Monday, August 09, 2010

Sebuah Coretan

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Pengasihani.

Tahun 1944.Matahari mula kelihatan di ufuk timur.Cahayanya tidak terlalu terang, cukup untuk menerangi alam dan mengejutkan seluruh hidupan untuk memulakan hari baru dengan penuh semangat.Di tengah-tengah kesibukan pagi itu, burung-burung riang berkicau bagaikan ada berita gembira yang sedang menanti.Pada saat yang sama,seorang ibu di sebuah kampung bernama Tok Janggut, Pasir Puteh sedang bertarung nyawa melahirkan anaknya yang ke-5.Alhamdulillah, akhirnya lahirlah seorang bayi perempuan yang dinamakan Marinah.

Membesarlah si bayi sehingga meningkat ke usia remaja.Genap usia 17 tahun, bunga yang sedang kembang memekar harum mula menarik perhatian si kumbang.Beliau lalu telah mengikat janji setia bersama pemuda yang telah ditaqdirkan sebagai suami yang dikenali sebagai Abdullah.Sesungguhnya kehidupan penuh dengan ujian dan badai, namun dihadapi oleh keduanya dengan penuh kesabaran dan pengharapan kepada Allah.Alhamdulillah, hasil perkongsian hidup bersama suami tercinta, beliau telah dikurniakan zuriat penyejuk hati seramai 8 orang, 4 lelaki dan 4 perempuan.Tarbiyyah perlukan kegigihan disertakan pertolongan dari Allah.Bukan mudah untuk membesarkan anak menjadi seorang yang soleh dan berguna kepada makhluk lainnya.Tugasnya sebagai seorang suri rumah sepanjang masa, dimanfaatkan sepenuhnya untuk memberi perhatian kepada anak-anak.Karenah anak yang pelbagai dihadapinya dengan sabar dan penuh kasih sayang.Dicuba sepenuh hati agar tidak menjadikan pukulan sebagai alat melepas geram, sebaliknya sebagai tanda kasih seorang ibu yang hanya mengharapkan agar anaknya tumbuh sebagai insan yang bersifat manusiawi.

Sesungghnya Allah itu maha Penyayang.Berkat kesabaran beliau bersama suami tersayang, Allah kurniakan kejayaan kepada anak-anak beliau.Kesemuanya berjaya menjejak kaki ke menara gading, malah kesemua anak lelaki beliau berpeluang melanjut pelajaran ke luar negara.Kini, masing-masing mempunyai kejayaan di bidang kerjaya.Sebahagiannya menjawat jawatan sebagai pengurus besar syarikat minyak,jurutera, pensyarah, guru dan juga doktor perubatan.Namun bagi beliau, bukan kejayaan duniawi semata yang menjadi ukuran kecemerlangan, bahkan soal akidah dan iman tetap menjadi prioriti dalam kamus kehidupan.Kerana dari Allah kita datang dan kepadaNya jua kita akan dikembalikan.Inilah sedikit cebisan cerita kehidupan untuk ibu mithali, Puan Hajjah Marinah Haji Idris.

Ibu Mithali
Tidurnya...
Berbantalkan Al-Quran,
Bertilamkan Sejadah,
Berselimutkan Telekung.

Ibu Mithali...
Shopingnya, di Masjid dan Surau.
Pakaiannya, dari Tafsiran Al-Quran.
Resepinya, dari ustaz dan ustazah.
Makanannya, bacaan Al-Quran.
Minumannya, Hadith Rasullallah.
Mandiannya, solat-solat yang di perintah.

Ibu Mithali...
Kebahagiannya, bersama suami tercinta,
serta anak-anak yang disayangi,
Tanggisannya, Tahajjud di tengah malam,
Marahnya, semerdu alunan Musabaqoh.

Ibu Mithali...
Ketakutannya, godaan dan hasutan syaitan,
Kegagalannya, pasrah kepada Allah
Kemenangannya, mati fi sabilillah.





# Tahniah buat ibu yang dinobatkan sebagai Ibu Mithali MASWAPEM 2010.

------------------------------------------------------------------------------------

1 comment:

Ummu Yazid said...

Ibu enti? tahniah buat ibu :)
Semoga dikira salah satu jariyyah ke sana buat ibu enti :)