Monday, July 19, 2010

Dulu, kini dan selamanya...




Soutul Harakah.Alhamdulillah, baru sahaja pulang dari mendengar perkongsian pengalaman peserta konvoi lifeline for Gaza di konsert amal bertempat di Dewan Utama USMKK.Jika ada respon yang menyebut...

" wah...hebat sungguh kumpulan nasyid Soutul Harakah tadi ! terasa diri bersemangat untuk terbang ke palestin sekarang "

" kesiannya saudara kita di sana...ditembak ikut suka, diperlakukan oleh tentera Israel dengan penuh kezaliman "

" Lihatlah...depa sudah bahagia bersama golongan mati syahid di syurga.Sedangkan kita..."

" em...semangat diaorang ni sekejap je ni.Balik nanti, habis hilang semangat tu diterbang angin.Begitulah selalunya.."

" ooo....begini rupanya kalau konsert life ya.Kalau dengar dari CD lagi best "

" aku bukan apa...mak ayah tak bagi pegi palestin tu sekarang "


Dan bermacam-macam lagi refleksi yang hadir, mungkin itulah agaknya gambaran apa yang sebenarnya mereka dapat pada malam ini.Tidak mengapa...ummu panjatkan pujian pada Allah, biarlah apa sahaja respon dari penonton, sekurang-kurangnya pada malam ini mereka telah tertulis sebagai seorang yang mengambil berat tentang saudara mereka di Palestin.Sedih juga bila mendengar ada sebenarnya sekolompok umat yang bergelar muslim, namun tidak pernah tahu gelojak di Palestin.Mudah-mudahan kita terpelihara..

Dan jika mereka menyebut demikian...Ummu pula bagaimana?

Apa yang tersentuh adalah peristiwa malam ini membawa kembali nostalgia alam kampus, detik di mana ummu dikelilingi oleh sahabat-sahabat yang jiwa mereka sangat cintakan Islam, iman mereka subur, amalan sunat adalah rutin harian, dan tentunya kami saling menguatkan dalam pentas da'wah dan gerakan islah.Mahu menitis air mata mengenangkan saat-saat indah itu.Bergetar jiwa kerana sangat merindukan tarbiyyah.sangat mengimpikan pengisian, halaqah dan tamrin.Yang paling sadis...meronta hati kerana ingin kembali aktif dan ikhlas memperjuangkan agama Allah, meletakkan syi'ar Islam sebagai seutama-utama tujuan hidup dan menyibukkan diri dengan perkara akhirat.Sungguh ujian kehidupan tidak semudah dijangkakan..kerana hanya dengan itu Allah mengenal siapa di kalangan hambaNya yang benar-benar menetapi piawai keikhlasan sebagai tiket ke syurga.

Ya Allah, tolong ikatkan hati-hati kami pada tali agamaMu, walau payah mana dugaan yang tiba.





-----------------------------------------------------------------------------------

No comments: