Wednesday, July 15, 2009

Salam yang 'hidup'

"Assalamu'alaikum"

Saat kalimah mulia itu menutur di bibir, adakah hati turut diserta bersama?

Sesuatu yang menjadi kebiasaan, akan menjadi biasa.Kita mandi, kita menggosok gigi, kita memakai pakaian, kita makan,kita minum dan pelbagai perlakuan lain yang majoritinya adalah fitrah yang menjadi kebiasaan bagi manusia.Namun bagaimana boleh dibezakan antara mandi kita, makan kita, minum kita dengan orang-orang belum Islam? Tentunya adalah sunnah dan hubungkait amalan dengan roh yang menyerah diri kepada Allah.

Sering kita apabila mengetuk pintu rumah, diiringi dengan salam.Alhamdulillah, sekurang-kurangnya lidah itu dapat menjadi saksi di hadapan Allah kelak.Namun kenapa kita tidak dapat merasai barokah dari salam sepertimana yang diriwayatkan oleh Muslim yang bermaksud :

"Apakah kamu mahu aku tunjukkan sesuatu apabila kamu lakukan, kamu bersatu padu dan berkasih sayang iaitu sebarkan ucapan assalamu'alaikum di antara kamu "

" Wahai manusia, sebarkanlah salam, berikanlah makanan, hubungkan silaturrahim, kamu akan masuk syurga dengan selamatnya "


One malaysia.Justeru Allah telah menunjukkan jalannya.Tinggal saja untuk kita berjihad mengamalkannya bersama penghayatan.Tiada guna kita menyebut di bibir, tetapi hati kosong.Salam adalah kalimah indah, lambang sayang dan kasihnya kita kepada orang yang menerima, kerana ia adalah suatu bentuk pengharapan, doa dan belas kita kepada saudara, kerana isi yang tersirat adalah kita menginginkan Allah memberinya keselamatan dan ketenteraman dari segala bahaya bencana samada di dunia atau di akhirat.

Hiasilah salam dengan wajah lembut beserta senyuman ikhlas kerana Allah, terbit dari qalb yang dekat kepadaNya.Berilah kepada sesiapa sahaja, yang kenal atau tidak kita kenali.Percayalah Allah akan kurniakan kepada kita satu perasaan ni'mat dalam jiwa, jika kita menyampaikan salam bersama-sama kita faham akan maksud ucapan tersebut.Itulah hadiah langsung bagi mereka yang ikhlas mengamalkan kebaikan di dunia.

Ibarat kita melaksanakan solat, ia hanya akan menjadi suatu gerak laku yang tidak lebih dari menggerakkan sendi-sendi dan otot sekiranya kita tidak tahu ma'na kalimah-kalimah yang kita sebut sepanjang solat.Hasilnya usai solat, jiwa kita kosong.Bagai tiada bezanya antara solat atau tidak..inilah yang dikatakan halawah iman,kemanisan iman.Sesuati ibadah hanya akan menjadi manis sekiranya khusyu' dan ikhlas hadir.

Lantas, saudara-saudaraku...
Kita mulai saat ini, pergandakan salam.Salam yang 'hidup'.

1 comment:

Asep Darussalam said...

Assalamualaikum Jazakillah atas tulisannya
Ayo kita sebarkan salam