM.

Soalnya, kenapa kita tidak mampu meletakkan haramnya mengumpat itu seumpama haramnya meminum arak, meninggalkan solat dan lain-lain perbuatan.

" maaf ya doktor...nak mengumpat sikit ni,...dia...."

Begitu antara bunyinya.Maksudnya kita membuat perkara haram itu dalam keadaan sedar.Seperti sabda Rasul yang mengertikan mengumpat itu adalah apabila kamu memperihalkan tentang sesuatu berkenaan saudara kamu yang dia benci (yang apabila mendengarnya dia marah) Namun sayang sekali kesedaran itu tidak sampai ke hati yang disertakan dengan iman.Dilintasi sempadan haram itu tanpa ada rasa beratnya beban dosa itu.

Kalaulah penyebabnya adalah kerana ia sudah menjadi tabiat masyarakat sejak zaman berzaman, yang menyebabkan ia nampak begitu sukar untuk dihapuskan sehinggakan masyarakat memandang ia sebagai perbuatan biasa-biasa sahaja, maka saatnya bermula di sini.Generasi ini..usah biarkan akar perbuatan dosa berupa racun ini semakin menjalar hingga terpaksa kita menyaksikan pohon yang kita semai tumbang menyembah bumi.

Ayuh wahai kaum muslimin,
semaikan rasa bersaudara kerana Allah,
bajakan ia dengan kasih sayang,
kerana yang di langit hanya akan mengasihi orang yang mengasihi makhluk lain di bumi.

Marilah saudaraku...berhentilah mengumpat.

No comments: