Friday, July 16, 2010

Perisai kita

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah pena menulis.

Kita meyakini sepenuh hati ada dua pencatit setia di kiri kanan kita,sentiasa siap siaga mendokumenkan setiap amal bahkan lintasan hati bermula dari saat kita mumayyiz sehinggalah roh kita dipanggil untuk pulang.Tidak ditinggalkan walau sekecil zarah sekalipun, semua amalan kita tetap direkodkan.Kita jua beriman akan adanya syaitan laknatullah yang sentiasa membisikkan suara-suara mengajak ke arah kejahatan bahkan kita telahpun mengisyhtiharkan ia sebagai musuh.Hanya mereka yang sebetulnya mengikhlaskan dan menyerahkan dirinya untuk Allah,dijamin akan terselamat dari godaan dan tipu syaitan yang memperdayakan.Ada beberapa usaha boleh kita ikhtiarkan sebagai pembenteng diri...

1. Berwudhu'

Rasulullah s.a.w bersabda : " sifat marah itu dari syaitan.Syaitan dicipta dari api.Satu-satunya benda yang boleh memadamkan api hanyalah air.Oleh yang demikian, jika seseorang daripada kamu marah, maka hendaklah segera mengambil wudhu' { HR Abu Daud - sahih }

Amalkanlah, insyaAllah pasti ada kelainan.Banyak kelebihan mengambil wudhu' ini.Dosa-dosa kecil kita akan berguguran, wajah kita penuh dengan cahaya sinar kejernihan menggembirakan sesiapa sahaja yang melihatnya, dan pastinya amalan kita sepanjang hari akan bertambah barokahnya.Bagi penuntut ilmu, insyaAllah akalmu akan lebih lapang untuk menadah ilmu Allah.

2. Membaca Basmallah

Rasulullah s.a.w bersabda : " Jika seseorang masuk ke dalam rumah lalu berzikir kepada Allah ( membaca basmallah ) menjelang memasukinya dan ketika hendak makan, maka syaitan berkata; aku tidak dapat tidur dan makan bersamamu.Jika masuk ke rumah tanpa didahului berzikir kepada Allah ( membaca basmallah ) semasa ingin memasukinya, syaitan berkata; aku akan tidur bersamamu.Jika tidak berzikir kapada Allah ( membaca basmallah ) menjelang makan, syaitan berkata; aku akan tidur dan makan bersamamu " { HR Muslim }

Buatlah apa sahaja dengan basmallah, nescaya hatimu terlekat kepada Allah sepanjang waktu.Percayalah...

3. Membaca Ta'awwudz

Rasulullah s.a.w bersabda : Sesungguhnya aku ingin mengajarkan satu bacaan.Sekiranya ada orang yang sentiasa membacanya, tentu sifat pemarah yang membara dalam dirinya akan hilang.Bacalah ( aku berlindung kepada Allah dari syaitan yang direjam ) " { HR Al-Bukhari & Muslim }

Doa ini akan meyedarkan diri kita bahawasanya syaitan itu sentiasa ada di sekeliling untuk menjatuhkan kita ke jurang kemaksiatan.Justeru mudah-mudahan Allah melindungi kita dari kelalaian.

4. Membaca Ayat Kursi

Ummu yakin kita semua telah pun menghafalnya,alhamdulillah.Bersyukurlah kita dikurniakan perisai ampuh ini.Amalkan ketika hendak tidur, seusai solat dan pagi petang.Sungguh mujarab.

5. Membaca Surah Al-Falaq dan An-Nas

Abu Sa'id berkata : "Adalah rasulullah s.a.w sentiasa meruqyah Al-Hasan dan Al-Husain dengan pelbagai bacaan.Namun tatkala Allah menurunkan surah Al-Falaq dan surah An-Nas Baginda meninggalkan bacaan ruqyah lain dan cukup hanya membaca kedua-dua surah ini sebgai ruqyah " { HR At-Tirmidzi - sahih }

6. Membaca...

Rasulullah s.a.w bersabda " sesiapa yang membaca doa berikut in pada waktu pagi dan petang sebanyak tiga kali, orang itu tidak akan ditimpa keburukan sepanjang hari itu.Doa itu adalah; dengan nama Allah dan dengan menyebut namaNya, tiada sutu apapun yang boleh mendatangkan kemudharatan di langit mahupun di bumi.Dialah Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui " { HR At-Tirmidzi - sahih }

7. Membaca..

Rasulullah s.a.w bersabda :Sesiapa membaca 'aku berlindung dengan kalimah-kalimahAllah yang sempurna dari kejahatan apa ang diciptakan' sebnayak tiga kali pada satu malam, maka perkara tidak dingini tidak akan menimpa dirinya pada malam itu " { HR Muslim }

8. Berzikir

Rasulullah s.a.w bersabda :Allah S.W.T berfirman ' Aku sentiasa bersama hambaKu selama dia ingat akan Aku dan kedua-dua bibirnya terus bergerak kerana bezikir kepadaKu ' { HR At-Tirmidzi }

9. Membaca Surah Al-Baqarah

Hadith sahih riwayat Muslim menyatakan sebuah rumah yang dibacakan di dalamnya surah Al-Baqarah tidak kan didekati oleh syaitan.

Bersamalah kita amalkan, biar sedikit tetapi istiqamah dan berkekalan,insyaAllah.


------------------------------------------------------------------------------------

2 comments:

hana said...

salam shbt sayg
mohon share

kaer said...

salam. perkongsian yang baik. moga ia bermakna pada kita semua